Buat duit online tanpa modal 2015

thumbnail
Oh sangat bestnya buat duit dengan Lazada. Sambil-sambil cuti tahun baru 2015 pun ade sale jugak - menakjubkan. Baik le korang try jugak. Free je pun kalau nak buat duit dengan affiliate lazada nih. Daftar jer percuma dengan Lazada, dan terus boleh guna sistem affiliate yang di sediakan.

Nak daftar dengan affiliate Lazada 2015 ni sangat senang lah. terbaik. Saya cadangkan korang cuba lah buat duit dengan jual produk-produk Lazada nih.

Saya pun tak sangka-sangka gak dengan sistem lazada nih. Buat duit online tanpa modal orang kata, cam ni le kot. Baru saya merasa sekarang nih, memang ada caranya nak buat duit online tanpa modal, saya dah merasainya.

Tetapi incomenya takde le banyak. Mungkin ada yang dapat banyak tetapi saya masih lagi belajar dan belajar. Harap-harap boleh terus maju dalam benda-benda macam nih. Ini bukan lagi rahsia buat duit dari rumah sebab dah banyak saya bagi tip untuk dapat duit secara online nih.

Buat duit online 2015



Terdapat banyak cara buat duit online ni dan saya dan kongsi lagi  kat sini tentang Lazada - cara mudah buat duit dengan affiliate Lazada.

Memang mudah sangat mudah saya gerenti kalau korang baca tip - tip macam mana nak buat duit dengan Lazada yang telah saya kongsikan. Saya jamin ( beraninya saya ni ) korang pasti akan dapat sale yang pertama korang daripada buat duit  mudah dengan Lazada nih.

jana pendapatan online
01.01.2015 dapat 4 sale dari affiliate Lazada.


Kenapa saya jamin? Sebab saya jumpa main try and error je mula-mula tuh tak sangka pulak sale boleh masuk ( banyak juga ler, lebih dari satu sale ho2 ) sekali buat promosi.

Takkan saya nak taip lagih sekali. Rasanya semua tip saya dah konsikan dalam entri yang lepas-lepas tentang jana pendapatan online dengan Lazada nih.

Baca sahaja tanpa tindakan, tak akan jadi apa-apa abang dan kakak oii...

Laporan Buat Duit Dengan Lazada
Nama:
Email:
Sila semak email dan sahkan email anda - terima kasih


Cer cari sikit tip saya tentang Lazada, kalau tak jumpa bagitahu. Antara-antara banyak-banyak tuh, satu tip yang saya selalu dapat sale. Ini bukan rahsia buat duit dari rumah lagi, ini adalah cara yang sebenarnya dan cara mudah untuk buat duit.

Komisen Lazada Year End Sale 2014

thumbnail
Komisen Lazada. Komisen Lazada datang lagi. Hujung-hujung tahun nih dan musim-musim banjir ni elok sangat lah kalau dapat komisen affiliate ni.

Walaupun tak berapa banyak, lepas tuh saya nak beli nasi lemak teh o tuh. Rasanya ramai lagi yang belum pernah dapat komisen dari lazada nih... erm.

Saya tengah mereka-reka satu laporan yang lebih tersusun untuk mereka yang minat nak berhajat nak  cuba buat duit dari affiliate lazada nih, yang serius sahaja le sebab kalau yang tak serius dan tak minat, mereka ni golongan yang cepat boring.

Itu yang saya rasa sebab saya pun cam tu gak, tambah-tambah kalau pelbagai usaha dah di buat tetapi pendapatan online tak dapat-dapat kan.

Cara ambil link produk affiliate lazada + sales 12.12 online revolution

thumbnail
Kupon promosi lazada 12.12.2014. Hari ni Lazada memulakan sale hujung tahun dengan promosi dan harga yang boleh di beli. Susah dah nak dapat harga macam ni kat Lazada lain kali terutama awal pagi tadi di mana yang saya ingat, min belian rm500 dapat diskaun rm100. Banyak tu kan, saya pun teruja.

Kupon / Vouchers Lazada telah di berikan di portal Lazada yang boleh di gunakan selama sehari sahaja iaitu pada 12.12 Lazada OnlineRevolution. Kupon / Vouchers Lazada boleh di gunakan untuk apa-apa sahaja produk tetapi jangan lupa untuk memasukkan kod Kupon / Vouchers Lazada semasa proses belian kat Lazada.

Masa Lazada Online Revolution biasanya stock cepat habis, jadi jika ada produk dengan harga yang mampu milik tuh, saya cadangkan order segera. Kalau guna kredit kad Masterkad lagi banyak penjimatan.

Komisen affiliate ashadee dan rahsia saya di bongkar

thumbnail
Komisen affiliate ashadee November 2014. Pergh makin best pulak saya rasa main buat duit dengan affiliate Malaysia nih. Mana taknyer, duit dari affiliate nih lagi masyuk daripada main program pay per klik seperti nuffnang, adsense dan seangkatan dengannya - kalau kena caranya lah.

Kalau tak kena caranya nak buat duit dengan affiliate nih, mana takde le hasilnya walaupun dah lama berblogging, iya ke idak.

Saya bukan nak riak tetapi saya nak bagi motivasi kepada sahabat-sahabat blogger bahawa korang pun boleh gak dapat komisen daripada affiliate seperti ashadee nih kalau korang guna cara yang betul.

Saya dulu pun, tak dapat apa-apa gak daripada affilite nih, pelik gak camne orang boleh buat sale affiliate kan dan bila lama-lama main dengan affiliate nih, dah banyak experimen buat, baru lah tahu sikit-sikit macama mana caranya nak dapat komisen affilite.

Komisen affiliate ashade baru masuk


Ok, komisen bukan baru masuk, tengah proses jer. Saya pun memang tak sabar bab-bab dapat duit ni kan. Cepat masuk cepat habis tetapi paling best kalau boleh simpan duit online nih, asingkan nanti nampak peningkatan jumlahnya dan belilah sesuatu untuk diri sendiri.

komisen affiliate ashadee
Bila le nak dapat banyak nih?
Ok le dah nak dapat duit kan, mesti korang nak tahu kan camne saya buat untuk promote affiliate nih.
Kali ni saya bagitahu secara kasar jer le dulu sebab kalau nak tulis penuh atau detail panjang dah jadi macam satu tutorial lengkap pula.

  • buat review - saya log in ashadee dan cari produk yang banyak sale dan buat review. Tulis review sambil masukkan keyword dalam review tersebut. Bukan bukan satu review, satu produk mungkin 5 review dan ada main review di mana semua review untuk produk yang sama saya linkkan di main review nih.
  • guna google keywordplanner - saya guna tool ni untuk cari keyword yang berkaitan dan saya simpan dalam satu fail berasingan untuk rujukan kedian hari. Lain kali boleh guna lagi, takde le setiap kali nak buat review nak kena cari keyword kan.
  • labels blogspot - sebab saya guna template blogspot, saya juga masukkan keyword tadi di dalam bahagian labels masa tulis review kat blogspot. Tapi keyword yang boleh masukka terhad sahaja.
  • Permalink dan serach description - yang ni pun saya isi jugak ler, jangan main tinggal kosong je atau guna yang auto sahaja. Permalink edit supaya ada keyword. Search description tuh jangan tinggal kosong, masukkan keyword. Korang orang tahu apa yang ada dalam template korang. Cam susah je kan, nanti saya tulis entri lain pasal template nih.
  • Guna teknik oleh owner ashadee - teknik ni memang berkesan, korang tontonlah video yang di sediakan oleh owner ashadee nih, mesti korang teruja untuk cara promosi affiliate terkini ni.Percuma sahaja.
  • Guna teknik kitab SEO - yang ni berbayar. Kalau korang serius nak dapat duit dari affialite, korang boleh cuba cara mantap dan berbayar nih hasil pengalaman otai affiliate. Saya tak nak kongsi detail pasal nih untuk menghormati pemilik ebook nih.

Itu je kot yang saya buat, korang cuba tengok menjadi ke tidak. Kalau menjadi jangan lupa lanjer ye ( no phone ada kat sidebar tuh dan cer like page saya untuk dapat info best yang lain ).