Home » » Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!

Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!

 

FOKUS dan tenang itu perwatakan jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan sepanjang kempen mempertahankan emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta.

Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.

"Mengecewakan!" kata Kim Swee berkenaan hukuman dikenakan jawatankuasa pertandingan yang melarangnya masuk ke padang walaupun perlawanan sudah berakhir.

"Mereka sudah menghukum saya untuk hanya melihat dari bangku penonton, itu saya boleh terima.

"Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?"

Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

"Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.

"Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham," katanya.



Terima kasih kerana membaca Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan