Komisen affiliate dari produk baru pulak

thumbnail
Buat duit dengan affiliate. Ramai dah tahu tentang affiliate di mana kita daftar percuma untuk  join affiliate nih dan kita akan promosikan produk yang di sediakan dalam sistem affiliate tersebut. Setiap produk, kita akan di berikan satu link unik khas untuk kita sahaja supaya sistem affiliate boleh kenal, jika ada sale melalui link tersebut, itu kita punya. Itulah affiliate.

Ramai bercakap tentang buat duit dengan affiliate tetapi tak ramai yang berjaya melakukannya, ada yang dapat komisen sekali sekala dan ada yang berterusan dan konsistan. Saya pun susah juga nak dapatkan duit melalui affiliate nih.

Memang kena ada cara dan teknik yang betul dan jika korang melakukan percubaan secara berterusan, saya pasti akan ada sale dan komisen daripada affiliate nih cuma masa sahaja yang menentukan.

Jika korang nak short cut, korang ambil pengalaman dan apa teknik-teknik yang telah di lalui oleh mereka yang lebih berpengalaman di dalam mempromosikan affiliate nih.

Komisen produk baru dari ashadee


Bulan ni merupakan bulan yang makmur juga bagi saya dalam membuat duit secara online ni sebab saya berjaya buat duit dengan affiliate lazada dan juga peningkatan komisen dalam affiliate ashadee.