Home » » Beckham menyinar

Beckham menyinar

KEMUNCULAN pertamanya bersama Paris Saint-Germain (PSG) nyata tidak mengecewakan meskipun umurnya sudah memasuki usia pencen bagi seorang pemain bola sepak.

Strategi pengendalinya, Carlo Ancelotti menjadi setelah memasukkan bekas bintang Manchester United, David Beckham menggantikan Javier Pastore ketika perlawanan hampir menuju wisel penamat.

Beckham, 37, bergandingan dengan Jeremy Menez sebelum Zlatan Ibrahmovic menyempurnakan hantaran Menez tepat ke arah gawang lawan pada minit ke-90.

Jaringan tersebut terus meletakkan PSG di tangga teratas Ligue 1 dengan 54 mata, hasil kemenangan 2-0 ke atas Marseille.

"Malam ini terlalu istimewa buat saya dan pasukan. Menyarung jersi PSG dan berpeluang beraksi walaupun hanya 15 minit.

"Kemenangan ini amat penting untuk memastikan kami sentiasa mendahului pasukan lain dalam carta liga," katanya


Terima kasih kerana membaca Beckham menyinar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan