Home » , » Shell Citibank Gold Credit Card

Shell Citibank Gold Credit Card

Shell Citibank Gold Credit Card. Saya tengah mencari-cari kredit kad terbaik untuk petrol sebab perbelanjaan petrol saya agak tinggi iaitu dalam rm700 - rm800 sebulan. Jadi daripada hanya habiskan untuk petrol, lebih baik saya mencuba guna kredit kad yang sesuai untuk mendapat kemudahan-kemudahan kredit kad lain sebab mahu tak mahu, petrol kena isi juga.

Memang terdapat beberapa kredit kad untuk petrol seperti kredit kad Maybank2cards dan HSBC Amanah, tetapi saya masih mencari yang terbaik untuk saya setelah kredit kad Maybank2card saya telah gunakan maksimum mungkin untuk mendapat max cashback sebanyak rm50 sebulan. Tidak cukup ni.

Saya kena cari kredit kad kedua untuk minyak sebab kalau guna kredit kad Maybank2cards, cashback 5% kalau guna Amex di mana-mana stesen minyak. Max cashback sebanyak rm50 sahaja iaitu apabila pengunaan saya sebanyak rm1000 tetapi biasanya saya guna lebih rm1000 dan rugi rasanya kerana selepas pengunaan  melebihi rm1000, cashback sudah tiada.

Maka saya kena cari kredit kad lain pula untuk di gunakan setelah kredit kad Maybank2cards pengunaan melebihi rm1000 sebulan. Dalam pemerhatian saya, kredit kad HSBC Amanah dan Shell Citibank Gold Credit Card adalah yang boleh dipertimbangkan.

Shell Citibank Gold Credit Card


Kali ni saya nak kongsikan dulu info yang saya dapat untuk kredit kad Shell Citibank Gold Credit Card. Setelah merayau-rayau mencari info, di sini saya kongsikan apa yang penting sahaja tentang Shell Citibank Gold Credit Card ini untuk membantu anda di luar sana yang mempunyai sedikit masalah seperti saya sebab kalau tengok info-ingo online ni banyak yang lebih kepada mempromosikan sesuatu kredit kad. Saya pula melihat dari segi kegunaan dan kelebihan kredit kad itu dari sudut pengguna.

1. Ciri-ciri Shell Citibank Gold Credit Card - kalau tengok kepada ciri-ciri kredit kad Citibank ni, tiada masalah bagi saya sebab saya biasa akan bayar full setiap kali bil sampai. Maknanya 15% interest rate tu boleh di abaikan. 8% cashback sangat menarik tetapi kena tenguk syarat-syaratnya juga.

RM195 annual fee tu sangat tinggi dan untuk tahun pertama, jika anda guna 3 kali dalam tepoh 60 hari selepas anda dapat kredit kad Shell Citibank anda, anda tidak perlu membayar annual fee tersebut. TETAPI ini untuk tahun pertama sahaja dan tahun-tahun berikutnya anda kena bayar annual fee sebanyak rm195. TINGGI ni, kalau boleh kena elakkan.

Shell Citibank Gold Credit Card


2. Cachback Shell Citibank Gold Credit Card - saya hanya menilai dari segi pembelian petrol kerana inilah tujuan saya untuk mempunyai kredit kad. Saya guna sebanyak rm700 - rm800 sebulan untuk isi minyak, maknya saya termasuk dalam cashback rate 4% yang mempunyau monthly cap sebanyak rm10 sahaja. RENDAH ini bagi pengunaan saya. Tetapi berbaloi jika saya tidak mempunyai kredit kad kedua yang lain. Saya masih menggunakan kredit kad Maybank2cards sebagai kredit kad utama.


Shell Citibank Gold Credit Card Cashback


3. Shell Citibank Gold Credit Card Promotions - tengok kepada promosi kredit kad Shell ni amat menarik, dapat percuma Huawei Media Tablet jika kredit kad anda di luluskan. Diluluskan sahaja terus dapat media tablet ni. Ermm menarik ni sebab biasanya bank kena guna dulu baru boleh dapat hadiah percuma.

Shell Citibank Gold Credit Card Promotion

Di atas sebab-sebab di atas, Shell Citibank Gold Credit Card sesuai untuk dipertimbangkan hanya sebagai kredot kad kedua saya sahaja jika saya tiada pilihan lain. Tetapi keputusan saya belum buat lagi sebab saya masih review beberapa kredit kad dari bank yang lain juga buat masa ini.




Terima kasih kerana membaca Shell Citibank Gold Credit Card. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen:

  1. Banyak penggunaan petrol bulanan memang wajib la ada kad kredit kan...

    BalasPadam