Home » » Sampah Selangor – BN Pertikai Penjelasan Ronnie

Sampah Selangor – BN Pertikai Penjelasan Ronnie

SHAH ALAM, 22 Nov- Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) hari ini mempersoalkan penjelasan Ronnie bahawa kegagalan kontraktor adalah punca sampah tidak dikutip di negeri ini.
Menurut Johan, alasan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana beliau sendiri telah menerima aduan daripada penduduk mengenai sampah yang tidak dikutip meskipun kontraktor dilantik telah menjalankan kerja-kerja yang sama dalam tempoh lapan bulan lalu.
Tegasnya, berdasarkan jangka masa itu, ia bukan satu alasan kepada kontraktor yang dilantik untuk tidak mengutip sampah dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.
"Sebagai contoh, di kawasan saya sendiri di Desa Mutiara, Sungai Jeluk mengalami masalah sampah tidak dikutip berbulan-bulan.
"Saya tanya penduduk, aduan sudah banyak dibuat, tetapi masih berhadapan dengan masalah ini," tegasnya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Pada 20 November lalu, Ronnie ketika sesi pertanyaan lisan pada sidang DUN menyatakan orang ramai merupakan antara punca kepada masalah kutipan sampah di negeri ini.
Menurut Ronnie, punca tersebut dilihat adakah penyumbang kepada masalah berkenaan apabila ada orang ramai yang membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.
Selain itu, Exco kerajaan negeri itu turut turut memberikan alasan bahawa aduan sampah tidak dikutip juga adalah disebabkan ada pihak kontoraktor sampah yang baru dilantik kurang arif dengan kawasan kerja mereka.


Terima kasih kerana membaca Sampah Selangor – BN Pertikai Penjelasan Ronnie. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan