Home » » Malindo Air tambah tiga laluan ke Alor Setar, Langkawi, Kuala Terengganu

Malindo Air tambah tiga laluan ke Alor Setar, Langkawi, Kuala Terengganu

Kuala Lumpur: Malindo Air akan menambah tiga laluan penerbangan ke Alor Setar, Langkawi dan Kuala Terengganu mulai 1 Ogos depan sempena sambutan Aidilfitri ini.

Syarikat penerbangan hibrid milik Malaysia dan Indonesia itu menawarkan tiket penerbangan serendah RM49 sehala.
Ia juga akan menyediakan penerbangan tambahan ke Kota Bharu kepada empat penerbangan sehari, Johor Bharu (tiga penerbangan sehari) dan Pulau Pinang (tiga penerbangan sehari) bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.


Syarikat terbabit juga akan memulakan penerbangan ke Tawau, Sabah, menggunakan pesawat B737-900ER bermula Rabu depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, R Chandran, berkata laluan baru dan penerbangan tambahan dilakukan untuk menampung permintaan penumpang dari sektor berkenaan.

Katanya, laluan baru itu menjadikan keseluruhan laluan penerbangan Malindo Air kepada 11 laluan domestik, termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Miri dan Sibu.

Tempahan online
"Tiket bagi laluan baru sempena Aidilfitri boleh ditempah secara online di www.malindoair.com, ejen atau pusat panggilan, bermula hari ini.

"Kita berharap penumpang mendapat pengalaman baru menggunakan perkhidmatan terbaik Malindo Air," katanya kepada BH di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang.

Beliau turut mengulas perkembangan terkini syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dari Malaysia dengan kumpulan penerbangan terbesar Indonesia, PT Lion Group berkenaan.

Tawar makanan percuma

Malindo Air memulakan operasi 22 Mac lalu dengan beroperasi di KLIA bagi operasi pesawat jet B737-900ER dan Subang Skypark bagi operasi pesawat turboprop ATR72-600.

Berbeza dengan syarikat tambang murah lain, penerbangan Malindo Air menawarkan makanan ringan percuma, tempat duduk lebih luas, hiburan penerbangan serta 20kg bagasi bagi kelas ekonomi secara percuma untuk penumpang


Terima kasih kerana membaca Malindo Air tambah tiga laluan ke Alor Setar, Langkawi, Kuala Terengganu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan