Wan Azri Mahu Dipenjarakan Bersama Anwar Ibrahim

thumbnail
Individu yang didakwa sebagai ' Papagomo', Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menerusi laman sosial Twitternya 'berharap' dipenjarakan dalam sel yang sama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harapan tersebut diutakan oleh Wan Muhammad Azri sebagai balasan kepada niat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang ingin menjatuhkan dan mengheret beliau ke penjara.
alt
"@rafiziramli @nsurendran i hope to be same prison cell with @anwaribrahim (saya harap duduk dalam sel penjara yang sama bersama @anwaribrahim)," katanya menerusi tweet terbarunya.
alt
Terdahulu, Rafizi menerusi laman Twitternya turut berkata, Wan Muhammad Azri perlu dipenjara 7 tahun mengikut undang-undang negara.
"@nsurendran & me all smiling after the police report against @papagomo @sir_azri by law he shud jailed up tu 7 years (saya dan @nsurendran senyum selepas membuat laporan polis terhadap @papagomo @sir_azri, mengikut undang-undang, dia patut dipenjarakan sehingga 7 tahun," kata Rafizi.
alt
Rafizi dilihat begitu beriya ingin 'menjatuhkan' Wan Muhammad Azri kerana mendakwa telah menipu mahkamah sewaktu memberi kenyataan pada perbicaraan berhubung isu Scorpene.
Sebelum ini, Wan Muhammad Azri turut mencabar Rafizi untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pandan sekaligus berani berdepan dengannya.

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online

thumbnail
PMR pun sudah kan untuk adik-adik. Maka bermulalah kisah mencari tempat belajar yang best untuk masa depan, jangan silap pilih sebab ini akan menentukan masa depan kebanyakkan pelajar. Lepas PMR nak belajar mana? Ada yang terror masuk SBP dan Kolej Mara, serta yang malas sekolah skit ( hohoho) boleh gak masuk ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. Kat sini best gak ooo... banyak belajar teknikal, takde le teori jer kan. Lagi satu, adik-adik kena perkuatkan bahasa english sebab makin tinggi belajar, makin banyak guna bahasa english nih. Ini untuk bagi keyakinan lebih skit dalam kelas.


Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online.


Bagi pelajar atau calon yang telah mengemukakan permohonan untuk ke tingkatan empat (4) sekolah teknik dan vokasional bagi sesi 2014, semakan keputusan kemasukan boleh diketahui mulai 13  Januari 2014.

sekolah-teknik-2014

Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Terkini: Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 boleh disemak mulai 13 Januari 2014. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online


Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2014/

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  2014 secara online

Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.


Secara jujurnya...

Kalau dah masuk kolej vokasional atau sekolah teknik, suasana dah lain. Jauh dari rumah, kawan-kawan baru. Dan salah satu cara nak menonjol di tempat baru dengan terror bahasa english. Korang boleh cuba buku belajar grammar english dalam bahasa melayu!

Iran haram sembang sosial bukan mahram

thumbnail
Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.Fatwa itu disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat, adalah haram. Mereka mahu Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakandan menyediakan garis panduan mengenai perbuatan ini bagi mencegah penularan pelbagai kegiatan bertentangan Islam yang turut dikesan menjadi faktor keruntuhan institusi perkahwinan umat Islam. 


Langgar hukum Islam


Abdul Rahman berkata, masyarakat hari ini berpandangan pergaulan bukan muhrim di media sosial tanpa batasan tidak melanggar hukum Islam kerana ia tidak membabitkan pertemuan secara fizikal.

Namun, katanya, pergaulan tanpa tujuan dan asas yang kukuh sehingga mendorong kepada perlakuan maksiat atau gejala bertentangan Islam juga dilarang dalam Islam walaupun di media sosial.


Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab. 
Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan. Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu, katanya ketika dihubungi BH, semalam bagi mengulas fatwa terbaru Khamenei itu.

Hassan pula berkata, wujud keperluan untuk melarang perbualan bukan muhrim terutama menerusi media sosial jika isi kandungannya berbaur maksiat.

Malah, katanya, perbualan yang bertujuan untuk menyebarkan dakyah dan perkara yang bercanggah dengan Islam juga wajar diberi perhatian supaya mengekang penularan ajaran sesat yang dilihat semakin berleluasa.

Haram bibit maksiat


Kalau perbualan antara lelaki dan perempuan bukan mahram itu ada bibit-bibit maksiat memang wajib difatwakan haram. Tetapi jika ia sekadar untuk bertukar pendapat dan ke arah kebaikan, tiada masalah.

Sebaiknya, fatwa untuk melarang gejala maksiat dan bertentangan dengan Islam seperti ini dilaksana dengan terperinci supaya masyarakat tidak keliru dan boleh mempraktikkannya, sejajar dengan seruan Allah supaya menentang kemungkaran, katanya.

Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji keperluan untuk mewartakan fatwa supaya melarang perbualan berbaur maksiat.

Ganja Obamacare

thumbnail
Pasukan polis negeri Massachusetts menyatakan, pihaknya telah menahan sebuah kereta mengandungi 1,250 bungkusan ganja yang tertera perkataan Obamacare dan nama Kurt Cobain.Susulan penemuan tersebut, polis turut menahan empat individu yang berada di dalam kereta berkenaan.Polis berkata, pihaknya sedang mengadakan sekatan jalan raya di Northampton apabila beberapa anggota polis melihat sebuah kereta cuba memecut laju.

Ganja Obamacare

Kasut sekolah rm5 jer!

thumbnail
Jualan kasut sekolah murah dengan tawaran harga serendah RM5 sepasang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Konvensyen Pameran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Jalan Duta di sini.
Tawaran sempena musim kembali ke sekolah itu dibuat oleh pasar raya The Store yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 22 Disember ini.
Kasut sekolah rm5 je

Eksekutif Jualan The Store, Nurul Adriana Sim Abdullah berkata, sejak dibuka kelmarin, bahagian produk sekolah menjadi tumpuan orang ramai kerana terpesona dengan harga murah yang ditawarkan - kosmo



Cara senang bantu mangsa banjir serendah rm1 je

thumbnail
Dah bulan Disember dan memang biasabya akan banjir samada kuat ke tidak jer. Tapi kali ni lain macam skit aku rasa terutaman kat Pahang. Bermacam-macam gambar dah tengok kat internet dan bermacam-macam pendapat dan cadangan di luahkan oleh ramai pihak sama ada pemerhati sahaja atau pun pihak berwajib.

Setakat ni aku pun melihat jer kisah-kisah banjir nih, belum buat apa-apa yang boleh membantu mereka dan aku rasa ramai gak orang cam aku nih, tengok jer sambil kata " kesiannya ". Ada yang pampers tak cukup, makan kat cukup, tilam memang tak bleh guna le basah bang oooo... walaupun musim banjir sejuk tapi produktiviti keluarga menurun sebab tilam basah.

Cara senang derma untuk mangsa banjir


Detik cemas pelatih komando hilang

thumbnail
Kreativiti dan pengalaman mampu mengubah keadaan malah menyelamatkan nyawa.Inilah yang berlaku ke atas dua jurulatih dan 11 pelatih komando apabila memanfaatkan minyak senjata sebagai bahan api untuk menghidupkan enjin Yamaha 60 kuasa kuda sehingga sampai ke Pantai Puteri, Klebang pada pukul 12.50 tengah malam tadi.Dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa peralatan bagi menentukan arah selepas lebih 24 jam bertarung nyawa apabila bot terbalik ketika menjalani latihan malam kelmarin akibat dipukul ribut di perairan Selat Melaka dekat Pulau Upih, mereka menunggu kapal kargo melintas sebagai pedoman untuk ke daratan.

Penulis blog tegar kongsi pengalaman

thumbnail
Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri program Blogrrr: Blogger Most Wanted yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) pada 14 Disember ini.

Program pertama kali itu dianjurkan MYNIC Bhd (MYNIC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan tajaan MAXIS Broadband dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta akhbar Harian Metro sebagai rakan media. 

EO MYNIC berkata, tujuan utama program selama sehari itu adalah bagi menghimpunkan penulis blog tegar dari pelbagai bidang hadir berkongsi pengalaman dan pendapat sesama mereka. 

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

thumbnail
Roket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.Roket itu membawa satelit sebuah syarikat dari Luxembourg.Syarikat Space Exploration Technologies milik bilionair internet di Amerika Syarikat, Elon Musk.Ia juga merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh syarikat itu.Roket tersebut berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada pukul 5.41 petang waktu tempatan.
Sebelum ini dua percubaan untuk melancarkan roket tersebut mengalami kegagalan ekoran masalah teknikal.

Jiran curi pakaian dalam gadis

thumbnail
Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di Kajang, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri. Amboi jahat nya jiran dia.
Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

CCTV

Belanda mula bimbang rokok elektronik

thumbnail
Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik.Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda.Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik.Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak.

Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?


Kisah pelajar UMP bergambar intim dengan bekas bf

thumbnail

Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya. Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.Selain pernah di ugut bunuh, pelajar tu jugak  mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu. 



