Cara mudah dan di jamin page 1 google

thumbnail
Pemasaran affiliate. Memang menjadi cita-cita sesiapa yang menulis blog hendaknya entrinya berada di page 1 di enjin carian seperti google. Biasanya user hanya melihat page 1 sahaja, jarang yang akan buka page 2 atau 3 dari enjin carian.

Tetapi bukan senang nak ada kat page 1 enjin carian ni. Terutamanya kalau nak kena lawan dengan blog atau site yang dah terkenal di tambah lagi yang memang pakar bab-bab seo nih, jadi ramai yang kecundang dan tidak dapat menghasilkan jualan atau sebaginya.

Menyedari keadaan ni, google telah mengeluarkan satu produk yang memastikan entri anda berada di page 1 google malah berada di bahagian atas atau sidebar keputusan enjin carian – pasti dan tak tipu. Takkan google nak tipu pulak kan. Produk ini di namakan google adwords.

Cara mudah dapat page 1 google


Cara mudah nak dapat page 1 google memang ada dan di jamin tetapi ada syaratnya. Kaedahnya sangat simple :

cara setting adwords
Atas dan sidebar tu yang guna adwords

  • Anda ke melanggan google adwords daripada google, buka akau google adwords
  • Sediakan kata kunci atau keywords yang anda hendak gunakan.
  • Setiap kata kunci mempunyai nilai yang berbeza, sebagai contoh satu klik 50 sen. Nilai ni anda boleh semak dalam akaun adwords
  • Anda hanya bayar kepada google jika link anda di klik oleh user yang kebanyakkan kumpulan sasar keyword anda
  • Anda kena buat setting supaya ayat macam mana yang akan keluar pada google adwords supaya dapat menarik klik daripada kumpulan sasar. Yang ni anda kena belajar daripada otai adwords – cara memaksimunkan google adwords untuk jana pendapatan.


Kelebihan adwords

Banyak, antaranya ialah:

  • Anda bayar hanya jika ada klik dari user
  • Anda boleh dapat kumpulan sasaran sebab kebanyakkan klik hanya daripada kumpulan sasaran anda berdasarkan keyword yang anda gunakan. Contoh keyword penguasa kastam – hanya user yang mencari info mengenai panguasa kastam akan klik link anda.
  • Produk ni adalah daripada google, jadi anda memang boleh mempercayainya.
  • Anda boleh set bila nak aktifkan adwords. Cara ni amat sesuai untuk memasarkan produk bermusim
  • Anda di jamin akan berada di page 1 google – jamin ini yang penting.
  • Cara setting yang user friendly


Jadi, jom lah kita sama-sama cuba adwords nih yang telah terbukti berkesan dalam pemasaran internet selain seo. Anda tak perlu terror seo untuk dapat page 1 tetapi kena keluarkan sedikit modal untuk memastikan link anda berada di page 1 google.