Home » » Honda Jazz hibrid CKD RM89,900

Honda Jazz hibrid CKD RM89,900

HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) menyasarkan menjual model Jazz Hibrid bagi pemasangan tempatan (CKD), 4,800 unit tahun hadapan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, pihaknya berbesar hati memperkenalkan Honda Jazz Hibrid CKD pertama di negara ini, sekali gus bantu mengekalkan kedudukan Honda Malaysia sebagai peneraju pasaran segmen hibrid dalam negara.

"Menerusi rangkaian kenderaan hibrid Honda di Malaysia, 69 peratus kenderaan Hibrid di jalan raya adalah jenama Honda. Kami juga telah jual 12,194 unit kereta hibrid sehingga akhir Oktober lalu," katanya selepas pelancaran kenderaan hibrid CKD pertama negara, di Melaka, semalam.

Jazz Hibrid CKD dilengkapi enjin 1.3 liter i-VTEC dan sistem hibrid Integrated Motor Assist (IMA) bersama ciri-ciri keselamatan dua beg udara bahagian hadapan, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem brek anti kunci (ABS) dan alat pengesan ketika mengundur empat penjuru.

Model itu juga didatangkan dengan lima pilihan warna berserta jaminan tiga tahun, dan ditawarkan pada harga atas jalan RM89,900 (termasuk insurans).

Sementara itu, Honda Malaysia dalam proses merealisasikan pembukaan barisan pengeluaran kedua membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM350 juta yang beroperasi tahun depan.

Barisan kedua itu berupaya menghasilkan 100,000 unit kenderaan bagi menampung permintaan pasaran tempatan.


Terima kasih kerana membaca Honda Jazz hibrid CKD RM89,900 . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan