My Proton MakeOver-Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!
Admin
September 16, 2011
Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program "My Proton Makover" yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).
Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMST yang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.
Walaupun program 'overhaulin' yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.
Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program "My Proton Makeover", apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ , ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.
Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011.Apa pandangan anda mengenai Proton Makeover Saga R3 ini?
Myvi Extreme 1.5
Admin
September 15, 2011
The Myvi Extreme 1.5 variant looks quite and more sporty then the predecessor with a full body kit, revamped front end and rear roof spoiler.
Eventhough Perodua has yet to release any price tag for Myvi Extreme 1.5, but speculated that the price is easily above RM60,000 as the current top-end variant of the new 1.3-litre Myvi is priced at RM50,800 (on-the-road with insurance).
What do you think of this new Myvi Extreme 1.5 ?





GAMBAR Perodua Myvi baru 1.5 Extreme Majestic Yellow
Admin
September 12, 2011
Perodua mengeluarkan modal Myvi 1.5 baru yang "Lagi Power, Lagi Best" dengan ciri-ciri sporty yang pasti boleh mengiurkan sesiapa sahaja yang melihat. Kalau di lebuhraya kelajuan kereta Myvi sudah terkenal seantaro Malaysia sehingga mampu potong sayur kerta mewah BMW dan Mercedes. Kehadiran Perodua Myvi baru 1.5 pasti menambah ceria jalan raya Malaysia.
Kalau modal baru Myvi 1.3 Mystical Purple menjadi rebutan pencinta Myvi, kali ini pasti modal baru Myvi 1.5 Majestic Yellow juga akan menjadi rebutan kepada pencinta warna kuning. Kuningnya mak ngah!! Joom kita serbu Showroom Perodua mulai 15/9/2011.
Kabarnya harga di atas jalan RM56,400 agak mahal sedikit tetapi memang berbaloi-baloi dengan kualitinya.
Dengan Myvi 1.3 dan Myvi 1.5 modal baru Perodua telah sekali lagi mengatasi Proton Saga menjadi pengedar kereta no 1 Malaysia.
Toyota Corolla Altis 1.8G | 12200 km servis rm220.20
Admin
September 11, 2011
Hari ni pegi servis Toyota Corolla Altis 1.8G kat Subang Jaya, kat seksyen 15 penuh ler pulak, lagipun kat seksyen 15 tutup hari ahad.
Servis ke 3 pada 12200 km. lepas raya jalan jauh gak, tu yg lebih 2200 km baru servis, sepatutnya 10000 dah servis.
Tukar minyak hitam semi sentetik ( rm95 ), oil filter dan benda2 yang kecik2 jer, habis le rm220.20 termasuk kos buruh. Lepas ni 10000 baru servis, lama tu.
Senarai harga minyak hitam:
mineral rm72
semi sentetik rm95
fully sentetik rm202! mak ii.. mahal tuh...tak berdaya den.
10 Pengurus Dana Pencen Terbesar Dunia 2010 , kwsp no 9
Admin
September 11, 2011
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenaraikan sebagai pengurus dana pencen kesembilan terbesar dunia dari segi aset pada 2010 oleh syarikat perkhidmatan profesional global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Kajian tahunan oleh syarikat Towers Watson itu mendapati KWSP dengan jumlah aset keseluruhan bernilai AS$145.570 bilion atau RM433.79 bilion, mengatasi pengurus dana pencen Singapura, Central Provident Fund (CPF) yang menduduki tangga ke-10 dengan jumlah aset keseluruhan AS$144.844 bilion (RM431.63 bilion).
Pada 2009, KWSP menduduki tangga ke-19 dengan jumlah aset AS$109.002 bilion (RM324.82 bilion), manakala CPF di tangga ke-11 dengan aset berjumlah AS$122.497 bilion (RM365.04 bilion).
KL Gangster 2 Akan Menjelma, Abang Long Bakal Mengganas Semula
Admin
September 11, 2011

Filem KL Gangster kemungkinan akan ada sequel/prequelnya. Tak sabar nak tengok. Mesti lagi ganas, mantap dan lebih bertenaga lagi.
Gambar: Preview Pelamin Malam Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah
Admin
September 08, 2011

Sumber forum Cari, Mummyirfan memaklumkan pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah pada 9 September ini akan berlangsung dalam suasana tertutup di ruangan bankuet kondominium Platino, Pulau Pinang dengan jemputan terhad kepada ahli keluarga & pihak media.
Kekasih Mengaku Pernah Berzina Dengan Suami Orang
Admin
September 07, 2011
Saya terbaca artikel ini di Hmetro dan agak tertarik dengan soalan yang diajukan oleh seorang hamba Allah ini.Soalannya berbunyi:-
SAYA mempunyai teman wanita dan kami sudah kenal lebih daripada dua tahun. Pernah kami bergaduh teruk dan dia terus mengaku berzina sekali di hotel dengan suami orang.Dia juga selalu mengulangi cerita bahawa tidak semua anak dara apabila bersetubuh buat kali pertama akan keluar darah. Dia kata kakaknya tidak keluar darah pada malam pertama.Selepas kami berbaik dia membuat pengakuan berzina itu hanya rekaan untuk sakitkan hati saya. Macam mana keadaan saya sekarang?Adakah saya perlu mempercayai perlakuan zina itu benar atau tidak?
Dan dibawah ini pula adalah jawapan yang diberikan….
ZINA adalah dosa besar dan perbuatan jenayah dalam Islam. Pelakunya pula boleh dikenakan hukum hudud apabila ia sabit sama ada dengan keterangan saksi dan pengakuan penzina sendiri.
Pengakuan zina tidak boleh sekadar rekaan dan main-main kerana membabitkan hukum Islam dan maruah dan kehormatan seseorang. Islam melarang untuk berbuat demikian kerana ia juga membabitkan tuduhan zina (qazaf) kepada orang lain.
Semuanya mempunyai implikasi dan akibat sendiri dalam hukum Islam. Dalam kes pengakuan zina, seseorang itu dibenarkan menarik balik pengakuan itu selepas diberi peluang untuk menarik balik sebanyak empat kali menurut sebahagian ulama (Paizah Haji Ismail 1996: 189-91).
Sekiranya dia tidak menarik balik pengakuan itu, hukum zina dilaksanakan atasnya. Atas alasan ini, saudara boleh menerima penarikan balik pengakuan zina berkenaan.
Islam melihat bahawa maruah dan kehormatan diri perlu dijaga supaya tidak timbul fitnah dan sebagai kepada individu Muslim.
p/s:Apa pendapat anda mengenai perkara ini?Perempuan mempermainkan hukum Islam….
Borang Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2012
Admin
September 06, 2011
Untuk makluman,permohonan ke SBP tingkatan 1 bagi sesi 2012 sudah pun dibuka dan maklumatnya adalah seperti dibawah.
Aliran SBP
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut:
Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Permohonan SBP Tingkatan 1 2012
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.
- Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
- Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
- Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Tarikh Tutup
- Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
- Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
Sumber:http://www.moe.gov.my/ dan eputra.Com










