Home » , » Lexis Port Dickson – Water Chalet Yang Unik

Lexis Port Dickson – Water Chalet Yang Unik

Lexis Port Dickson. Banyak  jenis hotel yang biasa saya kan duduk bila bercuti kat mana-mana di Malaysia ni tetapi Lexis Port Dickson ni ada kelainannya. Terdapa beberapa jenis chalet kat sini dan yang saya tinggal ini ialah jenis water chalet  di mana chalet ni berada di atas air. Ini sangat berbeza dengan pengalaman masa sanya tinggal kat Avilion Port Dickson.

Sudah tentulah ada tiangnya dan boleh nampak apabila air pasang surut berlaku. Terdapat satu lagi hotel atau resort kepunyaan Lexis juga iaitu Grand Lexis Port Dickson yang berada bersebelahan Lexis Port Dickson sahaja.

Kalau dari Kuala Lumpur, saya akan ambil PLUS arah selatan menghala ke selatan keluar di exit Port Dickson seterusnya terus menghala ke Port Dickson. Tol dari Subang Jaya ke exit Port Dickson ialah sebanyak rm8.60 dan tol daripada exit tu ke Port Dickson ialah sebanyak rm3.20 sahaja.

Lexis Water Chalet Port Dickson
Cuti-cuti di Lexis Water Chalet Port Dickson

Daripada exit plus ke Lexis Port Dickson, saya akan keluar ke exit Lukut. Dari Lukut ikut jalan biasa menghala ke Port Dickson, akan jumpa Lexis Port Dickson berada di sebelah kanan – dekat je. Kalau dari Kuala Lumpu akan ambil masa lebih kurang sejam.

Biasanya saya kalau cuti-cuti Malaysie ke Terangganu seperti Awana Kijal Resort Terengganu.

Lexis Port Dickson –apa yang lain


Biasa saya tinggal kat hotel, Nampak sama sahaja kecuali keluasan dan susun atur dalaman. Tetapi bagi Lexis Port Dickson ni lain sikit. Apa yang lain dan unik kat sini, inilah yang saya nak kongsikan:

Lantai cermin boleh tengok air – dalam bilik kat Lexis PD ni, ada satu bahagian tu terdapat lantai di buat daripada cermin. Maka saya boleh Nampak air di bawah bilik ( chalet ni berada di dalam air ). Budak-budak suka le benda-benda cam ni kan. Boleh pijak-pijak cermin ni. Masa air tiada akibat daripada pasang surut air, Nampak le selut dengan tiang chalet kat bawah tu.

lantai cermin Lexis Port Dickson
Lantai cermin Lexis Port Dickson

Sky view – bumbung bahagian toilet dalam water chalet Lexis Port Dickson ni, boleh buka tutup mengikut kehendak kita. Kalau nak Nampak awan, Cuma Tarik tali yang di sambungkan ke bahagian bumbung atas tandas ni, bumbung akan terbuka dan cahaya matahari akan masuk. Pelik pula saya rasa struktur macam ni.

Chalet dalam air – iya, memang chalet ni dalam air tetapi apabila air surut, chalet ni berada di atas selut. Masa ada air, airnya jernih dan saya cuba mencari kalau ada ikan berenang, tak Nampak le pula. Tetapi ada guest yang memancing daripada beranda bilik. Ada dua kerusi kat beranda tuh dan satu meja kecil. Santai-santai sambal mincing boleh sahaja. Masa air bertiup kencang, best le rasa bayu udara laut tu.

Grand Lexis Port Dickson
Senang hati le tu


Khidmat boogie – khidmat transport dari lobi chalet ke bilik hotel. Ini macam kereta kecil untuk  muat barang dan 4 orang jika malas nak jalan kaki ke bilik. Nak jalan pun boleh jer, takde le jauh sangat. Kalau nak try naik boogey ni, call sahaja receptionist.

Promotion Lexis Port Dickson

Tiada pantai – Lexis Port Dickson ni tiada pantai. Kalau nak tengok atau main kat pantai, jangan tinggal kat sini. Chalet ni tepi pantai tetapi pantainya tak menarik, macam benteng cam tu la. Jangan ingat Lexis Port Dickson ni ada pantai pulak. Swimming pool ada ler. Di Grand Lexis Port Dickson, ada bilik yang ada swimming pool tetapi kena semak harga dulu la berbaloi ke tidak.

Itulah antara keunikkan Lexis Port Dickson ni. Sesuai jika korang nak tinggal di bilik yang berada di dalam air. Macam satu  kawasan di mana bilik-biliknya berada di di atas air – cantik pemandangan cam ni. Wifi percuma di mana anda akan di berikan password wifi untuk bilik anda – takde le laju sangat wifi kat sini.

lexis pd

Kadang-kadang Lexis Port Dickson ada buat promosi. Jika anda berminat, boleh le semak di lexispd.com. Cuba juga semak kat groupon mana tahu boleh dapat harga terbaik. Saya book water chalet ni masa MATTA 2015 di PWTC yang lepas dengan harga rm300.

Tempat Makan Lexis Port Dickson


Restoran Samudra – Restoran Samudra ni berada ni kawasan Medan Perbandaran Port Dickson berdekatan dengan Restoran D’Terapung. Nampak dalam internet Restoran D’Terapung lebih popular tetapi bagi saya Restoran Samudra lebih baik. Bila masuk parking kat sini, kereta penuh sebab waktu makan malam kot. Masuk-masuk jumpa restoran Samudra sebelah kiri dan restoran d’terapung berada di hadapan. Restoran Samudra penuh dengan orang nak dinner tetapi Restoran D’Terapung lenggang, hanya ada 4-5 keluarga sahaja sedang makan. Masakan paling best kat sini ialah ikan segar la – pilih ikan apa, timbang dan bagitahu nak masak apa. Harga sekilo lupa le berapa ringgit.

Saya rasa Restoran Samudra ni terbaik la kat sini.

restoran samudra ikan bakar port dickson


Makan pagi kat Port Dickson ni ( jika bilik anda tidak di sertakan dengan makan pagi ) dekat sahaja dengan Lexis water chalet Port Dickson ni. Keluar bilik, pandu dalam 1-2km sahaja, ada gerai roti canai sebelah kanan anda. Pukul 11 pagi pun masih ada roti canai lagi. Tak perlu nak merayau jauh-jauh, sama jugak kalau pergi jauh pun.

Teluk Kemang Port Dickson


Itulah pengalaman saya semasa berada di bilik 042 Lexis Water Chalet Port Dickson pada 17-18 April 2015. Jika anda nak tanyakan soalan, boleh tulis kat komen. Nanti saya kongsikan apa yang saya tahu tentang percutian di Port Dickson ni. Dengan Teluk Kemang pun dah tak jauh dah ni.




Terima kasih kerana membaca Lexis Port Dickson – Water Chalet Yang Unik. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. Kak.kalo dari lexis nk g teluk kemang jauh x.brape minit ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak jauh, seingat saya dalam 30 minit. Bawa kereta tidak boleh laju dan ikut jalan tepi pantai ( takde le tepi sangat, tapi boleh nampak pantai ).

      Padam