10 pemain Selangor akan meninggalkan Selangor musim depan untuk Piala Malaysia!
Kemelut dalaman Selangor susulan kegagalan melepasi saingan
peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia musim ini kian parah apabila
sekurang-kurangnya 10 pemain akan ‘angkat kaki’ meninggalkan skuad gergasi Merah
itu musim depan. Difahamkan, pemain terbabit sudah mendapat tawaran
beraksi bersama pasukan lain sekali gus perkembangan itu pasti menyebabkan
cabaran skuad yang pernah digelar gergasi bola sepak negara itu tempang musim
depan selepas jurulatih Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan bulan lalu.
Sedih dengan perkembangan terbaru itu, bekas pengurus Selangor, Zakaria Ab
Rahim menyarankan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyelesaikan segera
kemelut dalaman yang melanda pasukan itu ketika ini.
Enggan campur tangan
“Selangor sebuah pasukan gergasi berdasarkan sejarah mereka yang mengecapi pelbagai kejayaan sebelum ini dan masalah yang mereka alami ketika ini memang mengecewakan.
“Jadi saya sarankan supaya kepemimpinan FAS pandang serius masalah ini demi kebaikan pasukan, kebajikan pemain dan penyokong setia Selangor,” kata Zakaria ketika dihubungi semalam.
BH Sukan semalam melaporkan mengenai desakan segelintir penyokong Selangor yang mahu Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad meletak jawatan kerana dianggap individu bertanggungjawab berikutan kegagalan Gergasi Merah layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Mokhtar didakwa banyak membuat keputusan secara bersendirian dengan 'orang luar' tanpa terlebih dulu merujuk kepada Exco FAS.

salam..
BalasPadamwahh 10 pemain..?ramai tu...cmne team selangor nti...?huuu
ini kurang menyegat cuba baiki mana perlu huhu..sb kmi cintakan bola
BalasPadam10 dah kira banyak bukan 2 ke 3 orang hurm..mungkin ada yang kita tak tahu..
BalasPadamHampa betul aku kalau berita ni betul.. Huh
BalasPadamkena bentuk pasukam baru nampaknya Selangor musim depan
BalasPadamramai tu...kalau sorang dua je tak apalah juga
BalasPadamTak boleh nak ubah banyak sangat. Nanti susah nak dapatkan persafahaman.
BalasPadamsempat ke Selangor nak rekrut team baru dalam masa yg singkat...tetapi langkah ini juga nampak perlu untuk masa depan team selangor..mungkin akan ambil masa 2-3 tahun untuk lihat hasil..
BalasPadamHmmm.. bolasepak kat Malaysia mmg mudah melatah. Kalau ada krisis sedikit, habis coach dan satu team blah atau disingkirkan. Dalam sukan ada jatuh bangun. Man Utd pon tak menang tiap-tiap tahun wehhh.. Tapi Fergie stay as coach selama lebih 20 tahun..
BalasPadamaku ingat ni sbb player yg buat keputusan nak berhijrah.
BalasPadamohh..tidak...gua harap bukan mahali..
BalasPadamEmm biasalah tu adat permainan..haha
BalasPadam