Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.
Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.
Kereta tu masih boleh dipandu walaupun usia dah 46 tahun
Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.
Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu. - Kosmo
ade tak keje betul la orang ni..ini lah dia hidup tak ada arah tujuan..frust sgt kot selepas bercerai
BalasPadamkesian, janji boleh terus hidup, ok la
BalasPadamtak pasti sebab susah atau kekecewaan dan bawak diri ni....heee
BalasPadamtakkan frust awek kot
PadamJimat betul , tak payah nak bayar duit sewa rumah macam ini
BalasPadamMungkin dia takda pilihan lain selain tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli rumah ke?
BalasPadamkita pun kena j imat cermat gak
Padamsaya salute dengan kereta tu..tahan lama.
BalasPadam