Iklan Pop Up - Cara senang pasang kat blog

thumbnail
Iklan pop up. Mesti korang kalau masuk mana-mana blog, pernah jumpa iklan pop up kan. ala iklan yang tetiba keluar kat skrin tuh. Itulah di nama kan iklan pop up. Entry kali ni saya nak ulas skit cara senang buat iklan pop up serta keburukkan iklan pop up nih.

Iklan pop up ni sesuai juga untuk letak pelbagai jenis kod iklan seperti nuffnang, 8 share dan seangkatan dengannya. Tetapi bagi adsense, awas iklan pop up menyalahi peraturan adsense dan akaun emas adsense korang mungkin kena ban.

Cara senang buat iklan pop up


kalau kita cari kat google, terdapat banyak blogger yang dah tulis cara senang buat iklan pop up ni, Jadi saya tak akan tulis sekali lagih la, saya bagi link je ler:

*cara senang buat iklan pop up gaya hasrulhassan.com

Korang boleh rujuk kat situh untuk cara pasang iklan pop up nih.

Saya pernah juga pasang iklan adsense kat pop up, tapi, akhirnya dapat di kesan oleh google dan di berikan amaran supaya di buang iklan pop up adsense tersebur - akur ler.

cara pasang iklan pop up
Gambar hiasan cara senang pasang iklan pop up

Iklan pop up ni, korang boleh letak timer, boleh letak butang tutup atau pun hilangkan butang tutup ( kejam sikit nih ). Boleh ubah ke lokasi yang korang nak. Boleh juga ubah suai saiz kotak iklan pop up tersebut.

Keburukan iklan pop up


Saya lebih suka tulis pasal keburukkan iklan pop up nih. Bagi saya le ni ya, kalau ada satu iklan pop up kat blog tuh, boleh lah di terima, Itupun yang penting jer ler seperti facebook page ke, pengumuman ker, subscribe newsletter ke, boleh lah terima kan sebagai tanda sokongan kita kepada blogger berkenaan.

Tapi kalau banyak dan juga kandungannya iklan semata-mata, saya tak suka dan akan keluar dari blog tersebut. Saya rasa tak sesuai untuk letak iklan-iklan selain daripada pengumuman penting sahaja.

Kalau korang nak kumpul pengalaman mengguna iklan pop up nih, sila lah ikuti link saya bagi tuh - cara senang buat iklan pop up.

Semoga bermanfaat kepada semua dan pandai-pandai lah korang guna iklan pop up nih kat blog.