Home » » ‘Bukan Bidadari’ Taruhan Terbaru Slot Lestary

‘Bukan Bidadari’ Taruhan Terbaru Slot Lestary

 
Barisan pelakon drama bersiri Bukan Bidadari. (dari kiri) Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali.
 
SUBANG JAYA: Stesen TV3 bakal menyajikan drama bersiri terbaru berjudul Bukan Bidadaridalam slot Lestary dan akan menemui peminat bermula 19 Jun ini, setiap Selasa pukul 9 malam.
Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail yang mengisahkan mengenai kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah hidup mewah.
Faisal ketika ditemui berkata, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.
"Insya Allah ia akan mendapat sambutan kerana jalan cerita dan lakonan para pelakon cukup mantap dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.

Barisan pelakon drama bersiri Naziha yang telah pun menemui peminat pada 15 Jun.
 
Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).
Dalam pada itu, TV3 juga turut memperkenalkan drama bersiri berjudul Naziha untuk slot Zehra dan telah pun memulakan siaran pada 15 Jun, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.
Naziha membariskan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan sebagainya.
Bagi penonton yang ketinggalan untuk menyaksikan dua buah drama bersiri hebat ini, boleh melayari laman web Tonton di www.tonton.com.my selain Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama tersebut.


Terima kasih kerana membaca ‘Bukan Bidadari’ Taruhan Terbaru Slot Lestary. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan