Home » » TM perkenal tiga pakej baru

TM perkenal tiga pakej baru

Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi perkhidmatan Televisyen Protokol Internetnya (IPTV), HyppTV, memperkenalkan tiga pakej nilai tambah baru iaitu HyppTV Mega Pack, HyppTV Sports Pack dan HyppTV New Platinum Pack.

“Pengenalan tiga pakej saluran baru ini usaha berterusan kami untuk keperluan dan keutamaan pelanggan, dari harga serendah RM30 sebulan,” kata Naib Presiden TM Untuk Perniagaan dan Operasi Media, New Media, Emily Wee.
Beri khidmat terbaik


“TM kekal berpegang kepada komitmen menyediakan perkhidmatan lebih nilai dan meningkatkan pengalaman menonton,” katanya selepas melancarkan pakej baru itu di Karnival Mega HyppTVnya.

Ketiga-tiga pakej baru itu lebih baik daripada HyppTV Platinum Pack sedia ada, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan untuk pelanggan perkhidmatan IPTV yang pesat berkembang.

Pakej ini tambahan kepada rangkaian pakej saluran yang ditawar selepas pelancaran HyppTV Ruby Pack Januari 2013.

HyppTV Mega Pack ialah gabungan HyppTV Platinum Pack dan HyppTV Ruby Pack yang mengandungi 47 saluran HyppTV termasuk lapan video atas permintaan (VOD) dan 12 saluran berdefinisi tinggi, berharga RM50 sebulan


Terima kasih kerana membaca TM perkenal tiga pakej baru. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan