Ni aku nak citer pengalaman aku pergi periksa kereta di puspakom shah alam yang bari di buka 3 ke bulan lepas. Lokasinya dekat dekat petronas Alam Megah:
Lot PT 5143
No. 2 Jalan Jijan 28/35
Seksyen 28, 40400 Shah Alam
Masa:
1.Isnin – Jumaat: 7am – 5 pm
Rehat : 12.45 – 2.00 pm
Rehat jumaat: 12.30 – 2.30pm
2.Sabtu: 7am – 1pm
Ini langkah-langkahnya:
1. Buat appointmentnya dulu dengan call no ni.
03 5191 1677/1606/1741
Kalau dah call puspakom akan bagi no rujukan, janji pukul berapa nak pegi, boleh terus masuk. Kalau tak buat temujanji, kalau kereta tak banyak guard bagi masuk, kalau kereta banyak, tak boleh masukm kena tunggu dulu, tu yg lecehnya puspakom ni
2. Masa sampai kat puspakom shah alam, daftar dekat guard house, dia akan Tanya no rujukan, bagitahu no. Guard akan bagi pass masuk warna kuning. Sila pastikan korang bawak geran original kereta.
3. Ada 3 lorong kat puspakom shah alam untuk pembayaran. Kalau korang nak tolak kereta untuk trade in dengan kereta baru, korang kena pergi kaunter 3. Cakap kat cashier masa nak bayar tu " pemeriksaan sewa beli" kod B7. Kalau kod B5 untuk pindah milik kenderaan ( bayar rm30 ). Kod B7 bayar rm60 untuk periksa 18 point di kereta korang. Nak bayar pun kena beratur panjang gak, tunggu dalam kereta je. Satu kereta lebih kurang ambil masa 7 minit.
4. Lepas bayar rm60 (untuk pemeriksaan kod B7), kena beratur untuk pemeriksaan pulak. Makan asa gak beratur ni. Aku hari tu dalam 20 minit gak tunggu turn ni. Puspakom kena improve benda ni. Cuba kurangkan masa menunggu.
5. Pemeriksaan kat bay puspakom tu ambil masa dalam 30 minit. Apa yang puspokam periksa? Ini dia:
Nombor pendaftaran
Nombor enjin
Engine mounting
Tayar
Keadaan badan
Bacaan odometer
Keadaan cermin
Whellhouse
Potong sambung
Bacaan cermin
Nombor casis
Kerangka casis
Kotak gear
Jenis bahan bakar
Penyenyap dan paip ekzos
Lantai
Pillar
Penyaman udara
Ketebalan bunga tayar
Suspense
Brek
Asap
Lepas tu ada keputusan akhir, lulus atau tidak.
6. Sementara tu korang tunggu kat tempat menunggu sehingga nombor kereta korang keluar kat skrin dan juga ada pengumuman untuk korang ambil report kat kaunter 2 dalam bangunan puspakom tu.
7. Lepas ambil report, lulus atau pun, korang boleh le meninggalkan puspakom melalui laluin keluar ( sila lihat signboard)
Harap info ni dapat bantu korang untuk membuat pemeriksaan kereta di puspakom shah alam.
0 Komen:
Catat Ulasan