Tengok habuk besi kat tingkap tuh. |
Kira-kira 200 penduduk Jalan Kebun Petai, Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat dekat sini mendakwa kesihatan mereka terancam apabila terpaksa menyedut habuk besi dari sebuah kilang berdekatan sejak 10 tahun lalu.Penduduk mendakwa, operasi kilang itu bukan sahaja menyebabkan mereka mengalami gatal kulit, lelah dan batuk malah diganggu pencemaran bunyi.
Menurut mereka, masalah itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi sehingga ini belum ada sebarang tindakan diambil.
Kilang membersih besi buangan itu terletak kira-kira lima meter dari rumah penduduk kampung
Semalam, beberapa penduduk yang hilang sabar mengadakan bantahan secara aman kira-kira sejam di hadapan kilang itu bagi meminta pemiliknya menghentikan operasi.
pencemaran dimana-mana skang ni...hari kita duk sedut atmosfera tercemar..hu3
BalasPadamkesian penduduk2 kat situ ya..udara tak sihat sggh duduk kat situ
BalasPadamBahaya bende nie kalau masuk paru-paru.
BalasPadambahaya ni, camne nak hidup kalau cam nih .. kompius aku
BalasPadam