Beijing: Ratusan ribu keranda kayu dibiarkan reput dalam gua di China kerana penduduk setempat percaya ia dapat membuka jalan kepada si mati berangkat ke ‘syurga.’Tradisi aneh itu diamalkan penduduk Anshun di wilayah Guizhou, barat daya China sejak zaman purba.Bagi setiap gua yang ada di lereng curam tanah tinggi di Anshun ada lebih 500 keranda disusun di situ secara berlapis-lapis.
Menurut penduduk setempat “gua keranda” itu menjadi kegunaan lima perkampungan berhampiran sejak sekian lama. Mereka adalah penduduk dari tengah China yang berpindah ke kawasan pergunungan di Guizhou beberapa abad lalu kerana lari dari perang.
Disebabkan berharap dapat kembali ke kampung satu hari nanti mereka tidak mengebumikan saudara-mara yang mati sebaliknya menyimpan mayat mereka di dalam gua supaya ia lebih hampir kepada ‘syurga.’ Sumber lain berkata, amalan itu dibuat kerana kampung di sekitarnya sering banjir dan penduduk mahu mengelak mayat serta keranda itu dirosakkan air.
macam macam diorang ni. takpe la, janji diorang tak bom orang tembak orang
BalasPadamIshh macam2 la diorang ni.
BalasPadamKasihan China sekarang selalu banjir..
BalasPadamChina memang banyak benda pelik-pelik ni..berita pun selalu keluar kes tersepit.
BalasPadamkepercayaan yang sangat pelik,.hahaha
BalasPadamMemang macam-macam... Kat mongolia, orang mati akan dipotong potong dan diberikan kepada burung untuk dimakan. Diorang buat macam nie sebab takde tanah nak tanam
BalasPadamdh mcm kt vietnam je..ada juga ritual cmni
BalasPadambegitulah ruginya jika hidup belum beriman seperti orang Islam..
BalasPadam