Home » » Permohonan rumah pr1ma di Bandar Meru Raya Ipoh di tutup 20 September 2015

Permohonan rumah pr1ma di Bandar Meru Raya Ipoh di tutup 20 September 2015

Pembelian rumah merupakan satu pelaburan dan pinjaman jangka masa panjang untuk semua orang. Memandangkan harga rumah semakin meningkat setiap tahun di akibatkan pelbagai faktor terutamanya permintaan yang melebihi penawaran, maka perkara ini tidak dapat dielakkan.

Rumah pr1ma adalah salah satu peluang untuk kita semua memilikki rumah sendiri dengan harga yang lebih murah, Perumahan pr1ma di bangunkan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah rakyat untuk membeli rumah mengikut kemampuan di lokasi yang strategik. Selain itu terdapat juga rumah yang di namakan Rumah Selangorku terbaru di Bandar Saujana Putra.

Tetapi tidak mudah untuk mendapatkan rumah pr1ma memandangkan semua orang juga  ingin memilikki rumah pr1ma ini. Dengan syarat-syarat rumah pr1ma yang minimin, permohonan untuk rumah pr1ma sangat tinggi.

Rumah pr1ma yang baru di buka permohonannya ialah rumah pr1ma di Bandar Meru Raya dan akan di tutup permohonannya pada 20 September 2015. Sekejap je kan, mungkin di sebabkan permohonan online ni di mana hanya beberapa klik sahaja untuk menghantar permohonan dengan syarat anda telah mengisi butir-butir peribadi sebelum ini.



Rumah Pr1ma Bandar Meru Raya Ipoh

Setelah permohonan laris pada pembukaan rumah pr1ma yang lepas ( July 2015 ), pada kali ini di harap anda tidak terlewat untuk menghantar permohonan. Rumah pr1ma ni anda kena duduk di sini, tidak boleh di sewakan kepada orang lain.


rumah pr1ma di Bandar Meru Raya Ipoh

Jika anda masih baru, anda boleh cuba tanya kepada peguam tentang hartanah ni dan terdapat kira-kira 40 soalan yang di tanya kepada peguam hartanah untuk membantu anda. Ini boleh membuatkan anda buka mata tentang hartanah yang mana jika anda masih belum pernah membeli rumah, banyak benda yang anda tidak tahu.

Banyak sebenarnya anda boleh pelajri tentang hartanah seperti:

[+] 2 cara buat duit dengan hartanah
[+] Kerjaya sebagai ejen hartanah

Apapun, peluang memilikki rumah pr1ma ini tidak dapat di lepaskan. Harap anda semua yang membaca blog saya ini mempertimbangankan untuk mendaftar rumah pr1ma ini.




Terima kasih kerana membaca Permohonan rumah pr1ma di Bandar Meru Raya Ipoh di tutup 20 September 2015. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen:

  1. Harga yang ditawarkan tu agak mahal juga la kalau di bandar ipoh, ke biasa dah harga macam tu EA?

    BalasPadam