Home » » Hadi Lebih Layak Daripada Anwar – Dr Mahathir

Hadi Lebih Layak Daripada Anwar – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebabbeliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenaiKanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikanperwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akandatang.
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata : "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya – syaitan yang orang tahu – tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya.


Terima kasih kerana membaca Hadi Lebih Layak Daripada Anwar – Dr Mahathir. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan