Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya. Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.Selain pernah di ugut bunuh, pelajar tu jugak mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu.
Pernah diberi kaunseling
Sangat intim nih wehhh... |
Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu.
Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya. Penyebaran gambar pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet.
Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah.
Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum.
Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya. - BH
mcm2lah kes skang ni... takut kdg2 ! done nuffnag yer
BalasPadamyang kedua-dua mereka bersalah..tetapi yang lelaki juga harus menerima hukuman yang setimpal kerana mengaibkan keluarga si perempuan..sy lebih simpati kepada keluarga perempuan tu sebenarnya...
BalasPadamRegards,
-Strider-
semakin berani diaorang ni. yang pasti orang tua yang dapat malu...
BalasPadamWah masih pelajar kok berbuat kayak getu ya. Harus nikah dulu seharus nya ya mas :)
BalasPadamnafsu mengatasi segalanya, skrg menyesal tak guna
BalasPadamApa agaknya tujuan bekas boyfriend tu berbuat demikian? memalukan diri dan keluarganya sendiri
BalasPadamsaya doakan agar Allah s.w.t memberikan hidayah buat mereka. sesi kaunseling yang diberikan kepada mereka merupakan antara alternatif terbaik untuk menegur mereka. semoga dapat memotivasikan diri mereka untuk hidup berlandaskan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.
BalasPadamsetiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan.. seharusnya mereka segera insaf dan bertaubat di atas kesilapan yang lalu.. yang menyedihkan apabila si lelaki sanggup membuka pekung di dada sendiri..
BalasPadamapalah nak jadi dengan orang zaman sekarang ni..yang sedap aje tau.
BalasPadamAstaghfirullah, moga kita semua dijauhkan dari perkara yang amat aib ni.
BalasPadamInilah dunia akhir zaman yang Nabi Muhammad katakan.
benda-benda macam nie kesukaan ramai kerana dorongan syaitan dan nafsu..tingkatkan iman !
BalasPadambetul tu
PadamBenda-benda cam ni boleh jadi pada semua orang. Kawe reserved my comment on this. Harap2 anak cucu kita dijauhi dari segala perkara-perkara yang tidak baik.. aminn...
BalasPadamMasalah pergaulan bebas muda-mudi sekarang ini begitu kritikal. Undang-undang sekarang tak begitu menakutkan mereka untuk buat maksiat...
BalasPadamGambar nya mana?tak ada ke??huhu
BalasPadam