Google adsense | USD100.08, 7min 25saat

thumbnail
Baru je cash out earning adsense ni, pehh kejap je kat CIMB Bank seksyen 18
Shah alam, 7minit 25 saat je bermula dari urusan kat kaunter. Kalau nak
kira dari ambil no giliran tak releven sebab ada bank yang ramai orang kan.

Lepas tunggu dan melepak atas kerusi sambil tengok2 orang : ada yg korek
hidung, ada yang lipat kaki seluar sampai lutut, ada yang tido kat bank tu,
ada yang main2 handphone, yg rambut macam David Berkam pun ada... 2132 no
keluar kat skrin tuh, start dari situ le aku mulakan time aku kira.

Kakak kaunter bank tu tanya:
" Google bagi awak duit ke?"
Dia macam konpius skit, aku pun angguk je le. Macam minat nak tahu je kakak
ni.

Isi borang Western Union pun senang je. Malas le aku nak cite, cuma yg
penting alamat google kena ada, payment number kena ada dan jumlah duit

kena ada le kan.. tu je. IC kena bawak le jugak.
Sapa penah dapat duit dari adsense ni, kongsi lah sikit.



Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

thumbnail
Nampaknya Google PageRank dah dikemaskini untuk bulan Jun 2011.
 
Google PageRank ni bagi aku penuh misteri. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi PR sesebuah blog tu sama ada naik ataupun turun. Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka. SEO merupakan salah satu faktor yang sangat mempengaruhi peningkatan atau penurunan pagerank sesebuah laman web atau blog.
 
Berikut adalah skala penilaian daripada sumber Google PageRank bagi faktor-faktor yang menyebabkan naik turunnya pagerank sesebuah blog.

Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

  • Update Pages Frequently – 2/10
  • Add Pages Frequently – 4/10
  • No Broken Links – 5/10
  • Good Neighborhood Directories with high PageRank Levels – 7/10
  • Monster Websites – 7/10
  • Quality Inbound links – 8/10
  • Quality Relevant Links – 9/10
  • Article Submissions (this can increase your PageRank by getting more inbound links)
  • All these put together – 10/10

Faktor-faktor yang Menurunkan Google PageRank

  • Bad inbound link seperti P0ker, Lucah, Seks dan sebagainya
  • Link spamming
  • Bad Content
  • Banyak broken links
  • Teknik SEO Black Hat
Camtu le adanya...

Payment dari adsense

thumbnail

Wow, baru check akaun adsense, payment dari adsense sudah boleh cash out guna Western Union ( aku rekeman kat CIMB ).
 
Bukan pe, ni sebagai motivasi kepada saya dan juga blogger2 lain ( ataupun bukan blogger, yang tukang baca tu ) utk bergiat aktif dlm blogging.
 
Camne nak check payment ni?
 
login akaun adsense korang
My Akaun
Payment History
Payment issued ( kalau adsense korang dag cecah 100USD baru ada menu ni )
details
Statement of Earnings
 
lepas tu print le, bawak pegi CIMB, tulis borang Western Union. Dalam 10 minit dah boleh dapat duit tu.
 
 
 

Gambar | Proton Persona R

thumbnail
Tahun ini rasanya begitu meriah dunia automobil negara dimana pengeluar kereta negara memperkenalkan banyak model-model baru untuk dipasarkan di Malaysia.Baru ini,Perodua telah memasarkan model terbaru Myvi 2011 dan dikatakan model baru Myvi itu mendapat sambutan yang begitu baik daripada pengguna kereta tanah air.
 
Proton juga tidak mahu ketinggalan dan sekarang ini Proton sedang menjalankan proses percubaan bagi model Proton yang akan dipasarkan awal tahun 2012 @ pertengahan 2012.
Dibawah ini merupakan gambar yang diambil oleh spyshot ketika melihat model Proton Persona R di jalan raya.
 
persona r peter 1 500x229 Gambar Proton Persona R
persona r peter 2 500x354 Gambar Proton Persona R
SPYSHOT HEADLAMP PERSONA R REPLACEMENT WRM R 400x321 Gambar Proton Persona R
 
Menurut maklumat yang diperolehi,model Persona R ini diambil daripada Proton Tuah yang pernah ditunjukkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show 2010.

Cara-Cara Untuk Menyemak Saman Polis dan JPJ Secara Online Dan SMS

thumbnail
Sekarang ini semuanya dah maju dan semuanya dihujung jari.Tak perlu dah nak ke JPJ untuk semak saman.Kini semua boleh dibuat secara online dan juga menggunakan SMS…
 
Jadi dibawah ini dinyatakan cara-cara untuk membuat semakan saman polis dan juga JPJ….Law ada saman tu,cepat-cepat lah pergi bayar k…nantikan jadi macam pelarian di bumi sendiri lak.Nantikan kena blacklist lak kereta tu….
 
1. Semak saman PDRM secara online
2. Semakan saman POLIS melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321X hantar ke 32728
 
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773
 
4. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Jom semak Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan(Lepasan Ijazah) IPTA 2011

thumbnail
Keputusan Semakan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bagi Ambilan Julai 2011 sudah boleh mula disemak mulai 24 Jun 2011 yang lepas.
 
Semakan boleh dibuat melalui link yang disediakan dibawah ini:-
Tahniah bagi mereka yang ditawarkan program diploma pendidikan ini.

Review kereta | 2011 Nissan Grand Livina Tuned By Impul

thumbnail
The 2011 Nissan Grand Livina Tuned By Impul variant has been launched—in a world debut—in Malaysia over the weekend at the Super GT International Series 2011.
 
The Nissan Grand Livina Tuned By Impul variants are priced at RM 97,500 for the 1.6 manual Comfort, RM 100,500 for the 1.6 automatic Comfort, and RM 109,500 for the 1.8 automatic Comfort (all prices include insurance); each costs a premium of RM 10,700 over the respective standard Grand Livina variant, the owners of which have the option to purchase the Impul Performance Parts.
 
Exterior Impul bits include a new aerokit, a front grille incorporating the new Impul logo, a stainless steel exhaust muffler, a tailpipe with an Impul logo etched on, and Impul Aura SX-10 17" alloy wheels that are 20–30 percent lighter than similar-sized conventional alloy wheels.
 
Beyond the naked eye are Impul upgrades for the shock absorbers and springs, which lower the ride height by 25 mm while improving the Nissan's handling.
2011 Nissan Grand Livina Tuned By Impul

Pendapatan ke 3 internet | Bayaran pertama google adsense melalui Western Union CIMB

thumbnail

Terus-terus pendapatan ke 3 kan, pendapatan pertama dan ke 2 dulu dari nuffnang. Pendapatan dari sewa ruang iklan kat blog2 aku aku dah lupa le.
 
Korang penah terima bayaran dari google tak? Rugi ooo layar internet tanpa dapat apa-apa bayaran, malah kena bayar ada hehe..
 
adsense1stpayment.PNG

 
Nampak kat atas tuh? blurr ke? hehehe.. takpe takpe. itu status akaun google adsense aku buat masa ni dan " payment in progress" katanya google. Nak dapat duit le ni kan.
 
Kalau korang tak tahu adsense tu apa, sila lah ke google.com/adsense. Duit bayar dalam USD ni kawan, jgn memain.
Apa yang berlaku selepas ni? Google akan hantar satu no PIN ke alamat aku. Dengan no PIN tu nanti aku akan masukkan kat satu ruang dlm akaun adsense aku dan terpapar lah detail pasal bayaran ni untuk aku isi di borang Western Union di mana-mana bank macam CIMB.
 
Dapat no PIN nanti, aku citer lagik ya. Selalu lah semak blog ni.
 
Pendapatan ke 4 nanti mungkin dari nuffnang!

Toyota Corolla Altis 1.8G | Cat bumper pun tak cantik

thumbnail
Minggu lepas buat appointment dengan Toyota, nak cat bumper belakang. Hantar kereta Toyota Corolla Altis 1.8G pagi, petang pukul 6.00pm baru siap kat toyotsu seksyen 15 Shah Alam.

Apa yang berlaku? Masa nak ambil kereta, lebih kurang pukul 6.00 pm, check kereta dgn supervisor kat sana, tgk dr belakang nampak bumper tu cantik, berkilat, intai dari bawah, hampeh, finishing fail. Suruh dia polish lagi bahagian bawah bumper, tunggu setengah jam lagi kat kedai mamak. Pekena
rojak skit.

Lepas setengah jam, siap kereta. Pegi check, nampak macam ok. Lepas bayar rm480, bawak balik rumah. Selang beberapa hari. Baru perasan cat kat Toyota tuh tak perfect. Kawasan yang kena langgar hari tu, masih nampak lekuk-lekuknya. Hampeh tul, bazir masa aku jer nih.

Ada le skit kalau tengok dekat nampakle, tgk jauh2 tak nampak. Masa tak berapa luang nak pegi Toyota balik, tapi warranty setahun. Ok le kan, Cuma masa je membazir.

Harap-harap UMW Toyotsu seksyen 15 shah alam lebih hati-hati lain kali. Tak kira le yang buat cat ni kontraktor ke, tapi nama Toyota kena le jaga. Buat keje sempurna pada kali pertama.

P/s: kita tak harapkan orang Toyota baca pun, Cuma nak kongsi pengalaman je.




Toyota Corolla Altis 1.8G | 2670km rekod dah pecah, bumper sudah calar

thumbnail
2670km, Toyota Corolla Altis 1.8G aku dah calar kat bumper! Erghhh…pe le mamat bermotosikal ni.

Citer dia camni, aku park Toyota Corolla Altis 1.8G tu kat kws parking tempat keje aku le. Ada le security bawak motor pegi beli air dan masa u turn dia terjatuh le plak, kena bumper kereta kau, binawe tul le baru
sebulan pakai hehehe, dah le Nepal.

Nasib baik ada orang nampak dan terpaksal le aku uruskan urusan mengecat le
plak.

Bumper Toyota Corolla Altis 1.8G caler putih calar dan kena ketuk sikit, harganya rm480 kat Toyota servis center. Mahal ke tak? Aku pun tak tahu le sebab bukan aku yang akan bayar hehe.. tapi sayang le sbb masih baru lagih.

Satu hari boleh siap, terpaksal aku half day leave besok. Nepal tu dah bagi separuh, nanti gaji bagi separuh lagik, kesian plak aku tgk Nepal tu, tapi nak baut camne kan, aku pun kena susah2 gak utk uruskan cat bumper ni.

Takpe le kan, dah jadi. Le ni aku tak park dah kete kat situ…

Toyota Corolla Altis 1.8G | 0.12sen/km Taiping - Subang Jaya RON95

thumbnail
Minggu lepas aku balik Taiping dari Subang Jaya, saja nak try power Toyota Corolla Altis 1.8G. Camne performance dia kan…dan juga aku nak cuba kira minyak RON95 yg aku guna ni, jimat ke tidak. Kalau ikut iklan Toyota kata 0.11sen/km, betul ke?

Subang Jaya ke Taiping lebih kurang 300km, aku lupa set kat meter tuh. Masa balik dari Taiping ke Subang Jaya, aku isi minyak penuh dan masa sampai Subang Jaya aku dengan rajinnya isi minyak lagi RON 95 je tau.

300km, nilai minyak rm36. Kira punya kira, dapatle 0.12sen/km, jimat jugak ni kan, tul tak? Ini kat PLUS average 140km/j. Rasa konfident le banding dgn proton aku dulu, ambil koner steady Cuma kalau koner belah kiri aku takut skit, kanan ok aku berani ini bukan sebab kereta, ini sebab aku sendiri.

Jadi kesimpulannya, jalan jarak jauh Toyota Corolla Altis 1.8G berdasarkan
pengalaman aku:

1. minyak 0.12sen/km
2. speed 140km/j ok je, aku takut nak lebih lagi hehe, sekali sekala
cecak 155km/j
3. kereta stabil masa speed

Korang ada pengalaman lain tak?

Toyota Corolla Altis 1.8G | 2563km

thumbnail
2563km enjin ok lagi, takde masalah atau bunyi pelik2. Kira masih belum ada benda2 yang tak sepatutnya untuk kereta baru. Jumper aku dah guna tadi untuk jumpkan ke kereta perodua aku yg baterinya weak.

Ok le jumper Toyota Corolla Altis 1.8G ni kan, takde le kecil sangat. Sekali sambung je dah boleh start enjin perodua kelisa tu. Park sensor kat depan banyak membantu semasa masuk parking, lambat le sikit nak hentam halangan masa park kereta kan,

Jadi pada 2563km, Toyota Corolla Altis 1.8G ok. ( kenapa aku selalu ulang Toyota Corolla Altis 1.8G dengan nama penuh sebab aku nak main dengan keyword dan SEO supaya blog ni boleh jadi blog rujukan untuk bakal pembeli Toyota Corolla Altis 1.8G. Ini salah satu cara untuk senang di kesan oleh google ).

Toyota Altis 1.8G | kalau bateri weak...

thumbnail
Pagi-pagi kereta perodua kelisa aku dah buat hal, bukan apa tapi sebab lama tak jalan hehehe.. lebih dari seminggu. Jadi baterinya pun dah le weak le kan. Sini aku nak kongsi skit sebab mungkin ada yg dah lupa camne nak jump kereta ni kan.

Kabel jump tu, kalau boleh biar le beso skit, kalau sizenya kecil tak cukup power.


Langkah2nya:


1. sambung jumper tu ke point bateri weak warna merah
2. sambung kan pulak ke point bateri kuat warna merah
3. sambungkan ke point bateri kuat warna hitam
4. sambungkan ke grounding
5. hidupkan enjin kena yg ada bateri ok, biar enjin hidup beberapa minit
6. start enjin kereta yg bateri weak, hidup le tu dia


Tak hidup jugak, call le aku kalau kejadian ni berlaku di kawasan Shah Alam dan Subang Jaya. Boleh le aku tolong skit2.


Tip: Kalau tak boleh jugak, cuba disconnect kabel hon dan cuba longgarkan
sambungan ke bateri supaya alarm tak berbunyi.


Harap perkongsian ni membantu.