Home » , » Adsense di blog Bahasa Melayu, boleh ke?

Adsense di blog Bahasa Melayu, boleh ke?

Ada beberapa kawan dan rakan blogger tanya, adsense boleh tak letak kat blog bahasa Melayu. BOLEH! Aku pun guna blog bahasa melayu jugak. Memang kalau dulu, 6-7 tahun lepas, blog kena bahasa omputih baru boleh letak adsense. Tapi sekarang nih, adsense doh bolehkan dalam blog bahasa melayu. Dah lama dah nih, mungkin ramai yang belum tahu kot. Haa.. ni aku nak konfirmkan lah nih ya, adsense boleh di letakkan dalam blog bahasa Melayu.

Adsense boleh letak sekali dengan Nuffnang tak?


Boleh jugak. Memang ada dekat akaun nuffnang, ada menyatakan iklan dari asia pasifik tak boleh letak sekali dengan nuffnang kan, kalau tak nanti status jadi tak berapa nak geli kan. Contohnya kalau letak adverlets dengan nuffnang sekali dalam satu blog. Tapi kalau satu blog tuh ada adsense dan juga nuffnang sekali, ok je. status maintain gliterrati lagik.

Adsense vs Nuffnang, mana lagi masyuk?


cara daftar akaun adsense
Ini ikut pengalaman aku lah ya. Dan aku rasa ada kaitan dengan blog korang jugak. Bagi blog aku, adsense lagi masyuk dari nuffnang. Kalau blog yg dapat advertorial tuh, nuffnang lagi berbaloi. Adsense ni jenis ppc ( pay per click ), banyak klik lagi masyuk la. Kalau korang nak short cut belajar adsense ni, kena berguru le takkpun beli ebook-ebook pasal adsense, berlambak kat pasaran tapi aku rekemen ebook yang kat ashadee nih, Pakej Lengkap Jana Wang Adsense.



Syarat nak mohon akaun adsense


Hoho.. ni paling best sebab syarat minimun jer, ada blog ( senangnya blogspot untuk apply adsense ) dah boleh apply. Tak perlu nak blog yang ramai visitor, tapi kalau ramai visitor lagi bagus la. Syaratnya lagi senang daripada ikla-iklan lain kecuali nuffnang ( ni paling senang le, dafter je terus boleh guna ).

Ada soalan pasal adsense tak? Atau ada yang nak berkongsi pengalaman - DI ALU-ALU KAN.
Oh ya sebelum aku lupa, ada satu program yang seakan-akan adsense tapi senang dapat approval, dalam masa 3 hari jer boleh approve. Cuba baca entri yang aku dah tulis tuh.

Peace yo!


Terima kasih kerana membaca Adsense di blog Bahasa Melayu, boleh ke?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



37 Komen:

  1. saya suka haa.tahu jer ya mesti nak rasa juga adsense pasti manu tahu capai si initi nghee...melangi sungguh hu sabarlah.. :)

    BalasPadam
  2. bila kita rasa jemu kita mesti nak cari lain iklan..saje bukan tak setia pada nuff tapi tengok orang boleh buat kita mesti boleh..

    hurm, mana link nak jonit ngeee..mana tahu ada original trafik sedang mencari maklumat ni heee..btw terima kasih

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. adwords - ni utk pengiklan iklan brg/produk
      adsense - iklan adword di iklankan oleh pemegang akaun adsense

      Padam
  4. tak reti bab iklan-iklan ni..setakat tampal iklan dr advertorial jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama, yg ni pun tampal gak, pilih size iklan, pilih iklan text je ke, text dgn imej ke, lepas tu copy paste kod jer.

      Padam
  5. Balasan
    1. advertlets dengar citer lmbt bayar, iya ke?

      Padam
    2. advertlets byr mmg lambat heee..tapi tgok trafij naik oklah saya ada pasang kt blog gak

      Padam
  6. AdSense mmg best sbb iklannya related dgn post (selalunya lah)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. otai dah bagi pendapatan, silalah percaya hoho

      Padam
  7. Yang lagi best, Adsense bayar dalam US Dollar. Lagi murah Ringgit Malaysia maka lagi banyaklah income.

    Cuma, pernah sekali blog saya yang boleh dapat USD300-USD400 sebulan kena ban dengan iklan gara-gara saya letak income report dari Chitika dan barulah saya tahu, Chitika dan Adsense tak boleh bersama.

    Dah buat rayuan pun tak diendahkan, lastly, blog berkubur macam tu je. Yang lagi sekali pulak sebab guest blogger punya isu. Sebelum tu dah perasan yang ada visitor atau traffic yg masuk ke blog dari pejabat Google di USA tu, tak lama lepas tu ada warning dari mereka suruh hentikan buat guest blogger (mungkin blogger tetamu saya tu copy paste je content dari mana-mana blog). Ah, panjang pulak saya komen :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. guest blogger boleh je, aku ada jumpa kat blog2 yg power adsense nih, Mungkin post berkualiti sbb tu tak kena banned. tq for sharing.

      Padam
  8. saya tertarik dengan entri ini..terbaik tuan
    semoga ia banyak memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..


    p/s: Entri terkini saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat nak berkongsi pasal adsense dlm bahasa melayu sbb tak ramai lagi buat cam nih

      Padam
  9. nak letak, boleh je. takde masalah. cuma nasihat aku, kena pandai jaga. itu aje. haha..

    BalasPadam
  10. google memang revolusi ads dunia!

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. try2 tak rugi pun, ads yg kuar akan related dgn post

      Padam
  12. teringin nak try juga..
    eehhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu google.com/adsense

      Padam
  13. dulu pernah ada akaun tapi dah kene blocked sebab tamak hihi

    BalasPadam
  14. Menariknya info tentang Adsense! Tak pernah guna lagi sebab belum pernah pasang iklan di blog...

    Soalan... Arituh ada nampak Google update TnC tentang Adsense. Ada apa-apa effect ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak pergi detail, setakat nih effect takde

      Padam
  15. Salam.. 2 hari lepas saya cuba apply, petang sikit dapat emel, terus kena reject sbb unsupported language katanya. tak paham. ke dah tukar T&C.

    BalasPadam
    Balasan
    1. t&c sama je, update info berkualiti 3-4 kali lagi dan cuba apply balik.

      Padam
  16. Thats right. Most of the Malaysian adsense player put the ads in their BM blog does it will banded?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sejak dulu guna kat blog BM.

      Padam
  17. Saya daftar google adsense ni guna youtube. ! jam dah lulus.. Lepas setting pulak untuk letak kat blog, Google approve jugak.. saya kongsikan sedikit Tips Apply google adsense di Youtube. Upload 2 video sendiri, contoh video cara format hp android ke.. durasi dalam 1 minit pun ok. Lepas tu klik monetize kat video manager dan apply Google adsense. Dalam satu jam google dah approve. Untuk letak kat blog pulak ada setting kat dalam akaun google adsense.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bro atas perkongsian yang hebat nih, saya dah lama nak guna kat youtube, x bersungguh-sungguh nak buat. Lepas nih boleh try plak.

      Padam
  18. mana adsense hilang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah sejak dua menjak nih, ada yg kuar ada yg tak. Belum cuba cari cara nak settle lagi nih.

      Padam
  19. Menarik ni encikarman. Blog baru saya nak pasang adsense mungkin. Nanti saya cedok ilmu kat sini ya... :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sani, boleh short cut dri pengalaman saya nih.

      Padam