Where to invest your money in Malaysia

Where to invest your money in Malaysia and how to invest? Jika ini adalah soalan dalam fikiran korang, memang tepat korang baca entry kali ni. Unit trust, iya melabur dalam unit trust. Sama ada melaluui unit trust consultant atau tidak, kita boleh melabur dalam unit trust sebagai satu investment kita untuk masa depan.

Selain melabur dalam unit trust, kita juga boleh melabur dalam property investment dan gold investment. Unit trust ada banyak jugak la, ada public mutual unit trust, maybank unit trust, cimb unit trust dan ta unit trust. Jangan Tanya banyak-banyak pasal unit trust lain selain public mutual, saya kurang pakar bab-bab unit trust selain public mutual.

Unit Trust Consultant


Dalam bmnya ialah ejen unit trust. Memandangkan ramai yang suka tulis unit trust consultant, so saya gunakan perkataan tu lah senang sikit orang nak jumpa kalau search kat google kan. Ok, unit trust consultant. Apa fungsi consultant nih? Saya salah sorang bekas consultant unit trust public mutual, dulu la, ada le sekali lepas tuh kena banned.. ha ha ha kelakar pulak rasenya sebab unit trust ni ada banyak pantang larangnya rupenya. Banyak benda yang ejen tak boleh buat.

Penduan melabur dalam unit trust!

Tugas consultant unit trust ni agak mencabar jugak la. Kena tahu data pelaburan semasa dan terngkan dengan jelas kepada bakal prospek unit trust. Terangkan tu senang je jika bakal klien tuh tak tahu apa-apa tentang unit trust. Jika yang dah ada pengalaman, banyak le kena jawab soalan.

Unit-Trust-Fund-Prices


Kadang-kadang tak tahu nak jawab, tangguh dulu jawapan kena semak dalam buku atau Tanya kawan. Cam tu leh keje unit trust consultant ni. Tapi ada pantang larang oooo – tak boleh promosi online. Dulu saya kena banned sebab ni ler – promosi unit trust dalam blog, terus kena banned lepas tuh tak sambung-sambung lessen. Nak jadi unit trust kena ada lessen d an kena exam. Boleh pass lah, senang jer soalan dia.

Berapa Banyak Untung Unit Trust ?


Nak tahu tak, real ni tak tipu sebab saya dah bukan jadi ejen, x ejen boleh kongsi je apa yang nak di kongsi. Ada unit trust consultantkata banyak – 20%, 15% dan sebagainya. Betul ke tuh. Jawapannya betul dan tidak. Ada benda terselinding kat sini. Meh nak terangkan sikit.

OK, dalam unit trust terdapat banyak dana – ada yang risikio tinggi, sederhana dan rendah. Keuntungannya / kerugiannya pun ada yang tinggi, sederhana dan rendah bergantung kepada dana yang di beli la. Umur muda-muda, boleh beli dana yang berisiko tinggi. Pelaburan dalam unit trust nih adalah jangka masa panjang iaitu lebih dari 3 tahun. Jangan nak ngigau, setahun baru melabur nak untung kaw kaw.

Walaupun keuntungan lepas tak jamin keuntungan masa depan, tetapi rekod-rekod lama ni lah yang biasanya unit trust consultant buat rujukan. Ok, kat sini kita kena hati-hati sikit. Kalau nak dapat rujukan, ambil kira average keuntungan sesuatu dana, bukan satu tahun sahaja sebab dalam tahun 2014 contohnya, dana A untung 20% ( itu yang di beritahu ) dan kita akan teruja kan. 20% banyak tuh. Tapi kita tak Tanya, macam mana pula bagi tahun 2013? Rugi ke untung? Kalau rugi 20%, maknanya dalam 2 tahun tu, kita tak dapat apa-apa la.

Ingat, kena ambil average sejak dari dana tersebut di lancarkan supaya rujukan unit trust kita tu lebih tepat.


Nanti saya sambung lagi pasal unit trust ni. Maybank unit trust best tak?


Terima kasih kerana membaca Where to invest your money in Malaysia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. Pening juga mana nak invest ni eh? T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. ader duit pening, takde duit lagi lah pening..

      Padam
  2. Kalau pening-pening, letak dalam TH je senang, hehehe :)

    BalasPadam