Home » , » Kafe bertemakan tandas.. uwekk.

Kafe bertemakan tandas.. uwekk.

Seorang pengusaha restoran dari China menarik perhatian ramai apabila dia membuka sebuah kafe bertema tandas yang pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Daily News.
Restoran Magic Restroom Cafe milik YoYo Li yang terletak di selatan California di sini dibuka sejak 11 Oktober lalu.
Stesen televisyen tempatan, KTLA 5 melaporkan bahawa kafe berkenaan dilengkapi kerusi menyerupai mangkuk tandas.
Makanan di premis berkenaan pula dihidang dalam mangkuk tandas mini.


Kafe tersebut turut dihiasi tempat buang air kecil dan tandas di sepanjang dinding serta dekorasi kelengkapan mandian.
YoYo Li mengambil keputusan membuka kafe itu di AS selepas menyedari konsep restoran tersebut amat popular di China dan Taiwan.
Kafe Magic Restroom menghidangkan menu-menu dari Taiwan termasuk nasi kari 'magic' dan mi sup daging lembu. - Kosmo.



Terima kasih kerana membaca Kafe bertemakan tandas.. uwekk.. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



16 Komen:

  1. werk..geli la wey..ad ajuga org nka pergi tak tahan tu

    BalasPadam
  2. mesti dia punya tempat duduk tanda tu dalam dia masih baru..ater kalau ambil dari lama punya mangkok tandas tak terlayan nak masuk huhu..

    BalasPadam
  3. lepas ini agaknya tab mandi pula heeee mana tahu versi makan dlm tab mandi jadi tarikan kat malaysia

    BalasPadam
  4. sanggupkah nak makan kat situ...tak sangguuupppp

    BalasPadam
  5. Nie cume tema je pun. Hanya sudut perspektif manusia je yang menghalang kita dari mencuba makanan yang dihidangkan dalam cara tersebut.

    BalasPadam
  6. unik la katakan

    BalasPadam
  7. dalam gambar tu ada yang bukap penutup...ha ha. buat hilang seleralah walaupun bersih.

    BalasPadam
  8. kadang bila idea "bijak" dilaksanakan, ada menghasilkan ke"geli"an. uwekkkk~

    BalasPadam
  9. kalau saya,tak masuk la. Baik pergi makan kat lain walaupun bersih macam mana pun. Dalam tandas mana boleh makan dalam Islam.

    BalasPadam
  10. Cisssssssssss..idea mmcm ni pun ada eyh?? Eeiii..tak tergamak rasanya nak masuk.

    hah! Nih..blh masukkan sekali menu icecream yg berbentuk 'shit' yg dihidangkan dlm mangkuk berupa mangkuk tandas yg pernah dibuat dek korean/china tak lama dulu ni!

    BalasPadam
  11. provokasi nih

    BalasPadam
  12. Tak ada kerjalah nak makan kat sini, cafe lain manyak.

    BalasPadam
  13. Assalam.
    Macam-macam cara peniaga menarik perhatian agar berkunjung. Masyaallah.
    :-)

    BalasPadam