Home » » Apa yang saya tahu tentang GST setakat ini

Apa yang saya tahu tentang GST setakat ini

GST. Ya, mana-mana pergi pun orang akan cakap tentang gst ni. Budak-budak pun tahu pasal gst ni, tahu sebut jer le kan. Malaysia dah laksanakan gst ( 6% ) untuk gantikan sst (16 %) dan rata-rata masih belum biasa dengan gst ni menyebablan isu gst ni semakin panas dalam proses memahami konsep gst ni.

Kat sini saya cuba berkongsi apa yang saya tahu tentang gst secara mudah. Tak perlu nak guna ayat-ayat yang berbentuk pendidikan sangat sebab ramai yang lebih memahami kalau guna ayat-ayat nudah ni kan.

Apa yang saya tahu tentang GST


KFC harga turun - ni best untuk mereka yang biasa makan kat kfc, harga turun sedikit daripada biasa tetapi turun takde le banyak, dalam 50sen cam tu lah. Kalau beli banyak tuh, banyak lagi lah yang turunnya.

gst malaysia


Confirm, mydin serap gst - ini confirm dan telah di sahkan. Kita hanya bayar harga barang sahaja. Nilai gst ada terdapat di dalam resit tetapi kita tidak membayar gst tu yang akan di tanggung oleh Mydin.

RON 95 - tiada gst. Maknanya harganya selepas gst sama. RON 97ada kenaikkan, Ramai yang guna RON95 ni.

Parking - ini yang saya terbaca le, rate parking akan kena gst

Tol - tiada gst

Harga kereta - model Proton, Nissan, Toyota, Honda sudah umumkan penurunnan harga. Tetapi takde le banyak sangat turunnya, sesuai dengan rate GST.


Keluar duit kat mesin - kalau guna mesin bank sendiri, takde kena gst. Kalau keluat kat mesin bank lain, gst akan di kenakan pada mep servis caj rm1 tu. Jadi cajnya akan bertambah 6% daripada rm1.

Income tax - akan turun 1-3%

Rumah - harga rumah tak kena gst. Yang kena gst ialah segala yuran dalam proses membeli rumah. Tetapi saya agak la, pemaju dah masukkan gst dalam harga rumah walaupun setiap tahun pun sebelum ni harga rumah akan meningkat.

Insuran kereta - sudah tentu kena gst. Adehh baru nak renew insuran ni.

Jadi, mari kita memahami gst supaya perbelanjaan lebih berhemah.


Terima kasih kerana membaca Apa yang saya tahu tentang GST setakat ini. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan