Home » » Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

PELEDAK berbisa Pahang, Mohd. Hafiz Kamal berazam untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah selepas beraksi cemerlang pada aksi menentang Terengganu dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.Dia sudah tidak sanggup lagi untuk terus memanaskan bangku pemain simpanan.
 
Pemain tengah yang memiliki kepakaran membuat sepakan percuma itu berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, dia perlu berusaha keras dan beraksi secara konsisten untuk mendapat kepercayaan jurulatih, Dollah Salleh.
 
"Kualiti permainan saya bertambah baik dan dua gol yang saya hasilkan ketika bertemu Terengganu menjadi penyuntik semangat buat saya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
"Saya berazam untuk membantu Pahang mengekalkan aksi mantap pada saingan Liga Super dan Piala FA yang akan bermula esok (hari ini).
 
"Namun, saya terpaksa bersaing dengan Muhammad Amirulhadi Zainal dan Mohd. Faizol Hussin untuk merebut tempat di posisi tengah," katanya ketika dihubungi semalam.
Ujar Mohd. Hafiz, jika diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama Pahang ketika menentang Johor pada aksi pembuka tirai Piala FA malam ini, dia akan berusaha membalas kepercayaan itu dengan mempamerkan persembahan lebih cemerlang.
 
Bagaimanapun, anak jati Perak itu mengakui dia lebih mengutamakan kejayaan pasukan berbanding pencapaian dirinya."Saya tidak kisah siapa yang akan diturunkan kerana yang penting adalah semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan harus ditingkatkan. Inilah kunci kejayaan pasukan kami," katanya.
Selepas lima perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, Mohd. Hafiz hanya beraksi tiga kali pada separuh masa kedua ketika menentang Johor Darul Takzim, Felda United dan Terengganu.
Pada aksi Liga Perdana musim lalu, dia berjaya menjaringkan tujuh gol termasuk empat daripadanya pada saingan Piala Malaysia.



Terima kasih kerana membaca Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan