Berapa Peratus Caj Perkhidmatan Public Mutual?

thumbnail
Apa itu caj perkhidmatan? Caj perkhidmatan adalah bayaran atau yuran yang akan dikenakan oleh Public Mutual kepada setiap pelabur. 
Ia diibaratkan kalau kita makan fast food kita pun akan dikenakan servis caj/servis perkhidmatan. Contohnya di Pizza Hut, servis perkhidmatan dikenakan untuk layanan yang diberikan kepada kita. Betul tak?
 
Sama juga, selepas kita melabur, kita akan dikenakan caj perkhidmatan. Untuk pengetahuan bakal pelabur, pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana yang diupah oleh Public Mutual untuk menguruskan pelaburan anda. Jadi caj tersebut diagihkan kepada mereka. 
Berapa yang dikenakan?
 
Pelaburan secara :
 
   i) Tunai : 5.5%
  ii) KWSP : 3%
Contohnya, seorang pelabur melabur kepada saya dengan RM 10,000 
 
Pengiraannya adalah seperti berikut : 
 
         RM 100,000 bahagi ( 1+ 0.05) =RM 95,238.10
 
Sekiranya pada waktu tersebut harga seunit RM 0.50 ,jadi jumlah unit anda adalah
 
         RM 95,238.10 bahagi RM 0.50 = 190476.19 unit
 
Jumlah unit anda di Public Mutual adalah 190476.19 unit

Mari kita review skit fund public mutual untuk bulan November 2011

thumbnail

Nampak tu tak tuh? Public Islamic Sector Select Fund ( PISSF ) untuk 3 tahun keuntungan berapa? terbaik le kan untuk fund yang islamic. Aku selalu rekeman kat customer aku PISSF ni sebab aku dah compare dengan CIMB punya fund pun, kalah CIMB ( jangan mare ye ).
 
Jom-jom melabur dalam public mutual.

Mari kita review skit fund public mutual untuk bulan November 2011

thumbnail

Nampak tu tak tuh? Public Islamic Sector Select Fund ( PISSF ) untuk 3 tahun keuntungan berapa? terbaik le kan untuk fund yang islamic. Aku selalu rekeman kat customer aku PISSF ni sebab aku dah compare dengan CIMB punya fund pun, kalah CIMB ( jangan mare ye ).
 
Jom-jom melabur dalam public mutual.

Siri Baharu Wang Kertas Malaysia

thumbnail
 
BANK Negara Malaysia telah melancarkan wang kertas Malaysia siri baharu yang akan berlegar di dalam lingkungan ekonomi kita pada sekitar suku kedua tahun 2012. Ini adalah wang kertas siri ke-4 sebenarnya.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
Apa yang paling membuat saya agak terharu kali ini adalah melihat kehadiran wang kertas RM20 turut ada di dalam siri baharu ini semula. Saya masih ingat ketika kecil dahulu (sekitar usia 10 tahun ke bawah), wang kertas RM20 memang ada tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba hilang. Pada masa itu saya tidak faham kenapa ia hilang. Apa sebab wang kertas RM20 itu boleh menjadi tidak berguna dan tidak laku pula, walhal ianya adalah wang!
 
Bagi saya wang tetap wang, pada bila-bila masa pun ia wang dan tetap laku digunakan dimana jua. Sama sekali tidak terlintas di fikiran saya bahawa wang yang kita gunakan dalam urusan perdagangan seharian sebenarnya adalah nota janji kerajaan pemerintah (kerajaan yang memerintah dimana-mana negara sekalipun). Nilainya dijamin oleh kerajaan. Dan apabila kerajaan sudah tidak menjamin nilainya, ia menjadi kertas biasa kembali. Seperti yang terjadi kepada wang kertas lama RM20 berwarna coklat yang amat saya sukai itu..
 
Berbalik kepada cerita kita hari ini, wang kertas siri baharu ini lebih berwarna warni dan ceria dipandang. Warna latar utama untuk RM100 berwarna ungu, RM50 berwarna hijau-biru, RM20 kali ini berwarna oren (pula dah), RM10 masih lagi berwarna merah, RM5 pula hijau dan RM1 berlatar biru. RM2 tiada kali ini. Kesemua wang kertas ini diperbuat daripada bahan asas kertas kecuali RM5 dan RM1 daripada polimer.
Apa pula motif-motif yang mencorakkan wang-wang kertas ini?
 
RM100 – mengadaptasi keajaiban alam semulajadi negara kita yang telah dimasukkan sebagai tapak warisan dunia yakni Gunung Kinabalu dan formasi batu kapur di Taman Negara Mulu.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM50 – memaparkan kemajuan dalam bidang sawit dan bioteknologi yang menjadi ikon ekonomi negara. Eh.. Wang kertas yang ini macam pernah tengok dan pernah pegang saja kan? Sebab yang ini memang sudah lama berlegar di dalam ekonomi kita pada masa ini.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM20 – wang kertas kegemaran saya ini pula mengabadikan ilustrasi dua penyu yang hanya terdapat di perairan Malaysia sahaja iaitu Penyu Karah dan Penyu Belimbing.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM10 – menampilkan Raflesia iaitu bunga terbesar dan sungguh menjolok mata walaupun berada di tengah-tengah hutan hujan kita.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM5 – diserikan dengan Enggang Badak iaitu spesies enggang terbesar dan menjadi kebanggaan masyarakat Sarawak.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM1 – disulami keindahan Wau Bulan yang menjadi permainan tradisional masyarakat Kelantan dan Terengganu.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
Antara lain kenapa siri baharu ini diperkenalkan untuk menggantikan wang kertas sedia ada adalah untuk meningkatkan ciri keselamatan yang lebih baik seperti Potret Tera Air Piksel dengan Angka, Benang Kanta Mikro dengan petak berkilat berwarna. Di samping ciri keselamatan sedia seperti Imej Tanda Bayang, Tingkap Pandang Telus, Benang Keselamatan dengan Warna Berubah-ubah, Tanda Pandang Telus, Cetakan Intaglio, Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan dan Cetakan Huruf Mikro. Maklumat lebih lanjut anda boleh baca di laman khas ini.

Public Mutual umum RM232 juta pengagihan keuntungan

thumbnail
Public Mutual mengumumkan RM232 juta pengagihan pendapatan untuk 8 dana
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
untuk lapan daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk danadana
berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2011:


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong bersukacita dengan
keupayaan syarikat mengumumkan pengagihan walaupun keadaan pasaran kini amat
mencabar.

Public Dana Industry, Public Dana Equity dan Public Dana Sector Select merupakan
dana-dana ekuiti yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Public Dana Industry bermatlamat mencapai pertumbuhan modal tinggi dalam jangka sederhana
hingga panjang melalui pelaburan dalam industri-industri bertumbuh, sementara
Public Dana Equity pula bermatlamat mencapai pertumbuhan modal melalui pilihan
agresif saham-saham bertumbuh dari pelbagai sektor ekonomi.

Public Dana Sector Select bermatlamat mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur
dalam sebuah portfolio sekuriti dari sektor-sektor pasaran terpilih di pasaran domestik
yang berpotensi menawarkan pulangan pelaburan yang menarik.

Bagi dana-dana serantau Public Mutual pula, Public Dana South-East Asia Select
merupakan sebuah dana ekuiti yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk
mengambil manfaat dari potensi pertumbuhan pasaran-pasaran Asia Tenggara,
manakala Public Dana Asia Ittikal ialah sebuah dana ekuiti patuh Syariah yang
bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga
panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang melabur di pasaranpasaran
domestik dan serantau yang memenuhi kehendak Syariah.

Bagi kategori dana seimbang, PB Dana Australia Dynamic Balanced memberi
peluang kepada pelabur-pelabur untuk menyertai potensi pertumbuhan pasaran
Australia, sementara itu PB Dana Asia Real Estate Income menawarkan peluang
kepada para pelabur untuk menyertai prospek pertumbuhan sektor hartanah dan
amanah pelaburan hartanah (REITs) di Asia. PB Dana Asia Real Estate Income
menawarkan perlindungan insurans percuma sehingga RM100,000 bagi setiap
pemegang unit yang layak. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak
anugerah, iaitu sebanyak 18 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah
Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah
Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The
Star/Standard & Poor’s. Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana bon yang
bermatlamat untuk menawarkan pelabur pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam
sekuriti hutang Islam.

Kesemua dana di atas diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public
Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate
Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 89 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2.5 juta pemegang akaun dan pada 30 September 2011, jumlah nilai aset bersih dana
yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM41.3 bilion.