JOHOR BAHRU - Taktik seorang warga Myanmar yang menyamar sebagai rakyat tempatan untuk mengemis akhirnya berakhir apabila dia ditahan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu operasi di Taman Saujana hari ini.
Wanita berusia 63 tahun itu dikatakan kerap mengemis di Masjid Taman Saujana pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan bagi meraih simpati terutamanya jemaah masjid untuk meminta sedekah.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita tersebut kerap melakukan aktiviti itu bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang di perkarangan masjid berkenaan.
“Kami menerima aduan orang ramai mengenai wanita berkenaan yang dikatakan ‘mencari makan’ di pintu masjid pada setiap hari jumaat di masjid berkenaan,” katanya.
Menurutnya, hasil aduan orang ramai mengatakan wanita tersebut seperti warganegara tempatan berbekalkan raut wajahnya seperti penduduk asal negara ini.
“Ketika mengemis, wanita tersebut juga memakai tudung dan berbaju kurung,” katanya.
Melalui pemeriksaan yang dijalankan, JKM juga menjumpai RM38 hasil mengemis daripada orang ramai selama setengah jam.
“Lebih memeranjatkan, wanita tersebut dikatakan menaiki teksi dari Kulaijaya ke masjid berkenaan iaitu kira-kira 90 kilometer semata-mata untuk mengemis,” katanya.
Hasil siasatan mendapati, wanita tersebut juga mengaku tinggal sebatang kara dan bukannya warga tempatan.
Wanita berkenaan ditahan selama sebulan mengikut Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 dan buat sementara waktu ini, dia akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (RSK).
Sewajarnya di negara kita tidak ada lagi orang yang mengemis.. Banyak peluang kerja di mana-mana.. Naik teksi untuk mengemis dah lebih mewah dari kerja biasa-biasa..
BalasPadampengemis kolor biru nih
Padambijak betul diorang ni
BalasPadamkenapa tak gunakan kebijaksanaan ni tuk perkara yang lebih baik :)
Padamrakyat kita ni sangat pemurah...tu ramai warga asing dtg mengemis kat sini....
BalasPadamlubuk duit kat sini, terutamanya buan puasa ni
Padam