Home » » Cardiff City FC beri peluang pemain bolasepak tempatan

Cardiff City FC beri peluang pemain bolasepak tempatan

CHINI: Datuk Seri Najib Razak berkata pemain tempatan boleh diberi peluang menimba pengalaman bermain bersama pasukan Cardiff City FC yang dimiliki rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau turut bangga dengan pencapaian pasukan bola sepak Liga Kejuaraan Inggeris itu yang berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
"(Sebelum ini) pemain (anak FELDA) telah dihantar ke Cardiff City (menjalani latihan) dan kita boleh hantar lagi mereka ke Cardiff supaya mereka dapat bermain di peringkat lebih tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Industri dan Rekreasi Felda Chini dekat sini, hari ini.


Pada November tahun lalu seramai 50 anak FELDA dihantar menjalani latihan pendedahan selama tiga minggu di Akademi Bola Sepak Cardiff City di Wales.

Ketika di sana, mereka mengadakan latihan bersama pemain remaja dari Akademi Bola Sepak Cardiff City selain mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan di sana.

Kelab yang menggunakan jersi tertera Malaysia itu, adalah milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan berjaya menamatkan penantian 51 tahun untuk layak beraksi dalam EPL, baru-baru ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, sekarang gaji pemain bola sepak juga lumayan.
Sementara itu, Najib berharap pasukan FELDA United yang beraksi dalam Liga Super, dapat menjulang satu daripada kejuaraan Liga Malaysia pada musim ini.

Dalam nada berseloroh, Perdana Menteri turut 'menegur' prestasi pasukan berkenaan.

"FELDA sudah bertambah maju cuma pasukan Felda United saja yang kurang maju," katanya.

FELDA United kini menduduki tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super selepas mengutip 11 mata daripada 13 perlawanan.


Terima kasih kerana membaca Cardiff City FC beri peluang pemain bolasepak tempatan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan