saya nak share mengenai salah satu kaedah pelaburan yang mudah untuk
diaplikasi oleh para pelabur. Actually dah lama nak share this topic, but
baru today ada rezeki untuk buat posting ni. Alhamdulillah..
Sebenarnya unit trust investment is very easy kalau kita boleh predict bila
masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, ramai yang
telah gagal untuk meramal masa yang sesuai untuk melabur dan mengalami
kerugian besar kerana meramal pasaran saham adalah mustahil.
"Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak
berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham."
Cara betul melabur dalam unit trust.
-Mr. Benjamin Graham, pengarang "The Intelligent Investor-
Ini adalah kerana pasaran saham memang tidak menentu dan tidak mungkin
untuk diramalkan atas faktor-faktor domestik dan asing, yang mempengaruhi
turun naik harga saham harian dan mingguan.
" Don't try to time the market. It's very very difficult to do. There may
be a couple of people in the world who can do it, but if there are, they're
not telling you"
-Mr. Ben Bernanke, Chairman of the United States Federal Reserve-
Everyone knows that it's almost impossible to time the market but we can
adopt a strategy untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa
berlaku ini. Salah satu strategi ialah dengan menggunakan kaedah
pemurataan kos ringgit or better known as Dollar-Cost-Averaging (DCA)
Principle.
DCA adalah satu strategi pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan
pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian
tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan unit
amanah pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan),
tanpa menghiraukan kitaran pasaran. Justeru, para pelabur tidak perlu
bimbang mengenai market timing dan membolehkan pelabur tetap fokus pada
matlamat pelaburan jangka panjang.
Sebagai contoh, pelabur boleh menyimpan dan melabur RM500 hingga RM1,000
daripada gaji mereka kepada dana unit amanah ataupun pelabur boleh membuat
pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan
kekerapan pelaburan bergantung kepada sumber kewangan dan matlamat masa
depan pelabur. Dengan melabur secara berkala, iaitu satu jumlah yang tetap
pada tempoh waktu tetap, para pelabur boleh membeli lebih unit apabila
pasaran lebih rendah dan kurang unit ketika pasaran menaik. Strategi ini
akan menghasilkan kos purata pelaburan yang lebih rendah daripada purata
harga pasaran pada tempoh tertentu.
Mari kita lihat ilustrasi di bawah untuk melihat manfaat DCA melalui
pelaburan unit amanah yang dibuat secara berkala.
(Embedded image moved to file: pic27594.gif)
Let say Encik Azmi sebagai pelabur memutuskan untuk melabur dalam satu dana
unit amanah dengan simpanan bulanan sebanyak RM400 sepanjang tempoh 24
bulan.
Merujuk kepada Jadual di atas, Encik Azmi dapat mengumpul more units ketika
Nilai Asset Bersih (NAB) seunit rendah dan less units apabila NAB tinggi
dengan simpanan sebanyak RM400 sebulan. Dalam 12 bulan pertama semasa
pasaran menaik (Jadual 1), Encik Azmi mengumpul sebanyak 8,026.47 unit
dengan purata kos sebanyak RM0.5980 seunit, iaitu kos yang lebih rendah
daripada purata NAB seunit sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.6008.
Dalam 12 bulan kedua (Jadual 2) pula semasa pasaran menaik, Encik Azmi
mengumpul sebanyak 9,270.36 unit dengan purata kos sebanyak RM0.5178
seunit, iaitu kos yang lebih rendah daripada purata NAB seunit sepanjang
tempoh tersebut iaitu RM0.5183.
Having said all that, may be saya boleh summarizekan kenapa saya
menggalakkan my clients to adopt this strategy.
Mudah dan konsisten
Para pelabur boleh melabur menggunakan Direct Debit Instruction (DDI) atau
Standing Instruction (SI) melalui bank dimana satu jumlah tetap akan
dipindahkan daripada akaun simpanan atau akaun di mana wang gaji
dikreditkan setiap bulan ke akaun dana pelaburan. Kaedah ini juga
memastikan pelabur melabur secara konsisten dalam suatu tempoh masa. Ini
adalah salah satu cara yang baik untuk menyemai sifat menabung yang
berterusan, justeru membina kekayaan.
Pertumbuhan Portfolio
Portfolio pelabur akan terus tumbuh dengan mantap kerana penentuan waktu
pasaran tidak terlibat.
Matlamat Pelaburan Jangka Panjang
Para pelabur unit amanah harus selalu memfokuskan untuk mencapai matlamat
pelaburan jangka masa sederhana hingga panjang mereka. Amalan pemurataan
kos ringgit adalah cara yang berkesan untuk membantu pelabur meneruskan
pelaburan di sepanjang pasaran menaik dan menurun dan tetap fokus pada
matlamat pelaburan jangka masa panjang. Ini dapat mengurangkan kebimbangan
terhadap ketaktentuan pasaran, seterusnya mengelakkan mereka dari bertindak
melulu terhadap pergerakan jangka pendek pasaran saham. Pendekatan yang
berdisiplin dan pelaburan sistematik adalah kunci kejayaan pelaburan jangka
panjang.
Jumlah Berpatutan
Para pelabur boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1,000 dan pelaburan
tambahan minimum serendah RM100 dengan pilihan untuk membuat caruman lagi
melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank pelabur.
"Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang
apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung."
- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.
Pelaburan unit amanah adalah salah satu cara untuk membina kekayaan.
However, to achieve that one must remember that pelaburan unit amanah
adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran
pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda
sanggup untuk melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat
kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka DCA boleh menjadi
cara yang sangat efektif untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.
So, why wait? Contact me for more info, saya bersedia untuk membantu anda
0 Komen:
Catat Ulasan