Home » » 'Asra tuduh Shukor'

'Asra tuduh Shukor'

Insiden pergaduhan pemain Selangor dan Tentera sejurus berakhir aksi pusingan pertama Piala FA Jumaat lalu. (Gambar ihsan Hazrin Zaidun) Kapten Selangor pertahan Afiq bukan punca insiden pergaduhan

Kelana Jaya: Kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar menegaskan insiden pergaduhan membabitkan rakan sepasukannya dengan pemain Tentera yang meletus sejurus tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam Jumaat lalu bukan berpunca daripada Afiq Azmi.

Sebaliknya, pemain pertaInsiden pergaduhan pemain Selangor dan Tentera sejurus berakhir aksi pusingan pertama Piala FA Jumaat lalu. (Gambar ihsan Hazrin  Zaidun)hanan Red Giants itu yang kini mengikuti latihan pusat bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia pantas menuding jari kepada pemain tengah The Gladiators, Shukor Adan sebagai punca bermulanya insiden malang itu.
Walaupun mengakui tindakan Afiq melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan pasukan Tentera tidak wajar, namun Asraruddin tidak mahu kesalahan itu dituding kepada sebelah pihak saja, sebaliknya ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum kejadian itu meletus.


"Afiq tidak akan provokasi kalau tak ada benda lain yang menjadi punca dan bagi saya sesuatu yang tidak logik kalau provokasi itu berlaku tanpa sebab. Saya pertahankan Afiq sebab tindakan itu dilakukannya bersebab.

"Kalau tengok daripada rakaman video perlawanan, ketika Shukur Jusoh diarahkan keluar padang oleh pengadil, apa tindakan yang dilakukan pemain tengah Tentera itu pada Shukur?


Terima kasih kerana membaca 'Asra tuduh Shukor'. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan