Home » » SEMUT buat laporan polis pemilik akaun hina Agong

SEMUT buat laporan polis pemilik akaun hina Agong

'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (SEMUT) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook, Agelyn Lim dan beberapa individu lain yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, baru-baru ini.

Penyelaras SEMUT, Huan Cheng Guan, berkata perbuatan menghina institusi diraja menerusi laman sosial Facebook itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan harus dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya terbaca kiriman web laman sosial yang dihantar orang awam kepada saya pada 5 Julai lepas dan mendapati ia mengandungi unsur menghina Yang di-Pertuan Agong dengan perkataan kesat dan berunsur lucah.


"SEMUT sebagai kumpulan sukarelawan yang berperanan memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat menuntut supaya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Perai, di sini hari ini.

Katanya tindakan biadab itu tidak boleh dimaafkan dan beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan menahan mana-mana individu yang memberi komen mengandungi unsur menghina institusi diraja.

Huan berkata pihak berkuasa juga perlu mengambil pendekatan lebih agresif kerana media sosial kini telah disalahgunakan rakyat yang tidak bertanggungjawab untuk mempermainkan isu sensitif termasuk perkauman, agama dan institusi diraja di negara ini.

"Kita mahu masyarakat menggunakan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif.
"SEMUT yang mempunyai ahli di seluruh negara akan terus memantau media-media sosial termasuk blog bagi memastikan penggunanya tidak memberikan komen yang boleh memecah belahkan perpaduan dan keharmonian negara" katanya


Terima kasih kerana membaca SEMUT buat laporan polis pemilik akaun hina Agong. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan