Home » » Kerja kat Offshore Yang Jarang Orang Tahu

Kerja kat Offshore Yang Jarang Orang Tahu

Mungkin kerja oil and gas dah biasa anda dengar kan, sebab kerja oil and gas ni menjanjikan gaji yang lebih lumayan kebiasaannya. Kerja kat offshore tengah laut tu pun ramai yang pernah dengar secara kasarnya tetapi secara detailnya anda belum pernah tahu macam mana kerjanya kan.

Post kali ni saya cuba berkongsi keadaan semasa bekekerja di tengah laut dengan syarikat minyak. Perkongsian ini mungkin berbeza dari sesetengah orang, tetapi apa yang berlaku seakan-akan sama untuk setiap individu.

Best ke kerja kat tengah laut - offshore ni? Dalam bab gaji rasanya tentu lebih lumayan dari kerja kat darat. Kalau kerja kat darat, anda dah tahu macam mana.



mud engineer
Keadaan pelantar minyak

Makanan - terbaik sebab macam-macam makanan ada dari buah-buahan hingga lah ke air-air kotak dan juga minuman susu. Anda boleh ambil sahaja percuma sepanjang anda berada di situ. Tetapi biasanya kalau kerja kat pelantar minyak ni, benda-ni semua tak larat nak makan, sibuk dengan kerja sahaja. Makanan yang sentiasa kita cari-cari masa kat darat, kalau kat pelantar ni dah malas dah kita nak makan.

Kat pelantar, buah-buahan ni tak rasa lazat
Ada astro - kat pelantar minyak ada astro ya. Anda jangan ingat kat sana tak ada apa-apa. Astro ada, siap bilik gelap lagi lebih kurang panggung wayang. Selain itu sudah pastilah ada surau gak.

Chopper - dari darat nak ke pelantar kena la naik heli atau chopper. Naik kat airport jugak la seperti airport Kerteh tu. Sebelum anda di benarkan ke palantar, anda kena dulu ambil apa yang di namakan safety passpord dan dalam proses nak ambik pass safety ni, anda akan di ajarkan juga berkenaan helikopter ni. Dan proses heli diterbalikkkan dalam air paling ngeri dalam kelas untuk dapatkan safety pass ni.


Itu sahaja intro berkaitan dengan kerja kat pelantar ni. Nanti saya kongsikan lagi lain kali baba lain pula.


Terima kasih kerana membaca Kerja kat Offshore Yang Jarang Orang Tahu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. ada aircond tak kat dalam tu. hehehe

    BalasPadam
  2. ada tuan, cukup lengkap cuma tempat je kecik.

    BalasPadam