Home » » Mourinho berhasrat pulang semula ke Liga Perdana Inggeris

Mourinho berhasrat pulang semula ke Liga Perdana Inggeris

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho berkata, beliau mahu kembali ke kelab Liga Perdana Inggeris selepas kehidupan beliau di ibu negara Sepanyol sampai ke penghujungnya.

"Saya hanya mengatakan secara terbuka bahawa banyak sebab selepas Real Madrid, Sepanyol, Inter, Itali, Chelsea, England, Porto, Portugal, dan selepas projek ini, langkah seterusnya akan kembali semula ke England, namun saya tidak pasti bila," kata Mourinho, yang melatih Chelsea dari 2004 hingga 2007 sebelum berpindah ke Inter Milan.
Jurulatih Portugal ketika bercakap dalam satu temu bual bersama CNN bagaimanapun menyembunyikan mengenai kelab pilihannya, di tengah-tengah spekulasi bahawa beliau menjadi antara pilihan terbaik untuk membantu Sir Alex Ferguson di Manchester United.

"Saya memanggilnya bos kerana dia adalah bos jurulatih dan saya berharap bahawa apabila saya kembali ke kancah bola sepak Inggeris dia masih menguruskan Manchester United," kata Mourinho. - AFP


Terima kasih kerana membaca Mourinho berhasrat pulang semula ke Liga Perdana Inggeris. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan