Home » » Jambatan Biak-Kandek di Kuala Krai siap 18 bulan, ore KL takde jem lagi masa kelik raya

Jambatan Biak-Kandek di Kuala Krai siap 18 bulan, ore KL takde jem lagi masa kelik raya

KOTA BHARU: Pembinaan Jambatan Biak-Kandek merentangi Sungai Pergau di Kuala Krai dijangka siap mengikut jadual dalam tempoh 18 bulan, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustaffa.

Beliau berkata, tiada masalah teknikal yang boleh menghalang jambatan berharga RM32 juta itu siap dalam tempoh yang dijadual.
"Tender bagi pembinaan jambatan itu dikeluarkan dan kerja pembinaannya akan dimulakan tahun ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.


Makhtar berkata, projek itu yang dilaksana di bawah program pembangunan di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah antara projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 oleh kerajaan persekutuan.

Projek itu dijangka dapat memberi faedah kepada kira-kira 600 penduduk Kampung Biak dan Kandek selain ribuan pengguna lain yang sebelum ini menggunakan bot sebagai alat perhubungan utama mereka.

Beliau berkata, kerjasama dua hala antara kerajaan persekutuan dan negeri amat diperlukan bagi merealisasikan projek pembangunan di negeri ini terutama yang membabitkan tapak kerana tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sementara itu, Makhtar berkata pelancaran program 'My Beautiful Malaysia Day' peringkat negeri di Pantai Irama, Bachok akan disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed Ahad ini.
Kira-kira 10,000 orang dari 14 kawasan Parlimen di Kelantan akan menghadiri program itu yang turut menyenaraikan gotong royong membersih kawasan masjid dan tanah perkuburan serta aktiviti lain berkonsepkan strategi lautan biru.

Program itu berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara untuk mencetus semangat sukarelawan dalam kalangan belia selaras Tahun Sukarelawan Negara.


Terima kasih kerana membaca Jambatan Biak-Kandek di Kuala Krai siap 18 bulan, ore KL takde jem lagi masa kelik raya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan