Home » » BB1M bukti kerajaan peka hal pelajar

BB1M bukti kerajaan peka hal pelajar

Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta membuktikan bahawa kerajaan peka dengan masalah dan bebanan yang ditanggung oleh golongan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi menjelaskan, pemberian BB1M oleh kerajaan dilihat amat diperlukan oleh pelajar terutamanya untuk membeli buku rujukan.
 
''Kita perlu tahu bahawa ada golongan pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan ketika melanjutkan pelajaran.
"Oleh kerana itulah kerajaan menyedari perlunya satu mekanisme untuk mengurangkan bebanan para pelajar agar keperluan mereka dapat dipenuhi sepanjang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta," katanya.
 
Hasim berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pemberian Baucar Buku 1Malaysia di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai dekat sini hari ini yang turut dihadiri Pengarahnya, Tahudin Abd. Rashid.
Pada majlis berkenaan lebih 700 orang pelajar dari Politeknik Nilai telah menerima BB1M yang disampaikan oleh Hasim.
 
Ketika berucap dalam majlis berkenaan, Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu berkata, pelajar hendaklah menggunakan bantuan itu untuk keperluan sendiri.
"Jangan pula ada yang menjual baucar atau kad berkenaan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Baucar itu untuk membeli buku dan digunakan sendiri, bukan dijual kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," tegasnya.



Terima kasih kerana membaca BB1M bukti kerajaan peka hal pelajar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan