Home » , , » Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu - Jalan-jalan Raya

Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu - Jalan-jalan Raya

Ini citer raya lepas tak habis lagi nih. Sblm ni aku ada kongsi skit gambar kat area2 Cameron Highland di sini kan. Aku ikut sana sebab nak balik ke Kelantan ( aku orang Gua Musang Kelantan ). Balik beraya rumah mek aku di Gua Musang, panjangkan langkah lagi pegi beraya rumah nenek plak di Kota Bharu. Jumpa sanak sedara sekali di Pasir Mas dan juga aktiviti jalan-jalan di Kota Bharu.
 
Kat sini aku nak kongsi skit gambar-gambar sempat aku ambil kat Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.

Balik raya Kelantan, Kota Bharu pasti jem, nak parking susah, last2 aku masuk parking kat KB Trade Center sebelah je dengan Pasar Siti Khadijah.

Kacang! Antara makanan yang aku selalu beli bila balik Kelantan.

Dan juga keropok. Ada yang timbang (rm10/kilo) ada yang dah siap bungkus. Mek aku nak yang timbang, best kot yang timbang.

Apa ni? Aku pun tak tahu sebab tu aku tak beli... hehe

Yang ni tahap menisannya sangat tinggi, cuba elakkan.

Masin-masin sebab rasanya masin tapi best kalau keman dalam mulut.. hehe.. keman... hehe.. korang paham ke maknanya apa?
 
Serunding. Yang ni aku beli setengah kilo, harga lupa lah. Kalau yang basah skit, tak tahan lama tapi lebih sedap dari yang kering. Ada yang di perbuat dari daging tempatan, import dan ayam.

Makanan2 untuk kunyah2 dalam kereta.

Lagi..

Keropok segera ni mesti beli ataupun dapat free kalau dah beli barang lain banyak, cuba minta keropok ni 2 bungkus, mesti dapat free.

Dodol di bungkus kecik2.

Lagi keropok segera grad rendah skit.

Orang perempuan suka le bab2 ni barag2 hiasan nih.

Pasar Siti Khadijah ada banyak tingkat, yang jual kain dan baju dan tudung ni, tingkat lain plak.

Kedai sangat rapat-rapat dan panas... hehee.. kalau budak2 kecik tak di galakkan bawak sini, nanti nangis jer.

Banyak le baju2, kain2 dan tudung.

Syurga kain kat sini, boleh tawar2 dan jangan lupa ambil bisnes kad takut2 nak tukar ke apa lain kali.
 
Tips: Kalau selalu pegi kat Pasar Siti Khadijah Kota Bharu nih, pegi kat kedai yang sama, lama2 kalau dah kenal, harga nya lain skit, lebih murah. Tak payah nak ronda2 survey sebab dalam ni panas dgn kedainya yang dekat2, boleh selisih bontot kalau jln seiringannya.Kalau terasa nak buat bisnes baju kurung, boleh jugak.
 
Ada yang pernah ke sana?
 


Terima kasih kerana membaca Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu - Jalan-jalan Raya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



19 Komen:

  1. dah lama tk pergi pasar siti khadijah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kesempatan boleh le pergi, tolong makcik2 sana majukan bisnes.

      Padam
  2. macam-macam rupanya ada kat sana ye?? pergh. terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 ada, barang siam puna ada. Kena tahu apa nak beli, kalau tak terbeli byk nanti.

      Padam
  3. Sejak abang long aku dah tak kerja kat kelantan, takda sebab dah aku nak gi kelantan. kalau tak dulu kerap jugak gi kelantan, suruh abang long aku bawak jalan2 shopping kat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah lama tak jalan2 Kelantan, boleh le singgah sekali sekala, byk perubahan ni. Makanan murah2 sini dan byk pilihan.

      Padam
  4. kalau orang rumah dampai sini mesti rambang mata...1hari tak habis nak jalan-jalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silahlah ke Bazaar Tok Guru, aku pun belum singgah lagi kat sini. Raya Haji ni kalau kesempatan.

      Padam
  5. Memang best dapat cuci mata dekat pasar Siti Khatijah... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuci mata tang mana tuh? makcik2 jer ramai kat situh hehe

      Padam
  6. Pergh memang nak sangat lah pergi melancong ke kelantan nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau takde sedara, dok kat temenggong hotel Kota Bharu, terbaik

      Padam
  7. salam hari raya.kalu pi sana sy suka cuci mata tgok kain2 catik belaka..suka kopok lekor heee..sedap2..org di sana mmg ramah.ty pengalama pertama sy ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya. sblm raya tercari bloh awak yg mana satu, hari ni baru jumpa. Byk blog ke?

      Padam
  8. Ibu saya suka gila tempat ini. Memang tempat kesukaan wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. pasti tuh, kelabu mata diorang, yg laki tukang tunggu letihnya.

      Padam
  9. lahh orang kota bharu jugak ke encik karman ni?haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. asal kb boh, pindah gua musang. Raya balik umah nenek di KB.

      Padam
  10. teringin gak nak pergi ke sana..

    BalasPadam