Home » » Kemas kini blog melalui telefon pintar

Kemas kini blog melalui telefon pintar

BAGI seorang blogger, idea sememangnya sangat penting untuk mendapatkan bahan yang menarik untuk ditulis dalam blog.

Jangan benarkan idea yang menarik itu terlepas begitu sahaja tanpa dikongsi bersama pembaca dan pengikut setia di blog kamu.
Aplikasi yang ditampilkan oleh .com minggu ini mungkin dapat membantu kamu dalam menyelesaikan masalah itu agar kamu dapat mengemas kini blog di mana sahaja.
Cukup dengan hanya menggunakan telefon, kamu boleh mengemas kini blog melalui perisian Blogger oleh Google Inc. yang terdapat di dalam telefon pintar Android dan juga iPhone.
Caranya sangat mudah, setelah memuat turun aplikasi melalui Play Store (Android) atau App Store (iPhone) kamu kini boleh mengemas kini blog di mana sahaja kamu berada.
Paparannya sangat ringkas dan mudah digunakan ditambah pula jika kamu mempunyai banyak blog dalam satu akaun kamu boleh memilih untuk mengemas kini blog yang kamu suka.
Jika kamu belum lagi mahu menyiarkan entri tersebut, kamu boleh menyimpan idea yang sudah kamu tulis dalam draf.
Jadi apa tunggu lagi blogger di luar sana, bolehlah mencuba aplikasi ini bagi memastikan semua idea dan catatan blog kamu sentiasa dikemas kini walaupun ketika dalam perjalanan jauh.


Terima kasih kerana membaca Kemas kini blog melalui telefon pintar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan