Home » » Fon telinga bersalut emas pertama di dunia

Fon telinga bersalut emas pertama di dunia

BERLIN - Sebuah fon telinga bersalut emas seberat 18 karat yang pertama seumpamanya di dunia telah diperkenalkan di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.Fon telinga jenama Happy Plugs dari Sweden itu dipertontonkan pada pameran elektronik IFA di Berlin, Jerman Khamis lalu.Fon telinga buatan tangan itu ditawarkan pada harga AS$14,000 (RM46,900). Ia menyamai harga sebuah kereta, dua buah jam Rolex atau sebentuk cincin berlian jenama barang kemas terkemuka, Tiffany & Co. di New York.
 
Fon telinga bersalut emas berharga RM46900 ( sumber Kosmo & Agensi )

Gajet itu dihasilkan oleh sebuah syarikat emas, Goldsmith dekat wilayah Old Town, Stockholm.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Happy Plugs, Andreas Vural menjelaskan, "Kami hasilkan sebuah fon telinga bersalut emas 18 karat yang boleh dimiliki pada harga AS$14,000."
Kedua-dua belah fon telinga itu disalut emas termasuk pada wayarnya.Happy Plugs turut mengeluarkan fon telinga berwarna metalik versi emas, perak dan pelbagai warna lain. - Kosmo


Terima kasih kerana membaca Fon telinga bersalut emas pertama di dunia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



3 Komen:

  1. orang laki boleh pakai ke ni..hehehe

    BalasPadam
  2. pemikiran di luar batasan nih

    BalasPadam
  3. memang tak akan pakai menda ni..buat simpanan aje lahhhh...

    BalasPadam