Buat blog guna New Johny Wuss Responsif Free Template

thumbnail
Ok, akhirnya siap gak salah satu lagi blog aku dengan menggunaka template percuma dari maskolis iaitu New Johny Wuss template. Template blogspot ni dah lama aku simpan dan beberapa kali guna untuk blog lain tetapi akhirnya bertukar-tukar template beberapa kali hinggalah hanya satu blog baru ni je menggunakan template new johny wuss responsif ni.

Template ni aku guna kat blog tentang unit trust yang mengandungi pelbagai info tentang unit trust di Malaysia di samping untuk mempromosikan ebook unit trust dari klikjer.com. Blogger Indon kata template ni power SEO, nak tengok sikit SEO nya pegi sejauh mana kan. Harap-harap boleh rank kat google tapi tak boleh nak harapkkan setting dalam template sahaja. Entri pun kena ada juga lah kan. Berbekalkan sedikit pengalaman aku dalam unit trust, rasanya boleh nak update blog unit trust tuh nanti.

Blog tu nama whatisunittrust

Kalau minta, korang pergi le masuk kat blog tuh, info dalam tu aku akan tambah dari semasa ke semasa mengikut mood aku dan juga kerajinan aku nak buat ulasan tentang unit amanah ni.

template mesra seo


Ilmu tentang edit template blogspot memang berguna jika korang nak edit-edit blog sendiri dan korang boleg jimat duit juga. Ambil template percuma online dan edit ikut kehendak sendiri. Paling kurang pun, korang hanya perlu edit sahaja sikit-sikit. Tak perlu nak start dari zero.

Nak edit template tak susah sebenarnya. Biasanya kalau dah ada template, yang kena edit hanyalah link facebook page, google plus, twitter dan juga ubah link-link asal ke link korang sendiri tetapi jangan la ubah kredit link kat bawah tuh. Berterima kasih kepada mereka yang buat template tuh kan.

Template New Johny Wuss ni dah ada banyak jenis versi sekarang ni. Aku suka V2 sebab template tu nampak macam " ikhlas ". Wow pebenda ikhlas ni kan?

Template, template juga tapi yang penting kandungan blog tersebut.

Template Blogspot Percuma Oleh Catataninfo

thumbnail
Template blogspot percuma. Mesti ramai yang tercari-cari, template mana nak guna untuk blog kan. Terdapat banyak jenis template kat internet, ada yang free dan ada yang berbayar. Ikut bajer korang la nak mana satu kan. Yang percuma pun ok juga, saya tengok ramai gak yang guna template blogspot percuma ni dan dapat rank bagus-bagus kat google.

Saya nak bincang-bincang sikit mengenai template blogspot percuma sahaja kali ni. Biasa kalau kita kita search kat google, terdapat banyak website yang menyediakan template percuma ni:

mybloggerthemes
btemplates
seobloggertemplates
soratemplates
gooyaabitemplates


Korang pilih je mana yang sesuai, download dan upload untuk blog  korang. Cuma kalau tak biasa untuk edit template, sukar sikit la walaupun tutorial untuk edit template biasanya di sertakan sekali dengan template percuma.