Home » » Diharap FAM akan bertindak adil dalam isu kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan.

Diharap FAM akan bertindak adil dalam isu kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan.

PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) yakin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bertindak adil dalam mengendalikan isu mengenai kritikan terbuka Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan.

Presidennya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau percaya peraturan yang dikuatkuasakan badan induk bola sepak kebangsaan itu tidak akan mengecualikan mana-mana individu yang melanggar Artikel 88 Peraturan 2010 – 2014.

"Kita yakin dengan kredibiliti Jawatankuasa Tatatertib FAM memandangkan sebarang keputusan yang dibuat jawatankuasa tersebut mencerminkan integriti badan induk bola sepak kebangsaan yang selama ini menjadi perhatian banyak pihak," katanya kepada Sinar Harian semalam.

"Saya tak nampak undang-undang yang ada sekarang boleh mengecualikan mana-mana pihak jika ada yang melakukan kesalahan. Ia diguna pakai kepada semua pihak dan kepada peminat bola sepak, mereka kena sabar dan serahkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk selesaikannya.

Takiyuddin berkata, beliau yakin Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Taufik Abd Razak akan membuat pertimbangan terbaik dalam menyelesaikan kemelut terbaharu yang melanda persatuan tersebut.

"Kita kena tahu siapa yang menerajui jawatankuasa tersebut. Mereka terdiri dalam kalangan orang yang mempunyai kelayakan tinggi sebagai seorang peguam dan tidak memegang atau mempunyai apa-apa kepentingan sama ada di FAM mahu pun di persatuan bola sepak negeri," katanya.

Menurutnya lagi, tidak ada amalan pilih kasih atau dwistandard dalam menjatuhkan hukuman dan ini dibuktikan apabila penggantungan turut dikenakan ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan terbaharu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim pada minggu lalu.

"Saya pun Ahli Exco FAM, malah Annuar dan Shahidan juga merupakan bekas menteri kabinet dan menteri besar. Tidak ada sesiapa yang 'kebal' daripada peraturan itu, kalau saya mengkritik, saya juga boleh dikenakan penggantungan.  

"Seseorang yang terlibat dalam aktiviti bola sepak sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri, mereka mesti tahu dan tertakluk kepada Artikel 88 itu," katanya.


Terima kasih kerana membaca Diharap FAM akan bertindak adil dalam isu kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan.. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan