Home » , » Hotel kapsul bajet dibukadi China

Hotel kapsul bajet dibukadi China

HAIKOU - Sebuah hotel kapsul terbaharu yang menawarkan harga penginapan serendah AS$10 (RM32) dibuka di sini, dalam wilayah Hainan, selatan China kelmarin.Hotel itu menawarkan bilik kecil menyerupai kapsul yang dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan lampu tidur kepada pelanggan.Memiliki luas keseluruhan 200 meter persegi, hotel berkenaan menyediakan 26 kapsul yang disusun dalam dua barisan.
 
Kredit: kosmo

Hotel kapsul itu dilengkapi kipas ventilasi, televisyen paparan cecair kristal, perkhidmatan WiFi dan sebuah meja boleh lipat selain almari dan katil yang selesa.
Setiap kapsul itu mempunyai lebar antara 1 hingga 2 meter lebar dengan tinggi 1.2 meter.
Pelanggan yang menginap di hotel tersebut terpaksa berkongsi bilik air tetapi mereka boleh berehat di bar atau kafe yang disediakan oleh pengurusan hotel.
 
Hotel itu diharap dapat menarik pekerja-pekerja pejabat untuk berehat pada waktu makan tengah hari pada harga AS$1.47 (RM 4.81) sejam atau AS$10 semalam.
 


Terima kasih kerana membaca Hotel kapsul bajet dibukadi China. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. sesuai juga utk bilik yg kecil ni

    BalasPadam
  2. Untuk tidur boleh le nih kan.

    BalasPadam
  3. klu pi melancong backpacker, hotel bajet macam ni cun lah
    nice info

    BalasPadam
  4. kat malaysia takde lagi cam ni kan bro

    BalasPadam
  5. Perghh selesa ke tak tidur tu ye?hehe

    BalasPadam