Kini lebih senang nak dapat kerja tulis review

thumbnail
Kalau blogger, mesti mengidamkan kerja-kerja menulis review ni kan sebab bayarannya mahal. Sekali tulis review, satu review boleh dapat rm150. Kalau blog yang trafik tinggi, satu review cecah rm500. Kan itu salah satu cara buat duit online dengan blog.

Tulis review ni penting dan kena ada  cara-caranya juga untuk menarik pengiklan mengupah kita menulis review nih. Tetapi susah nak dapat kerja tulis review ni kecuali blog kita ada trafik tinggi. Biasanya blog-blog yang popular selalu dapat kerja tulis review nih. Jika korang mengidamkan kerja-kerja tulis review nih, kini ada cara yang lebih baik untuk mencari pengiklan.


Portal di mana blogger dan pengiklan bertemu


Kini ada harapan untuk blog yang baru nak naik untuk dapat kerja tulis review atau advertorial – buat duit dengan menulis review atau advertorial. Di advertorial.my ada menyediakan harapan ini.

Advertorial.my akan tolong cari pengiklan yang mungkin berminat dengan blog kita dan dapatkan khidmat kita untuk tulis review, tetapi kena daftar dulu dengan advertorial.my. Bila dah daftar, blog kita akan di senaraikan dalam portal tersebut.

Di portal advertorial ni juga, pengiklan akan mendaftar. Jadi Pengiklan dan blogger boleh bertemu di sini. Blogger kena tulis profile secantik mungkin untuk memikat hati bakap pengiklan.


Berapa harga untuk satu review atau advertorial?

Harga bergantung kepada blogger. Blogger letakkan harga, jika pengiklan setuju kerja boleh di lakukan. Ini memerlukan perbincangan dengan bakal pengiklan. Jika blogger letakkan harga tinggi, mungkin pengiklan akan cari blogger lain.

Jadi mainan harga kat sini penting. Jangan letak rendah sangat semata-mata nak tarik kerja review nih. Berpada-pada dengan blog yang kita ada. Mungkin untuk permulaan boleh letak harga rm50 satu review. Ini cadangan sahaja, blog anda, anda yang tentukan.


Komisen untuk advertorial.my


Kosong, iya kosong. Pihak advertorial.my tak ambil sikit pun duit daripada kerja review kita. Semua duit tuh kita punyalah tetapi masa daftar dengan advertorial.my,  kita sebagai blogger kena sedikit bayaran.

Dapat satu kerja review dah boleh cover harga caj nih, serius. Berbaloi untuk mencuba. Mana tahu rezeki kita kat sini – menulis review produk.

Bayangkan, satu review katakana rm 100. Kalau sebulan dapat 3 kerja review, dah dapat rm150 kan. Kalau bandingkan dengan iklan klik-klik kat blog, sebulan tak ramai yang mencecah rm150 ni kan.

Jadi kerja buat duit dengan menulis review atau advertorial boleh di jadikan focus baru untuk blogger macam kita dan juga saya. Buat bersungguh-sungguh untuk dapat pengiklan. Saya rasa, bila dah dapat kerja review yang pertama, yang kedua dan ketiga akan menyusul, percayalah.


Berbaloi ke tak daftar di advertorial.my?

Sangat berbaloi. Portal ni masih baru, persaingan blogger masih kurang jadi kemungkinan nak dapat kerja review nih tinggi. Tapi harus ingat juga, bilangan pengiklan mungkin tak ramai lagi. Saya tak pasti berapa jumlahnya yang dah daftar.

Pengiklan daftar free jer, blogger kena sedikit bayaran. Tetapi pada hemat saya, kalau cuba berbaloi juga daripada maintain di takut yang sama.


Ayuh, tanamkan azam baru nak Berjaya dalam  kerja-kerja review nih. Perubahan bermula dari anda sendiri.

Kerja tulis review dari advertorial.MY

thumbnail
Kerja tulis review dari advertorial.MY. Yang ni memang gemapk sikit dan merupakan peluang keemasan kepada blogger-blogger di Malaysia iaitu kerja tulis review produk atau servis dan terima bayaran mengikut harga yang kita tawarkan. Bestkan kalau dapat kerja nih. Kalau dulu, blogger susah nak dapat projek review-review produk nih. Sapa le yang nak minta buat review kalau blog pun tak famous atau tak dapat banyak trafik. Sekarang peluang sudah muncul dan masih baru lagi di mana satu portal yang menjadi orang tengah antara blogger dan pengiklan telah di wujudkan oleh owner yang sama dengan jobdirumah. Sambil-sambil dapat duit dari program online lain, pe kata kita tambah lagi satu cabang pendapatan yang sudah lama muncul di luar negara portal seperti ini.


Apa yang advertorial.MY tawarkan?


Advertorial.MY di jangka akan meletup dalam beberapa bulan lagi kerana Advertorial.MY ni menjadi pusat sehenti untuk blogger berkomunikasi dengan pengiklan. Pengiklan dan blogger akan daftar di advertorial.MY dan tawar-menawar kerja review akan berlaku di mana harga untuk review di berikan oleh blogger.

buat duit advertorial.my
Buat duit dengan menulis review produk atau servis - advertorial.MY

Katakan, blogger menetapkan, satu review rm50. Kalau pengiklan setuju, deal. Semua rm50 akan dapat kat blogger dan tidak di ambil sikit pun oleh pihak advertorial.MY. Blogger hebat dan tak hebat pun boleh dapat job review sebab bajet pengiklan berlainan.

Contoh, jika bajet pengiklan sikit, sudah tentu tak mampu nak upah blogger hebat buat review. Jadi ini rezeki kepada blogger yang baru naik atau trafik kurang. Dapat rm30 satu review pun  dah ok kan.


Siapa advertorial.MY?


Mereka ni otai dan bukan petai. Mereka dah lama dalam bidang pemasaran internet lebih 10 tahun dah dah banyak produk yang mereka keluarkan seperti jobdirumah- kerja part time dari rumah.

Saya yakin, produk advertorial.MY ni akan berjaya. Dimana nanti makin ramai pengiklan akan daftar di advertorial.MY begitu juga blogger. Oh ya, bagi blogger yang nak daftar, boleh buat pendaftaran di advertorial.MY dengan kadar segera sebab ada kos yang di kena dan kos ni masih berpatutan lagi sekarang nih.

Mungkin, 3-4 bulan lagi akan keluar pulak review tentang pendapatan daripada advertorial.MY ni bila blogger dah dapat job review produk.

Portal advertorial.my - pendaftaran dengan advertorial.my di buka.

Jadi sama-samalah kita ambil peluang nih untuk menambah pendapatan online masing-masing.


Buat duit review produk atau advertorial

thumbnail
Buat duit dengan review atau advertorial. Pasti ramai blogger yang menginginkan peniaga online untuk mengupah  mereka untuk buat review kat blog. Tetapi dah lama ada blog, khidmat review tak de yang berminat. Ramai blogger yang mengalami masalah ini terutama blogger-blogger baru. Blogger-blogger lama takde masalah Cuma harga je ler kakangannya. Bagi blogger baru, rata-rata setuju kalau orang nak beriklan kat blog kita kan. Bayaran rendah serendah rm30 sekali iklan pun dah kira ok kan. Lagi pun, kat blog boleh gak buat duit dengan h12 media  dalam masa yang sama.

Dah macam-macam cara buat untuk tarik orang upah kita buat review. Asyik-asyik yang dapat buat review atau advertorial ni blogger-blogger glamour jer, tambah-tambah kalau dah jadi pakar seo kat Malaysia nih kan. Jadi bila peluang nak ada untuk blogger-blogger yang baru naik?

Berita baik ni saya nak kongsikan. Kalau kita konsistan buat posting, paling kurang pun seminggu satu post la, dah boleh peluang untuk dapat buat keje-keje review atau advertorial nih. Terbaru kat Malaysia tapi dah lama kat luar Negara. Cara senang nak dapat projek tulis review dan dapat bayaran untuk blogger baru dan lama.

Caranya buat duit advertorial


1. Daftar dengan projek advertorial / review
2. Tunggu projek review dari pengiklan berdaftar
3. Deal harga dengan bakal pengiklan
4. Buat review dan dapat payment.

Nampak gaya macam lebih senang nak dapat projek review melalui cara nih. Kalau kita sendiri yang cari pengiklan, memang susah le. Nak kena blog jadi glamor dulu lah baru pengiklan akan datang.


Boleh ke nak lawan dengan blog famous?


Memang tak boleh. Cuma apa yang boleh kita buat ialah dengan main-main harga review. Blog popular akan letak  harga tinggi. Blogger baru rendahkan harga, rekeman rm30  satu review sebagai permulaan. Bestkan nanti kalau dapat projek review. Kalau sebulan dapat 2 projek pun, dah kira ok la kan.


Jadi, sebagai langkah pertama, daftar dulu dengan projek buat duit dengan tulis review nih. Tak cuba tak tahu kan. Bila lagi nak mulakan lahkah untuk perubahan. Tiada paksaan, blogger yang serius nak buat duit dengan review bolehlah cuba buat duit dengan tulis review / advertorial nih.