Dah lama tak gunakan perkhidmatan pos untuk mengirimkan surat. Dulu harga setem hanya 30 sen. Bila dekat-dekat musimperlu menjejak kaki ke pejabat pos untuk kirimkan kad selamat hari raya, tercari-cari juga harga setem untuk surat biasa dan kad raya.
Maklumat dari pos.com.my, surat biasa dan kad raya adalah dalam kategori 'mel standard' yang bermaksud suatu surat yang bersampul yang boleh dilentur dan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Berat Maksimum sehingga 50gm.
Saiz
- Minimum :140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
- Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan
- Ketebalan Minimum : 0.25 mm
- Maksimum: 6.00 mm
Ketebalan
- Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di bahagian hadapan sampul
- Tidak dicetak timbul dan tidak mengandungi apa-apa tebukan
- Dilekatkan sepenuhnya
Harga setem untuk surat standard ( termasuk kad raya )
- Sehingga 20gm 0.60 sen
- Lebih 20gm – 50gm 0.70 sen
Pejabat pos dibuka setiap hari
- Isnin – Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
- Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg
( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum )
Ini lagi satu maklumat, sampul surat berwarna terang tidak dibenarkan.
Surat yang digam atau tidak, harga setem adalah sama iaitu 60 sen.
Oktober 2010 kali terakhir saya pos surat menggunakan sampul surat panjang biasa yang berwarna cokelat yang diisikan sekeping cek, dikenakan setem 0.80 sen
0 Komen:
Catat Ulasan