Home » » Ramai lagi boleh main kat jepun macam Wan Zack

Ramai lagi boleh main kat jepun macam Wan Zack

Kuala Lumpur: Pemergian dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim ke Jepun menyertai kelab Divisyen Tiga, FC Ryukyu menjadi satu permulaan baik untuk lebih ramai bakat muda tempatan diberi peluang berkelana di negara berkenaan.

Pencari bakat, Kiba Masao yang bertanggungjawab membawa Wan Zack menyertai FC Ryukyu berkata Malaysia memiliki ramai bakat muda yang berpotensi untuk dibawa beraksi di Jepun.
"Setiap pemain memiliki kemahiran tersendiri tetapi lebih penting adalah pengalaman bermain dalam saingan Liga Jepun yang lebih kompetitif berbanding di Malaysia. Tidak hanya berpeluang bermain di peringkat lebih tinggi tetapi dengan pengalaman diperolehi boleh digunakan membantu meningkatkan mutu Liga Malaysia.


Ada potensi lain

"Saya masih tidak mengenali nama pemain itu tetapi ada beberapa pemain yang saya lihat ada potensi untuk bermain dengan baik di Jepun. Ini permulaan baik buat pemain Malaysia yang berpotensi bermain di sini," katanya yang mula mengintai bakat Wan Zack ketika bersama skuad bawah B-23 kendalian Ong Kim Swee.

Wan Zack dan Nazirul Naim menjadi pemain Malaysia pertama menyertai pasukan dari Jepun dengan Wan Zack sudah membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama ketika membantu pasukan menang 2-1 ke atas Sagawa Printing, Sabtu lalu.

"Wan Zack sudah menjadi antara tonggak penting pasukan dan berdasarkan pemerhatian saya yakin dia mampu bermain baik dalam saingan liga di Jepun. Tetapi lebih penting selepas menyertai pasukan ini, mereka perlu mengekalkan dan terus meningkatkan kemahiran," katanya. - Oleh Mohd Fitrie Muhamad


Terima kasih kerana membaca Ramai lagi boleh main kat jepun macam Wan Zack. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan