Kesilapan Pelaburan Yang Harus Dijauhi!

thumbnail
SEPANJANG perjalanan hidup ini, beberapa kesilapan semasa membuat pelaburan akan dilakukan. Pada kebanyakan masa, ia adalah secara tidak sengaja. Lagipun siapa yang mahu melakukan kesilapan kan?
 
Kesilapan Pelaburan Yang Harus Dijauhi!
 
Ia tidak dapat tidak akan terjadi juga. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan pelaburan besar yang harus dijauhi sekiranya mahu menjadi seorang pelabur yang berjaya. Tidak melakukan pelaburan atau melabur terlalu lewat adalah dua contoh kesilapan besar yang sering dilakukan kebanyakan orang.
 
Sementara dua perkara di atas tidak patut untuk dilakukan, melabur sebelum kewangan berada dalam keadaan stabil adalah satu lagi cubaan bunuh diri yang merbahaya. Seharusnya urus dan stabilkan dahulu keadaan kewangan semasa diri sebelum memikirkan apa-apa jenis pelaburan pun jua. Saya ada mengulas mengenai keadaan kewangan stabil sebelum melabur sebelum ini.
 
Selain itu, jangan sekali-kali melabur dalam mana-mana skim cepat kaya. Ini adalah cara paling pasti menjadi miskin dan gagal dalam pengurusan kewangan. Mengenali skim ini adalah mudah. Jika pada bila-bila masa anda menemui suatu pelaburan (dalam apa-apa jua bentuk sekalipun) yang menjanjikan keuntungan yang besar dalam jangkamasa singkat. Itu adalah skim cepat kaya.
 
Meletakkan kesemua impian dan harapan dalam satu jenis pelaburan sahaja adalah perkara yang amat berbahaya dalam kewangan. Misalnya begini, kesemua wang simpanan dan kemampuan membuat pinjaman digunakan sepenuhnya untuk mengusahakan ladang Kelapa Sawit. Semuanya sudah di sana. Bayangkan jika harga Sawit jatuh atau ladang hangus dijilat api atau pokok sawit diserang sejenis penyakit tumbuhan. Malangnya ladang sawit itulah satu-satunya harapan yang anda ada!
 
Akhir sekali, tersalah anggap koleksi barangan lama sejenis pelaburan. Sebenarnya bukan. Itu adalah hobi. Minat anda. Ia mungkin boleh membuat wang tetapi bilangan orang yang mendapat keuntungan melalui koleksi barangan (sama ada lukisan lama, tembikar antik, syiling pelik, setem berumur ratusan tahun dan lain-lain) ini adalah amat sedikit dan biasanya kes-kes terpencil.
 
Inilah antara kesilapan-kesilapan melabur yang seharusnya dielakkan dengan sedaya-upaya oleh semua orang. Inilah api yang akan menjilat wang pelaburan sehingga harus dan tidak bersisa lagi. Jadi jauhinya!

Kecoh Pasal Menu 1 Malaysia

thumbnail

 



Dibawah adalah artikel dan tulisan dari blogger Milo Suam yang bernama Rejam, nama pun macam syaitan yang di Rejam. Confirm geng baik dengan syaitan lanih. Almaklumlah, penganut Pas ni dengan syaitan depa halal berkawan. Baca cerita dibawah,


HEBOH sejak beberapa hari lalu tentang dakwaan pelanggan yang berasa tertipu dengan harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia.

Bagi mengesahkan dakwaan tersebut, semalam ReJaM© bersama beberapa orang rakan telah melawat sendiri restoran tersebut di Lorong Medang Tuanku Satu, Kuala Lumpur.

Di sebelah pintu masuk, tergantung sebuah banner yang menunjukkan harga sarapan pagi RM1.00 jika pelanggan memilih sekeping roti canai / kuih dan secawan teh tarik.

Manakala bagi juadah makan tengah hari, Restoran Rakyat 1 Malaysia ini menawarkan harga RM3.00 untuk nasi campur dengan lauk daging / ayam / ikan serta sayur dan papadom bersama segelas air sirap.

ReJaM© memilih untuk makan nasi dengan sedikit lauk daging masak kari dan telur sambal bersama dengan air teh O ais. Lihat gambar di atas.

Ini bermakna lauk yang ReJaM© pilih jauh lebih murah berbanding makanan yang ditawarkan di dalam banner tersebut.

Malangnya harga yang terpaksa dibayar lebih kurang serupa sahaja dengan harga kedai-kedai lain. Lihat resit di bawah ini, ReJaM© dikenakan bil sebanyak RM5.70 untuk nasi campur (RM4.50) dan Teh O Ais (RM1.20).

Cerita punyalah gempak dalam media-media pengampu, seolah-olah makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia ini semuanya murah. Tapi hakikatnya makanan murah di Restoran Rakyat 1 Malaysia hanyalah propaganda lunak terhadap "Gagasan 1 Malaysia".

Sudah baca artikel ... lihat pula gambar-gambar yang diambil ... perhatikan kotak-kotak merah yang di highlight ...








Nampak apa-apa perbezaan? Nampak Bengong betul blogger pakatan haram ni ...

Bang ... menu sudah tertulis, lu pun dah tulis nasi + lauk daging / ayam / ikan + sayur + papadom + air sirap = RM 3.00 (package price / harga pakej)

Lu pegi melantak nasi + 2 ketul daging + telur sambal + teh o ais ... harga pakej dalam menu ke bang?

Of course lah harga lain ... Astaghfirullahl'azim! Reti ke baca menu ni dalam standing banner? Menu Rakyat 1 Malaysia offer package price (harga pakej) ... package price!

Sama juga jika kita pesan McDonald Value Meal. Jika beli Big Mac, Coke dan French Fries secara berasingan, harga pun berasingan dan mahal ... lu tak faham terminologi harga pakej ke Milo suam!!
 
p/s: aku petik artikel ni dari satu blog.

AWAS!! Kedai Kereta Penipu!!

thumbnail
 


KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di pinggir ibu kota dipercayai mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit hasil memperdaya pelanggan yang berminat mendapatkan kenderaan.

Taktik digunakan mudah, hanya melengah-lengah masa menyediakan kereta dipesan selain meminta pembeli menambah beberapa lagi bayaran atau caj tertentu sehingga mereka bosan dan membatalkan urus niaga.

Wang sudah dibayar dianggap 'hangus' menyebabkan ramai pembeli berputih mata malah difahamkan kira-kira 30 pembeli sudah menjadi mangsa sejak 2009 lalu.

Seorang mangsa, Khairul Azman Othman, 26, berkata, dia kerugian RM12,100 selepas membeli Toyota MRX terpakai di syarikat itu pada hujung 2009 lalu.


"Mulanya saya membayar RM1,000 sebagai deposit, tetapi jurujual meminta saya menambah lagi wang itu masing-masing RM3,000 dan RM8,000 dengan pelbagai alasan. Akhir sekali dia meminta tambahan RM5,000 kononnya sebagai caj perkhidmatan dan memberi kata dua, saya perlu bayar segera jika mahu kereta dikeluarkan.

"Saya meminta dia menyediakan resit, tetapi dia enggan menyebabkan saya terpaksa membatalkan urus niaga itu," katanya yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan dari sudut undang-undang, di sini, baru-baru ini.

Khairul Azman berkata, dia memfailkan permohonan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna di Shah Alam dan keputusan pada 5 Ogos 2010 memihak kepadanya apabila syarikat itu diminta membayar sejumlah wang.

"Malangnya sehingga kini, syarikat itu tidak membuat sebarang pembayaran kepada saya dan masih beroperasi seperti biasa," katanya.

Seorang lagi mangsa, Nuril Azrin Fadzil, 34, berkata, dia kerugian wang deposit RM2,000 untuk membeli Perodua Myvi terpakai dengan taktik penipuan sama.

"Saya bercadang membeli kereta itu pada Januari 2010 lalu dan selepas merasakan diri ditipu, saya merujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna dan syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi namun sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa bayaran.

"Saya turut melaporkan perbuatan syarikat itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis kerana mengesyaki ia beroperasi tanpa lesen," katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, orang ramai yang terpedaya dengan syarikat itu diminta tampil ke SukaGuam bagi urusan mengumpulkan maklumat bagi memudahkan proses memfailkan saman secara berkelompok.

"Saya juga meminta pihak institusi perbankan memperkenalkan sistem pembiayaan pinjaman kereta dengan cara pembeli berurusan terus dengan bank bagi mengelak berlaku kejadian seumpama ini.

"Pembeli membayar terus deposit kepada institusi perbankan manakala bagi kereta terpakai, pihak bank perlu menyiasat syarikat jualan sama ada ia mempunyai rekod baik atau sebaliknya. Dengan cara itu, pembeli dapat dilindungi daripada penipuan," katanya.

REVIEW Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia – RM169,888.00

thumbnail
peugeot 508 malaysia (REVIEW) Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia   RM169,888.00
 
Kalau di Malaysia, Peugeot adalah pengedar rasmi adalah syarikat Nasim Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Naza. Baru-baru ini mereka telah melancarkan model sedan premium dalam segmen D iaitu model Peugeot 508 di Malaysia. Sebelum ini, model Peugeot 508 mula dipamerkan semasa Motor Show 2010 di Paris…..
Model kereta Peugeot 508 merupakan pengganti kepada kejayaan segmen D Peugeot 407 sebelum ini dan satu lagi model yang berkelas tinggi iaitu model 607 (yang ini tidak dijual di Malaysia). Kalau lihat kepada rekebantuknya pun, model kereta Peugeot 508 memang ada tarikannya tersendiri. Yang bertambah menariknya secara faktanya model kereta Peugeot 508 ini merupakan :
  • Anugerah Best New Car of 2011 dari majalah Fleet World di UK
  • Anugerah dalam kategori kereta import dikalangan 18 model semasa Auto Trophy 2010 di Jerman
Model Peugeot 508 ini dimport CBU sepenuhnya, tetapi janji Nasim Sdn. Bhd, kalau jualan model ini mencecah antara 300 hingga 400 unit, besar kemungkinannya akan dipasang secara CKD di kilang Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM), Gurun, Kedah.
Harga yang ditawarkan : RM 169,888 (on road)
peugeot 508 malaysia 2 (REVIEW) Peugeot 508 Dilancarkan Di Malaysia   RM169,888.00
Puas hati dengan harga yang ditawarkan? Yang pastinya bahagian luaran model Peugeot 508, boleh kami rasakan agak menarik, dinamik  dan moden tetapi dalam pada masa yang sama mementingkan ciri keselamatan :
  • Terdapat jeriji depan 'terapung' dibahagian hadapan
  • Menggunakan roda saiz "18″, yang dibalut dengan tayar 235/45
  • Kadang-kadang depan dah ok. Tapi belakang pula "out". Tetapi, kombinasi pada lampu di bahagian belakang "kena" dengan rekabantuknya dan menarik
  • Kalau pada waktu malam, anda boleh lihat visual yang menarik & boleh dikatakan unik juga melalui lampu LED tiga baris yang ada
Model Peugeot 508 yang mendapat rating 5 bintang daripada EuroNCAP untuk model sedan premium dilengkapi dengan :
  • 6 beg udara
  • Kawalan brek (ABS, EBD, Emergency Brake Assist, EBS)
  • Anti-Skid Regulation dan Dynamic Stability Control
  • Sistem Hill Assist
  • Sistem bantuan parking depan dan belakang yang dipaparkan melalui skrin berwarna multi-fungsi dan sistem Available Space Measurement (ASM)
  • Lampu Bi-Xenon dengan mempunyai pelarasan ketinggian automatik dan fungsi Beam Smart yang secara automatik bertukar antara tinggi atau rendah berdasarkan keadaan lalulintas dan pencahayaan persekitakaran
  • Fungsi Available Space Measurement (ASM) yang membantu pemandu semasa hendak meletak kereta. Cool…
Bercerita tentang rekaan dalaman termasuklah ciri tambahan dan aksesori mewah ditahap maksimum yang ada pada model Peugeot 508, antaranya ialah :
  • Kusyen berkuasa elektrik untuk pemandu dan penumpang
  • Knob kawalan intuitif di konsol tengah yang mengoperasikan skrin berwarna multi-fungsi 7 inci HD, penyambungan USB dan Bluetooth.
  • Penyaman udara daripada empat zon
  • Penghidup enjin push-start
  • Stereng multi-fungsi dilihat lebih sporty dan elegan dengan adanya butang kawalan suara dan radio, penyambungan Bluetooth dan fungsi 'cruise control'.
  • Penggunaan sistem hi-fi 10 pembesar suara dari JBL dengan penguat suara (amplifier) keliling 500W bersama pemproses audio Arkamys
  • Unit head-up display (HUD)
  • Brek parking elektrik automatik

Pinjaman Pelaburan Emas.. Untung atau Rugi?

thumbnail
Ada yang bertanya saya, adakah untung jika kita membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas?
Ianya bergantung kepada 2 faktor. Hanya 2 faktor inilah yang akan menentukan sama ada anda akan RUGI atau UNTUNG apabila membuat pinjaman untuk melabur dalam emas ( atau  apa-apa pelaburan yang lain).
Ianya..
 
1. Kadar Interest Pinjaman
2. Kadar peratusan keuntungan pelaburan anda.
Ini kerana, untuk mengetahui sama ada anda untung atau rugi… formulanya adalah..
Kadar peratusan Keuntungan Pelaburan – Kadar Interest Pinjaman = Untung / (Rugi)
Contohnya….

Anda membuat pinjaman dengan kadar interest sebanyak 7% setahun.
Selepas setahun, pelaburan emas yang anda lakukan memberikan pulangan kenaikan sebanyak 15% (setelah ditolak spread).
Bermakna,  15% – 7% = 8%… ya anda akan memperolehi keuntungan 8%
Nampak mudah bukan? Tapi realitinya… bukan semudah itu…
Disini, saya ingin berkongsikan dengan anda realiti tentang membuat pinjaman untuk pelaburan..

1. Kadar interest untuk pinjaman peribadi, adalah tinggi.

Ianya sekitar 24% setahun. (merujuk kepada pakej  pinjaman dari easy rhb) . Jadi, untuk untung, anda perlu pastikan dalam masa setahun, harga emas yang anda beli menggunakan wang pinjaman, naik sebanyak 30%. ( 24% untuk interest pinjaman +  6% untuk spread) . Jika tidak, anda akan menanggung kerugian.
 
Untuk mengurangkan risiko ini, cuba cari pakej-pakej pinjaman yang menawarkan kadar interest yang paling rendah. Jika boleh, cari pinjaman yang menawarkan kadar interest sekitar 5% sahaja setahun. Ada ke? Err.. yg itu anda kena cari sendiri ler.. oh! Tapi saya rasa ada.. sebab saya pernah mendapat call dari pihak bank yang ingin menawarkan saya pinjaman peribadi dengan kadar interest 4.8% setahun.

2. Anda tidak akan mendapat wang pinjaman 100%.

Yup! Jika anda ingin membuat pinjaman sebanyak RM10,000 , selalunya, anda tidak akan mendapat nilai penuh tersebut. Akan ada caj-caj sampingan seperti yuran pemprosesan dan sebagainya. Jadi, sebelum memohon, tanya pihak bank tersebut  tentang caj-caj tambahan ini.

3.  Prestasi pelaburan lalu, tidak mengambarkan prestasi akan datang!

Ya! Kita sering di gula-gulakan dengan kadar purata pulangan pelaburan emas sebanyak 22% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini…. sesuatu yang mungkin anda tidak perasan ialah tentang perkataan "PURATA".
Jika dilihat prestasi kenaikan harga emas sejak 5 tahun lalu, ianya adalah seperti berikut :-
2006 : 18%
2007 : 36%
2008 : 5%
2009 : 26%
2010 : 25%
Purata hasil kenaikan 5 tahun ialah = (18% + 36% + 5% + 26% + 25%) / 5 = 22% setahun.
Ya! memang banyak.. tetapi cuba lihat pada tahun 2008.. kenaikan emas hanyalah 5% sahaja.
Apabila anda membuat pinjaman, tempoh pinjaman anda adalah 1 tahun sahaja.

Jadi, jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam emas pada tahun 2008… anda akan mengalami kerugian yang besar!
Berbeza jika anda melabur menggunakan duit sendiri, ianya tidak menjadi begitu bermasalah.. jika pada tahun itu emas hanya naik sebanyak 5% sahaja, anda masih boleh relaks-relaks lagi dan tunggu sehingga tahun berikutnya. Sebabnya, anda tidak perlu membayar apa-apa. Anda tidak terikat pada "masa & kadar interest".

4. Pinjaman dibayar secara bulanan!

Satu perkara yang anda perlu sedar, bayaran pinjaman adalah secara bulanan… jika anda meminjam RM10,000 hari ini, dan menggunakan semua wang tersebut untuk membeli emas… untuk bulan-bulan seterusnya.. bagaimana pula anda mahu membayar bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut pula?
Pajakkan emas itu! Wow! kini anda sudah ada 2 hutang yang perlu ditanggung..
 
Kadar interest pinjaman (24%) + kadar interest pajakan(upah simpan) (13%) + spread barang kemas emas (30%) = 67%.. woww! anda perlu pastikan harga emas naik sebanyak 67% untuk tahun tersebut!
 
Jangan! memajakkan emas anda… bukanlah satu idea yang baik!..
Mahu atau tidak, anda perlu siap sedia menyediakan wang untuk membayar hutang pinjaman anda itu secara bulanan.
Pendek kata, jika anda ingin meminjam RM10,000 untuk melabur dalam emas, pastikan dahulu, anda sudah ada RM12,000 di dalam akaun anda untuk digunakan sebagai bayaran bulanan pinjaman anda.
 
"Hah? What the point? Kalau aku dah ada RM12,000.. baik aku guna je dut tu beli emas.. tak payah nak pinjam-pinjam..!"
Oh! sememangnya… itulah yang terbaik! :)
Itulah antara beberapa realiti yang perlu anda tahu apabila anda ingin membuat pinjaman untuk membeli emas. Mohon maaf jika entry saya ini bunyinya seperti mengerikan… tetapi, itulah realitinya.

Jika masih mahu membuat pinjaman pelaburan emas!

Jika anda masih tetap mahu berhutang/membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas! Pastikan anda melepasi 2 syarat ini.
1. Dapatkan pinjaman yang menawarkan kadar interest paling rendah, kalau zero interest,  itu lebih baik!
2. Pastikan anda mampu membuat bayaran bulanan pinjaman tersebut. Sama ada menggunakan wang gaji atau wang simpanan anda yang sudah sedia ada.
Apa-apa pun… wang anda, tanggungjawab anda! :)
Sekian!.. selamat melabur….

GAMBAR Fasha Sandha Cun Meletup Dalam Glam Isu November 2011

thumbnail
 
 

GAMBAR Tiz Zaqyah dan Izara Aishah. Tiz Zaqyah Akui Rapat Dengan Remy Ishak

thumbnail
Cover BiPop semalam memanglah sangat-sangat awesome. Mana taknya, tunjang utama drama Soffiya iaitu Tiz Zaqyah dan Izara Aishah memakai baju kebaya menambahkan lagi kecantikan mereka berdua yang memang sudah sedia cantik.
 
tiz zaqyah izara aishah
 
Dengar ceritanya drama Soffiya memang mendapat sambutan hangat sekarang ini. Saya tak sempat nak tengok lagi. Khabarnya lakonan Tiz Zaqyah masih hebat seperti biasa. Tambah mengkagumkan dengar cerita lakonan Izara sebagai pelakon baru pun not bad jugak. Itulah yang kita mahukan. Bukan jual rupa sahaja, yang penting bakat ada. Tak gitu?
 
tiz zaqyah izara aishah
 
Bercerita tentang Remy Ishak, Tiz Zaqyah mengakui yang dia sedang rapat dengan Remy:-
Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya. Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi.
 

Deepavali PLUSMiles Toll Rebate

thumbnail
 
For all traveller during this Deepavali festival, this is another good news for you.Reward yourself when you travel along PLUS highways during this Deepavali with PLUSMiles Toll Rebate :
  • 10% when you travel on 24 & 28 October 2011
  • 20% when you travel on 26 October 2011

Tips How to Increase Alexa Rank

thumbnail
Tips How to Increase Alexa Rank (google)
Gadgets For Blogger - Alexa ranking is an estimate of how much the flow of traffic to our blog, the more visits to our blog, the smaller the amount of the nominal rate of our blog in the eyes of Alexa, and this is a good sign even though the numbers alexa toolbar sometimes confuse us. Alexa does apply approximate backwards when compared to google ranking, if the blog we've considered "essential" by google, the more it will increase the amount of the nominal rate our blog on google, while Alexa, a growing number of blogs we visited other bloggers, the smaller the nominal rate we at Alexa.

Alexa rating determines your blog. The higher the ranking of a blog, a growing number of "jobs / tasks" that you will receive, and the more money that flows to your paypal. There are a few tips on how to improve alexa ranking of your blog. Among them are:

Alexa Widget
Install Alexa widget on your website. Alexa stat this site contains javascript that delivers every visitor data (ping) to the server so that Alexa Alexa statistics become more precise. Script may be taken on the website Alexa. Live copy and paste our other features. We need not feel embarrassed to put up a blog Alexa rank widget even though we are still raw kerana to achieve the desired result is certainly a price to be paid.

Alexa Toolbar
Using a browser already installed the Alexa toolbar can improve your website ranking. Actually, not just your website, every website visited Alexa toolbar installed browser also gets "value" to be presumed in the ranking. Was not sure of your website visitors is your own self? So, if your browser already installed the toolbar, then the addition of ranking points will occur automatically. Alexa toolbar for firefox that can be installed via the following link:
 
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/5362

Alexa Blog / Content
Write articles about Alexa on your blog. Webmasters and bloggers really like the ways to increase Alexa ranking. Make a related article by Alexa Ranking or a variety of useful tips about Alexa.

Cerpen BAHAGIAKAH KITA?

thumbnail

SAYANG…BAHAGIAKAH KITA?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…

"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…"

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…" begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya. Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.

Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.

Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.

Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.

Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?

Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya. Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?

Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?

Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

(Insya Allah, kita sambung nanti)

Sebelum ini ikutilah dialog ini:

 Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

"Bang, bahagiakah kita?"

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

"Bahagia itu di mana?" tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

"Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama," kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang… jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami…

"Apa perasaan mu?"

Dia senyum.

"Saya bahagia."

"Hari ni boleh jadi bahagia… tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya…." kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya 'mentari' kehidupan pun menyala petanda 'bulan' bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.  

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam… saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan… mujur hati sering diingatkan – dia adalah 'hadiah' Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?  

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan… pelayaranpun diteruskan.

"Bahagiakah kita?"

Soalan itu kembali mengusik rasa.

"Di mana bahagia itu?"

"Di hujung atau di pangkalnya?"

Lalu saya temukan jawapannya…

"Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan."

"Bahagia itu apa?"

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan  rasa. Mampukah?

"Bahagia itu ketenangan!" kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

"Ketenangan itu apa?"

"Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja."

"Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?"

"Ingat Allah… hati akan menjadi tenang."

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: 'Bang, bahagiakah kita?"

"Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan."

"Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!"

"Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?"

"Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?"

"Kenapa?"

"Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…"

"Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam."

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya… Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:

"Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita."

Lalu dalam suram kamar yang sederhana… saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku… kita bahagia!

Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak "Jauh itu dekat" tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:   

Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama  

jari-jari merahmu…

di malam pertama

Sayang… Jauh itu DEKAT!


Gambar dan Video Kemalangan Marco Simoncelli

thumbnail
Dunia sukan berdukacita dengan kemalangan tragis yang berlaku kepada perlumba team Honda 250cc Marco Simoncelli di Malaysia Moto GP. Sebagai tanda takziah kebanyakan perlawanan bola sepak liga Itali bertafakur beberapa minit sebelum permainan. Dunia sukan motor kehilangan seorang perlumba yang sangat berpotensi tinggi untuk menjadi perlumba terbaik dunia.
 
 Tragedi yang menyayatkan hati ini telah menenggelamkan peristiwa hitam Manchester United yang tewas 6 – 1 kepada jirannya Manchester City.
 
Gambar Kemalangan Marco Simoncelli dari depan - Sumber Motoisme

Gambar Nokia 800 Searay Mula Kelihatan – Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan?

thumbnail
Dengan semua acara pelancaran peranti baru yang diadakan baru-baru ini, semestinya ramai yang ternanti-nanti akan acara Nokia World pada minggu hadapan, dimana ramai mengatakan Nokia bakal melancarkan peranti Windows Phone pertama mereka pada acara tersebut. Dan menariknya, hari ini juga memperlihatkan gambar rasmi Nokia 800 Searay turut tersebar di internet.
Melalui gambar yang dipaparkan, ia memperlihatkan rekabentuk menyerupai Nokia N9, serta pada masa yang sama membawakan beberapa aplikasi Nokia bersama-sama dengannya, seperti Nokia Navigation dan juga Nokia Music padanya.
 
Ia diperkatakan Nokia mungkin akan memperkenalkan sekurang-kurangnya dua peranti pada acara tersebut, dan dengan Nokia 800 sudah pun mula kelihatan, mungkin kita boleh nantikan apakah lagi yang bakal diperkenalkan oleh Nokia. Sebelum ini, beberapa spesifikasi peranti mula tersebar, melabelkan peranti Nokia dengan nama Ace, Sabre dan juga Searay.

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

thumbnail
Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah
 
i. Melalui Kaedah tunai.
– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)
 
ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah
Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.
Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 10 dana

thumbnail
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan
untuk sepuluh dana berjumlah lebih RM573 juta. Pengagihan kasar yang
diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31
Mei 2011:


Dana
Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Ittikal
8.00 sen seunit
Public Dana Islamic Equity
2.00 sen seunit
Public Dana Islamic Select Treasures
1.50 sen seunit
Public Dana Far-East Select
1.75 sen seunit
Public Dana Regional Sector
1.75 sen seunit
Public Dana Global Select
0.75 sen seunit
Public Dana Dividend Select
3.00 sen seunit
PB Dana ASEAN Dividend
1.50 sen seunit
Public Dana Balanced
7.00 sen seunit
Public Dana Select Bond
4.50 sen seunit


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini
telah mencapai prestasi yang baik bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011.

Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan
satu tahun sebanyak 20.01 peratus dan 15.47 peratus masing-masing bagi tempoh
berakhir 13 Mei 2011, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 23
Mei 2011. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan
sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 22 anugerah dana
dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan
Anugerah Dana Islam Failaka. Sebuah lagi dana yang patuh Syariah iaitu Public
Dana Islamic Select Treasures yang dilancarkan pada 2008, telah menghasilkan
pulangan satu tahun sebanyak 21.86 peratus bagi tempoh yang sama.

Bagi dana-dana serantau dan global pula, Public Dana Far-East Select dan Public
Dana Regional Sector telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 24.25
peratus dan 23.69 peratus masing-masing bagi tempoh yang sama. Sementara itu,
Public Dana Global Select telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 8.59
peratus bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011, berdasarkan Jadual Dana The Edge-
Lipper.

Sementara itu, Public Dana Dividend Select dan PB Dana ASEAN Dividend telah
menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.67 peratus dan 21.65 peratus
masing-masing bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011.

Pada masa yang sama, Public Dana Balanced yang dilancarkan pada tahun 1995,
merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 15.01 paratus bagi tempoh berakhir 13
Mei 2011, sementara itu Public Dana Select Bond merekodkan pulangan satu tahun
sebanyak 3.65 paratus berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper.

Public Dana Ittikal, Public Dana Islamic Equity, Public Dana Islamic Select
Treasures, Public Dana Balanced, Public Dana Dividend Select dan Public Dana
Select Bond adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kecuali PB Dana ASEAN Dividend yang diedarkan oleh cawangan-cawangan
Public Bank di seluruh negara, kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh
perunding-perunding unit amanah Public Mutual.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 85 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2,440,000 pemegang akaun dan pada 29 April 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang
diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.4 bilion.

Pelanggan nak melabur dalam unit trust public mutual

thumbnail
Hari ni bermulanya hari aku mendekati bakal pelabur di dalam unit trust public mutual. Selepas exam public mutual minggu lepas dengan jayanya... hehehe... aku dah start memasarkan public mutual pada kekawan.

Hari ni ada yang nak melabur. Sebab utamanya ialah sblm ni takde orang yg bagi penerangan kat dia mengenai public mutual ni yang boleh melabur guna duit epf akaun 1 je, tak payah keluar sesan pun dari dompet dia.

Lagipun sapa tak kenal public mutual kan, cuma penerangan je kurang. Sapa-sapa yang nak penerangan percuma mengenai public mutual nih, boleh lah hubungi aku dengan klik " hubungi encikarman" ( kat menu atas tuh ). Aku boleh bagi penerangan dalam email.

Selamat melabur

p/s: emmm.. aku pun ada melabur dalam public mutual.

8 Cool Templates For Online Shop Gadgets For Blogger - Lets Start Our Online Business

thumbnail
 
 

8 Cool Templates For Online Shop Gadgets For Blogger (google images)
 
Gadgets For Blogger - Today the business on the internet or online business known as E-Commerce develops and is rapidly increasing both the number of users, developers, and technology used. Can be seen in recent years an increase in transactions over the Internet are very many ways in which to start selling online either a paid or free / free. One of the free media that can be utilized which media blogspot (blogger.com). Services provided by google is a powerful blogging tool that can be transformed into a corporate website or a professional who became an online store and used a pretty sight.

To be used as an online store, a blog should have a template for online store nail on both structures, the script and display. Here I will share eight templates online shop is cool and elegant choice for your blogspot. Four of them are equipped with the script for the feature shoppingcart shopping cart and check-out payment as a real online store.
Ok, let's check it out!
Online Store Templates For Blogspot with Script to buy
1. Blogger Store

     Demo | Download

                                                                   Demo | Download
                                                               Demo | Download
                                                                Demo | Download
Online Shop Templates For Blogspot without script to buying
                                                                Demo | Download
                                                               Demo | Download
                                                               Demo | Download

Please you select the appropriate online store template for your blogspot. Each template has its own specific settings can be configured so perfectly in your blog. You can visit the link template creator TSB to obtain further clarification regarding the configuration and so forth.
Welcome to do business online. Have fun!