rm8 bilion & SPM A+

thumbnail
Kerajaan terpaksa mencari lebihan RM8 bilion lagi kerana jumlah
subsidi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.





Begitupun Najib mengulangi pendirian kerajaan bahawa semua
pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 8A
+ akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Gambar | Siti Saleha adik Sam Bunkface drama Nora Elena

thumbnail

siti saleha

 
Petang semalam masa tengah lepak minum petang, tiba-tiba terbuka TV3 dan tertengok drama Nora Elena. Sekali tue terus melekat sebab ada Siti Saleha nie. Carik punya carik, rupa-rupanya Siti Saleha baru berumur 19 tahun dan merupakan adik kepada Sam Bunkface. Patutlah ada muka mix sikit.
 
Untuk pengetahuan, Siti Saleha selalu keluar iklan-iklan komersil. Sebab itulah korang rasa muka dia familiar sikit. Dan kalau tak silap drama Nora Elena ini merupakan drama pertama Siti Saleha memegang watak utama. Kalau salah tolong betulkan ye.
 
Cantik tak cik Siti Saleha ni?

Kena buat apa bila dapat baby?

thumbnail
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang
dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami
supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat
dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak
mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih
lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu
memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping
suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan
berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah
Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir
dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari
gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi
ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan
bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan
dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya
anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga
supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari
landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian
mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan)
di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku
harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa
yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak
perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi
dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan
syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang
dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun
perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak
tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat
oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu
bapa untuk anaknya".

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari
ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan
nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini
memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu,
jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan
amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam
ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam
keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa,
teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya
Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan
kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang
Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad
iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi
anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya
dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang
disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur
rambutnya".

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari
……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana
itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak
itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir
di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari
ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua
lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan,
pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur
rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan
disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak
dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras
oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga
kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara
yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan
Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah
hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita".

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur
sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah
menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih
dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bakarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua
tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh
susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan
Allah.

Sumber: email seorang rakan di Melaka

Cara nak semak status halal

thumbnail
Makan HALAL dan HARAM terus mencengkam kehidupan umat Islam. Keadaan ini
berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang
cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti
makan proses, bahan makanan sehinggalah kedai makan.

Pengusaha Muslim bukan tak ada tetapi agak lambat bergerak mengikut
peredaran masa lihat sahaja kedai makan orang Melayu ada yang tak berubah
sejak berpuluh tahun sedangkan kedai makan MAMAK dah lama upgrade ala
Bistro manakala kedai kopi CINA dah naik taraf jadi KOPITIAM. Kita umat
Islam hanya pandai marah JAKIM atau marah pengusaha Kopitiam apabila dapat
tahu Kopitiam tertentu tak ada sijil HALAL JAKIM. Kan KOPITIAM tu untuk
orang Cina jadi kalau ada yang minta sijil HALAL JAKIM tu kira bonuslah
untuk orang Islam.


Kita mesti rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan
semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan
mata sahaja.


Semakan status HALAL SMS


Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba
semak dengan telefon bimbit anda:


Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.


Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.


Semak status halal online:


http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW

Toyota Corolla Altis 1.8G | Servis 1000km rm115.90

thumbnail
Saja je nak nak infokan kat blog ni tentang Toyota Corolla Altis 1.8G
( nama penuh utk tarik trafik dan main SEO skit ) supaya siapa-siapa yang
nak cari info tentang Toyota Corolla Altis 1.8G boleh le cari kat sini
sebelum buat belian kan.

Minggu lepas kau pegi servis Toyota Corolla Altis 1.8G kat Toyotsu seksyen
15 shah alam. Servis 1000km ni kena bayar rm115.90, ok le kan bagi Toyota
check keadaan kereta ni dulu, rasa le selamat sikit nak bawak.

Lama jugak servis ni, lebih 2 jam tuh mula dari aku daftar kat kaunter dan
pegi check kereta dgn org jaga kaunter daftar tu.

Takde apa-apa yg pelik, rosak atau pun defect mana2 kan. Toyota berjaya
beri aku kereta yg berada dalam keadaan baik dan aku juga berjaya jaga
kereta ni selama sebulan ni tanpa calar lagih hehe.

Nanti aku update lagi berkenaan kereta Toyota Corolla Altis 1.8G ni dari
semasa ke semasa. Selalu le check kat blog ni.

Hanis Zalikha dan naib juara pertandingan Dewi Remaja 2010 di majalah remaja

thumbnail

Siapa Hanis Zalikha? Takkan tak kenal kot yang namanya dicari lebih banyak dari siti nurhaliza dari Google pada hujung tahun 2010. Setahu saya le sebab masa berblog hari tuh, ada kameramn ambil gambar dia dan videa. url Blognya terpampang kat tv, promosi percuma le tu kan, lepas tuh terus di cari oleh blogger.
 
Siapa Izara? saya tak tahu ejaan nama sebenarnya sama ada Izara ataupun Ixara. Tetapi Izara ialah naib juara pertandingan Dewi Remaja 2010. Dulu Memang cantik orangnya kalau tak macam mana boleh dapat naib juara kan?
 
Apa tunggu lagi? Dapatkan majalah Remaja bulan ini untuk mengetahui rahsia 2 gadis yang masih single mingle ini. Mana tahu ada tips-tips untuk korang mengorat dia. Tak gitu?


Toyota Corolla Altis 1.8G | About Tribe Toyota

thumbnail

Tribe Toyota is the official Toyota community catered to Toyota owners across Malaysia. It began out of the legacy of the Funser club, a lifestyle club catered to Unser owners that has since expanded to accommodate all Toyota vehicle owners. Our goal is to build a close-knit community where Toyota owners can make friends and share in fun lifestyle activities with other like-minded Toyota owners.
Why "Tribe"?
A tribe is defined as a kinship-based group. The word "tribe" carries a strong message of unity and integration. Our new logo reflects this belief through the connection between the "r" and the "i", which depicts the partnership between Toyota and our customers.


Moving Forward as One Community

As technology brings us closer, we want the new Tribe Toyota to be a place where Toyota owners and Toyota can better support each other. A platform geared towards open dialogue and better understanding. A place where relationships are built.

By merging Tribe Toyota with Toyota Owner's Journal (TOJ), Toyota owners can now manage vehicle records and share ownership experiences on a single portal. If you're a current Tribe Toyota/TOJ member, you may access the new site with your existing username and password.

Join in on the Action!
If you're a Toyota owner, we welcome you to join the Tribe family. Membership is open to all private individual Toyota owners.
Cam tu le mengenai About Tribe Toyota.

Apa sebenarnya Lynas Gebeng Kuantan ni?

thumbnail
Apa sebenarnya Lynas ni?

Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.


  1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
  2. 100% milik Lynas Australia.
  3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
  4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
  5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
  6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun
  7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
  8. Bebas Cukai selama 12 tahun.
  9. hina merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
  10. Harga satu tan pada RM364, 800.
  11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
  12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
  13. Proses menghasilkan 'rare earth' atau nadir bumi secara umumnya:
    • Ore dilombong di Mount Weld Australia.
    • Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini 'rare earth concentrate' akan dihasilkan.
    • Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan 'rare earth compounds' dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
    • 'rare earth compounds' tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis 'rare earth' atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ' rare earth oxides' di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
    • Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, 'rare earth oxides' ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik 'solvent extraction' untuk menghasilkan 'rare earth metal' yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
  14. 'Rare earth ore'yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.
  15. 'Rare earth concentrate' yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.
  16. 'Rare earth concentrate' yang diimport akan diproses untuk dijadikan 'rare earth oxide' di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun 'rare earth oxide' yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
  17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

  • Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
  • Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
  • Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
  • Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
  • Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
  • Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  • Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
  1. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan 'rare earth' di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
  3. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri 'rare-earth' di Baotou Mongolia. Setiap proses 'rare-earth' bermula dari perlombongan 'ore' ke 'rare earth oxide' atau 'rare-earth metals' banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan 'ore', bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  4. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'rare-earth ore' berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
  5. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
    • Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
    • Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
    • Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
    • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
    • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
    • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
23.  Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
    • 'Public Consultation' atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
    • Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
    • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
    • Cadangan untuk membawa masuk 'rare earth concentrate' dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
    • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
    • Sisa buangan radioaktif dari 'rare earth' boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
    • Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld 'ore' yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
    • Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan 'regulator' atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah 'promoter' atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
    • Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
    • Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
    • Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
    • 'Proof of Concept (POC)' atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
    • Cadangan membawa 'rare earth' bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan 'rare earth' dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan 'rare earth'.
    • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
    Tepuk dada tangan selera, jangan terima info ni bulat-bulatm selidik le dulu yer.

Gambar | Tasha Shilla pelakon Gemilang

thumbnail

 
tashashilla7.jpg
 
Sudah lama sebenarnya saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Tasha Shilla, pelakon drama Gemilang yang pernah popular di TV3 suatu ketika dahulu. Tasha Shilla memang ada pakej. Wajahnya menarik, bakat lakonan not bad dan dengar cerita memang mesra peminat. Senang cerita Tasha adalah salah seorang pelakon yang memang boleh pergi jauh.
 
Kalau korang tak kenal Tasha Shilla, maka inilah peluang anda untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Cari je Tasha Shilla kat facebook dan twitter.
 

 

Keputusan Peperiksaan Akhir UiTM Januari-Mei 2011, Semakan Keputusan Kemasukan Ke TEVT(Politeknik) Dan ILKA 2011, Semakan Keputusan KPLSPM 2011 Ambilan Jun 2011

thumbnail
Keputusan Final Exam UiTM
 
Pasti ramai yang menantikan keputusan final exam kan?Yelah,exam dah tamat dan sekarang ini adalah masa untuk menantikan result masing-masing.Pasti ramai yang berdebar-debar menantikan result masing-masing.
Bagi pelajar UiTM,keputusan peperiksaan akhir @ final exam adalah pada 25 Mei 2011 nanti dan semakan boleh dibuat di Student Portal…Seperti kebiasaan,Student Portal akan down semasa hari semakan.Jadi dinasihatkan agak anda semua menyemak keputusan masing-masing selepas 25 Mei 2011 atau pun menyemak keputusan selepas jam 12 tengahmalam.
Apa-apa pun,jangan lupa untuk menyemak keputusan korang nanti =)
 
Disini ada makluman penting bagi adik-adik yang memohon untuk ke TEVT dan ILKA 2011.UPU telah mengumumkan bahawa keputusan ke TEVT dan ILKA 2011 boleh mula disemak pada 22 Mei 2011 iaitu pada hari ahad nanti bermula jam 12 tengahari.
Keputusan semakan boleh dibuat di Laman Web rasmi UPU,iaitu di:-
Bagi adik-adik yang memohon,jangan lupa untuk membuat semakan pada hari berkenaan.=)
 
Semakan keputusan tawaran KPLSPM 2011 ambilan Jun 2011 sudah boleh dibuat mulai hari ini,19/5/2011 dan keputusan ini lebih awal daripada tarikh yang telah dijadualkan iaitu pada 21/5/2011.
Semakan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:-

Semakan Melalui Internet

Semakan sudah boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:
Semakan Melalui SMS
Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti berikut :
  • MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888. contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.
Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :
  • MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888. contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888
Borang Am 402
Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.
Pertanyaan
Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2011 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.
 

Selepas Orkid Abdullah, suami pula meninggal dunia

thumbnail
Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu
, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar
Omar pula menyusul.


Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya pada
kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang, Cheras.


Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei
lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru.


Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor.


Al-fatihah untuk beliau, amin.
thumbnail

 
Dari sumber yang dibaca, katanya Yassin Senario sudah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Farrah. Apa pun, kalau benar berita gembira ini, aku ucapkan jutaan tahniah. Semoga Yassin tabah menempuh cabaran hidup berumah tangga.
 
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat untuk pasangan pengantin ini.
 
Korang nak tengok gambar eh? cari le kat google tu ye...

Review kereta | Altis 1.8G | 1000km servis

thumbnail

Semalam aku pegi servis 1000km kereta Toyota Corolla Altis 1.8G aku di UMW Toyotsu Seksyen 15 Shah Alam. Lama jugakle tunggu, appointment pukul 11.00 pagi, pukul 11.20am baru boleh jumpa servis kaunter, lepas check2 kereta, pukul 1.15 pm baru siap keta tuh.
Tengahhari diorang kuar makan, takde orang kat servis tuh.
1000km takde masalah lagi utk kereta Toyota Corolla Altis 1.8G, so far so good la kata org kan. Habis le rm115.90 utk servis tuh, ok le tu kan.
Aku tanya le budak kaunter yang jaga tuh, boleh guna Ron 95 tak ni? Dia kata kalau ikut spec tak boleh le, kalau nak guna jugak, guna BHP. Ini dia dah buat perbandingan, dia cadangkan guna BHP.
Katanya shell, cepat habis, petronas, engin berat. BHP paling ko le, lepas tuh caltex/esso.
Jadi kalau nak jimatkan minyak tuh. Boleh le guna BHP le ye.


Gambar Comel Anak Kembar Sazzy Falak, Iman Lily & Tiara Rose

thumbnail
 
 
Cute kan anak-anak Sazzy Falak??
Oh ya,rupa-rupanya anak Sazzy Falak adalah kembar tak seiras.Wow..lain-lain jantina..menarik =)

Keputusan Pra Diploma UiTM 2011 Sudah Boleh Disemak!

thumbnail
Dah lama aku tunggu pengumunan keputusan Pra Diploma UiTM ini.Tak ada hujan,tak ada ribut,tahu tahu keputusan dah keluar.Alahai.Macam mana boleh jadi macam ini..huhu…
 
Ramai yang bertanya bila keputusan semakan Pra Diploma UiTM akan dikeluarkan dan hari ini keputusan sudah terjawap.
Bagi mereka yang memohon Pra Diploma UiTM,korang semua boleh membuat semakan melalui link dibawah ini:-
Perbincangan mengenai berita-berita/isu-isu akademik @ pendidikan boleh diketahui dengan melayari Facebook.com/portalpendidikan
.Banyak perkara-perkara yang dibincangkan disana.Anda semua dijemput untuk menyertai kami.
 
Oh ya,ada tak sapa-sapa yang dapat tawaran ini?korang tahu tak apa itu Pra Diploma UiTM ini??Jom kongsikan bersama-sama..

8 analisis mengenai 20 top malaysian blogger

thumbnail
Aku rasa korang pun dah tahu kan, 20 top Malaysian blogger menurut alexa.com:
 
1. beautifulnara.com
2. ohbulan.com
3. blogserius.blogspot.com
4. papagomo.com
5. milosuam.blogspot.com
6. 2Dayblogger.com
7. Oh! Artis
8. ohtidak.com
9. tukartiub.blogspot.com
10. amanz.my
11. gerakan-anti-pkr.blogspot.com
12. cikepal06.blogspot.com
13. benashaari.com
14. Denaihati
15. parpukari.blogspot.com
16. redmummy.com
17. Anwar Ibrahim
18. Hidup Biar Sedap
19. ar-rifke
20. Faizal Fredley
 
Jom kita buat analisis skit:
  1. blog pasal hiburan mendapat tempat no. 1. Jadi sapa2 yg menarik trafik boleh le buat pasal hiburan dan gossip-gossip.
  2. guna nama blogspot je ( tanpa .com/.net ) pun boleh ramai trafik gak sbb dalam list tuh kan ada 6 blog yg masih guna nama blogspot.
  3. blogspot lebih baik dr wordpress…hehe.. ada yg mare ke?
  4. blog pasal politik pun boleh tahan juga dan juga pasal isu2 semasa.
  5. kebanyakkan blog ni guna bahasa melayu
  6. ohbulan, oh artis dan ohtidak… bradding baik punya… satu owner ke ni? Cuba Tanya khai
  7. blog yg guna nama sendiri ada 6
  8. kebanyakkan blog2 ni takde newsletter! Iya ke?
 
Jadi, korang bolih pilih sendiri blog yg macamnana boleh tarik trafik.


Review kereta | Toyota Corolla Altis 1.8G Simpang Pulai - Cameron Highland - Gua Musang

thumbnail


Hari Jumaat lepas aku balik kampung dengan Toyota Corolla Altis 1.8G melalui Simpang Pulai – Cameron Highland – Gua Musang. Aku Cuma nak kongsi pengalaman aku le bawak Toyota Corolla Altis 1.8G ni kan.


Sebelum ni aku guna wira se 1.5. Tak berani aku nak bawa laju2 wira se ni sebab dia bergoyang masa ambil corner. Tapi dengan Toyota Corolla Altis 1.8G ni aku yakin skit le masa bawak tuh. 

Turun bukit kat Cameron Highland pun aku tekan minyak jugak sebab yakin punya pasal le kan. Kalau wira se aku dulu tu. Tak berani aku tekan minyak kalau turun bukit.

Kelajuan pun bertambah le. Aku bawak 140 – 150 km/j Plus Highway, simpang pulai – Cameron highland 80-100 km/j dan Cameron highland – gua musang 100-120 km/j. Okle tu kan, sampai dengan selamat, lagipun kereta tak banyak lalu jalan tuh.

Lagi satu yg aku perasan, Toyota Corolla Altis 1.8G dia punya absorber keras sikit, jadi masa ambil corner tu kan, smooth je le, ni yg bestnya.

Ekon ok, cepat sejuk tapi aku guna min je walaupun cuaca panas sebab aku takut ngantuk nanti memandu sorang2, bahaya.

Radio boleh tukar channel dan main volume kat stereng je, selamat skit le semasa bawak keta tu. Sampai pekan gua musang aku beli CD dikir barat untuk layan dalam kereta.

Toyota Corolla Altis 1.8G so far so good. Km dah lebih 1000km utk servies pertama, aku belum buat lagi nih…hehe.. dah cecah 1400km dah ni.


Maybank nak hadiahkan 100 IPad 2

thumbnail

Fuhhh... Maybankard Visa and MasterCard Credit Cards menggila lagi dengan hadiah iPad!

Biasa le kan nak suruh pemegang kad bayar guna kad visa/mastercard le tuh kan, biasanya orang akan guna Amex sebab ada cash back 5% & 5x treatpoint.
 
Tapi, ini tidak boleh dilepaskan sebab setiap hari akan ada pemenag iPad ni. Caranya hanya belanja rm100 dalam satu resit dengan Maybankard Visa or MasterCard Credit Card dan ada le peluang nak memang iPad 2 setiap hari.
 
E.g: RM100 = 1 entry, RM400 = 4 entries
 
Hanya 100 unit iPad 2 sahaja akan di berikan selama 29 April 2011 - 6 August 2011.
 
Boleh le kot try selama 100 hari tuh, boleh le masuk beberapa kali kan, kalau setaip hari bankrap le.
 

 
 

Bagaimana Kisah Sampai Terbunuhnya Osama Laden - Al-fatihah

thumbnail
" A little-known spy agency in Washington helped track the hour-by-hour movements of the al Qaeda courier who inadvertently led a Navy SEALs assault team directly to Osama bin Laden on Sunday, where they killed the terrorist mastermind with two precision shots to the head.
For eight months, after analysts tentatively identified a spacious walled compound near Islamabad, Pakistan, as a possible bin Laden hideout, an array of satellites and unmanned drones kept an unblinking, day-night "staring eye'' watch, tracking individuals' movements in and out, and following "individuals of interest'' as they traveled across the region.
 
The data was continuously downloaded to an Air Force ground station housed in a nondescript hangar at Langley Air Force Base in Virginia, where teams of analysts pored over the "take'' and streamed it live to intelligence analysis cells at the CIA, the National Security Agency and the National Counterterrorism Center.
 
The NCTC, housed in an innocuous office building in Rosslyn, Va., just across the Potomac River from Washington proper, operates far from the spotlight that illuminates even the secretive CIA, but it played a pivotal role in the bin Laden manhunt.
Working with the military's Joint Special Operations Command Targeting and Analysis Center, located at Langley, and with the National Geospatial-Intelligence Agency up the river in Bethesda, Md., the NCTC analysts helped develop what the military calls a "common operating picture.'' In layman's terms, that amounted to a detailed four-dimensional "map'' of the bin Laden compound and its occupants and their patterns of living and working.
 
The data enabled JSOC's commandos to build, in a remote section of the U.S. air base at Bagram, Afghanistan, a full-scale replica of the al Qaeda compound at Abbottabad, an hour's drive north of Islamabad. In constant rehearsals at the mock-up, they perfected the timing and the tactics used in Sunday's raid.
 
NCTC officials declined to comment publicly on the agency's operations or the work that led to bin Laden's death on Sunday.
 
But a senior intelligence official, who briefed reporters anonymously because much of the information is classified, said the breadth and depth of the information was critical. After the compound was initially discovered last summer, he said, officials "developed good information on how life at the compound was carried out.''
 
The information was so complete, he added, that "the operators who assaulted the compound felt they had all the intelligence they needed.'' Such assessments are unusual because the military, and commandos in particular, rarely acknowledge they have "enough'' intelligence.
In a statement, James R. Clapper, the director of national intelligence who presides over all 16 of the country's intelligence agencies, said that in his nearly 50-year career "never have I seen a more remarkable example of focused integration, seamless collaboration and sheer professional magnificence'' as was evident in the final hunt for bin Laden.
 
As impressive as it is, the elimination of the al Qaeda founder, after nearly a decade of effort, won't have nearly the impact on global terrorism that it might have several years ago, counterterrorism officials say. Thanks to the "franchising'' of extremist Islamist terror cells to Yemen, Somalia and elsewhere, the danger -- and the action -- has shifted away from bin Laden's core al Qaeda group, according to NCTC director Michael Leiter.
 
None of the recent terrorist operations against the United States, including the 2009 Fort Hood shootings that killed 13 Americans and the drive-by shooting later that year that killed a soldier at a Little Rock, Ark., recruiting station, were directed or inspired by bin Laden. Rather, these two attacks, together with the three failed but potentially deadly attacks -- the attempted Times Square bombing, the bungled Christmas 2009 airliner bombing, and the parcel bombs hidden in printer cartridges last fall -- all were inspired or directed by a the Yemeni-based cleric, Anwar al-Awlaki, and the al Qaeda offshoot, al Qaeda in the Arabian Peninsula, also based in Yemen.
 
Leiter and other counterterrorism officials say that AQAP and other "franchises'' have surpassed the original Pakistan-based al Qaeda in terms of speedy planning and imaginative attacks. They cite a further threat: the emergence of homegrown Islamist terrorists in the United States, such as the alleged Little Rock shooter, Abdulhakim Mujahid Muhammad, a 24-year-old Muslim convert formerly known as Carlos Bledsoe.
"Bin Laden personally, al Qaeda's terrorist tradecraft, all of that is becoming less popular in most places in the world,'' Leiter said in a December speech at the Center for Strategic and International Studies in Washington.
 
The affiliates, he added, "no longer simply rely upon their linkages to al Qaeda senior leadership in Pakistan but they have in fact emerged more as self-sustaining, independent movements and organizations."
 
Leiter also noted that the affiliates maintain "important tentacles back to al Qaeda senior leadership" but operate with a high degree of independence.
 
"And, frankly, they operate at a different pace and with a different level of complexity than does al Qaeda senior leadership, and that has complicated our task significantly,'' Leiter added.
 
The NCTC's role in the killing of bin Laden is payback of sorts for the U.S. intelligence community, which was criticized for its failure to prevent the 9/11 attacks -- when a lack of coordination kept intelligence officers from fitting together known pieces of the al Qaeda plot. In the aftermath of the attacks, a presidential commission urgently recommended the establishment of a new agency to unify "strategic intelligence and operational planning against Islamic terrorists.''
The NCTC was operational by 2004.
 
This time, by all accounts, the intelligence agencies and the military operational headquarters worked together smoothly and swiftly, justifying the effort put into breaking down institutional walls and separate data bases, said counterterrorism officials who requested anonymity because their operations are classified.
 
A former Navy pilot who flew EA6B Prowler jamming and attack planes over the Balkans and Iraq, Leiter, 42, is a cum laude graduate of Harvard Law School and clerked for Supreme Court Justice Stephen G. Breyer before starting work in counterterrorism. He was appointed as NCTC director by President George W. Bush -- and asked to stay on by President Barack Obama. He was married Saturday evening in Washington; the honeymoon was postponed. "
 
sumber: aol.com


 

Osama bin Laden yang mengetuai Al Qaedah Telah Di Bunuh?

thumbnail
President Amerika mengumumkan Osama bin Laden yang mengetuai Al Qaedah telah berjaya dibunuh dan mayatnya ada dalam simpanan Amerika.
 
Jujur aku begitu sangsi dengan berita ini kerana setiap kali ekonomi Amerika jatuh teruk pasti ada sahaja isu dunia yang akan dicipta. Suatu ketika dahulu apabila Amerika menghadapi krisis perumahan maka palestine diserang bertalu-talu lebih dari 1 bulan yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat. Mungkinkah tindakan mereka menyerang Libya tidak berjaya melekakan mata dunia.
 
Dengan pengumuman kematian Osama bin Laden siapakah mungkin pemimpin Islam selepas ini yang akan dijadikan mangsa penyebab segala kejahatan di dunia ini. Mungkinkah Ghadafi?
 
Mereka ini lupa ada kuasa Maha Besar sedang melihat lakonlayar yang sedang didramakan maka lihatlah hasilnya pasti semakin banyak bencana akan menimpa dunia yang menuju akhir zaman.