Pernah diberi kaunseling 


Gemuknya... susah nak travel

thumbnail
Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England. Macam tu lah kesusahan kalau berat badan berlebihan, kena berusaha turunkan berat badan segera dengan produk yang membantu kurangkan masalah berat badan dalam masa 25 hari sahaja!
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Kisahnya...


80 tonton rancangan TV Korea Selatan dihukum mati

thumbnail
Korea Utara secara terbuka menghukum mati 80 penduduknya awal bulan ini, kebanyakannya kerana menonton rancangan televisyen Korea Selatan yang diseludup, lapor akhbar Korea Selatan semalam. Akhbar JoongAng Ilbo merujuk sumber tunggal yang tidak dikenali, tetapi sekurang-kurangnya satu kumpulan Korea Utara yang berpaling tadah berkata ia mendengar khabar angin yang boleh dipercayai. Sumber, yang dikatakan biasa dengan unit hal ehwal dalaman Korea Utara dan baru-baru ini kembali daripada negara itu, berkata hukuman dijalankan di tujuh bandar raya pada 3 November lalu. 


“Di Wonsan, yang terletak di timur, pihak berkuasa mengumpulkan 10,000 orang di sebuah stadium untuk menyaksikan hukuman tembak sampai mati ke atas lapan orang,” kata sumber memetik saksi sebagai berkata. 



Zon ekonomi khas 


RM35 000 duit korban ke Palestin di rompak!

thumbnail
Tiga lelaki bersenjata menyamun wang kira-kira RM35,000 milik syarikat penceramah bebas, yang dipercayai mahu digunakan untuk ibadat korban di Palestin sempena Aidiladha 15 Oktober ini, semalam. 
Malah, tiga penjenayah terbabit yang masing-masing bersenjatakan parang dan kapak, turut melarikan seorang pekerja syarikat yang membawa beg berisi wang sejauh hampir 25 kilometer dari lokasi kejadian di parkir pusat beli-belah di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di Damansara Damai, Petaling Jaya. 


Google lancar laman arkib Perlembagaan

thumbnail
Gergasi internet Google melancarkan arkib Perlembagaan dunia kelmarin dalam satu inisiatif baru online direka untuk membantu negara yang pernah berdepan konflik atau krisis politik. Laman baru itu www.constituteproject.org dilancarkan di ibu kota ini, manakala pegawai Google berkata, sasarannya ialah membantu penduduk sesebuah negara merangka Perlembagaan untuk melihat apa yang dilakukan negara lain pada masa lalu.
“Kami menggunakan dokumen Perlembagaan dan mahu menyusunnya secara online dan dilayari secara online pada peringkat universal dan berguna untuk semua kerajaan berbeza yang melalui satu proses Perlembagaan,” kata pengarah Google Ideas, Jared Cohen.

Kadar minimum saman AES RM150

thumbnail
PUTRAJAYA - Kadar minimum saman Sistem Penguatkuasaan mAutomatik (AES) dicadangkan RM150 dan cadangan itu akan dibawa ke kabinet untuk kelulusan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun katanya, kadar maksimum RM300 akan dikenakan sekiranya pesalah membayar lewat dan juga bergantung kepada kesalahan tahap had laju (dirakam AES).



Laman web ajar buat senjata

thumbnail
Belajar buat senjara secara online je? Wow macam-macam sekarang ni, penjahat pun pandai gak cari info-info macam nih. Terbaru laman web yang menyediakan info cara buat senjata dan boleh di cetak terus ke pencetak 3D. Maknaya gambar-gambar spare part senjata ni akan di print dalam bentuk 3D dan di sambung jadi senjata. Ada gak pencetak cam ni ya. Tapi materialnya plastik je ler bkan nya besi, tapi masih boleh membahayakan.


Kereta unik di hias dengan besi tempa

thumbnail
Bermacam-macam cara nak promosi secara unik. Berita ni dari kosmo dan berlaku di Kemboja di mana sebuha syarikat guna besi tempa untuk hias sebuah kereta ( gambar ) sebagai promosi produk mereka. Kita sebagai blogger kena ada idea kreatif jugak untuk promosi produk dan buat duit dari affiliatte supaya nampaknya hasilnya. Kalau dah buat satu-satu promosi dan takde hasilnya, cuba ubah gaya promosi tersebut dan monitor keberkesanannya. Jom layan berita dari Kemboja nih.
 
Kereta di hias dengan besi tempa ( kredit kosmo )

Surau kontroversi diroboh

thumbnail
KOTA TINGGI – Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam.Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.